» Epilogue

1.1K 55 1
                                    

"And that's how we're married" cerita Hariel lalu tersengih memandang aku.

Alhamdulillah, sudah 5 tahun kami mendirikan rumah tangga.

Yang susah nak percaya nya, aku melahirkan quadruplets, anak kembar empat.

Yang sulungnya lelaki, Herman Daniel. Anak kedua perempuan, Hani Dahlia. Yang ketiga lelaki, Fateh Damien. Manakala yang terakhir perempuan, Esha Nuraina.

Mesti korang pelikkan, kenapa anak last, nama dia tak sama seperti aku mahupun Hariel.

Walaupun dia kembar, dia alium sangat. Sangat berbeza. Yang lain mempunyai rambut lurus manakala dia mendapat rambut ikal.

Yang lain semua mendapat mata hazel manakala dia pula Heterochromia. Sebelah hazel, sebelah kelabu.

Sangat.. lain.

Herman menepuk tangan. "Tapi, pa. Kenapa papa tak layan Mama masa Papa nak lamar Mama tu?"

Hariel tersengih.

"Papa tak ada confident nak tatap Mama. Takut direject" kata Hariel dengan wajah hampa.

"Eleh, dah dapat anak empat dah pun kan?" Aku memuncungkan mulut.

"Aik? Dia pula merajuk" usik Hariel.

Baru aku teringat akan sesuatu.

"Ah, sabar. Mama ada hadiah untuk semua" aku mencapai empat paper bag lalu diberi kepada mereka.

Esha punya sahaja yang berwarna biru paper bag nya. Yang lain semua berwarna ungu.

"Kenapa Sha dapat warna biru?" Rungut Esha tidak puas hati.

"Sha kan suka warna biru, sayang?" Pujuk Hariel.

Esha mendengus lalu masuk ke dalam bilik.

Aku yang baru ingin bangun untuk memujuk anak dara itu, Hariel menegah.

"Abang aje yang pergi"

Aku hanya mengangguk.

•••

Hariel P.O.V

Aku menjenguk Esha dari pintu bilik. Dia sedang termenung di atas katil. Sebaik sahaja melihat aku, dia menutup wajah comel nya itu dengan selimut.

Aku duduk di birai katil.

"Esha, kenapa ni?" Tanya aku sambil mengusap kepalanya.

Esha menurunkan selimut. Wajah sembapnya muncul.

"Kenapa.. Esh.. Esha lain..? Yang lain semua dapat mata cantik.. Esha buruk.. Kenapa Esha tak sama dengan yang lain? Padahal Esha dengan diorang kembar.." luah Esha.

Aku menguntum senyuman kecil.

"Esha tak suka jadi lain daripada yang lain?" Tanya aku lembut.

Esha menggeleng.

"Kenapa?" Tanya aku lagi.

"Semua tak sayang Esha nanti" rungut Esha.

"Esha tahu kenapa Papa pilih Mama?"

Esha menggeleng lagi.

"Sebab Mama lain. Esha sebenarnya sama je dengan Mama. Mama lain daripada yang lain. Begitu juga dengan Esha"

Esha mengesat matanya.

"Be yourself, sayang. It's okay to be different." Pujuk aku lagi.

"Nanti orang tak suka..."

"Kenapa nak orang suka? Tak cukup ke Mama dengan Papa je yang suka Esha?" Tanya aku.

Esha membisu.

"It's okay sayang. Dah besar nanti, Esha akan faham" pujuk aku.

Kedengaran Freya mengetuk pintu bilik Esha.

"May I come in?" Tanya Freya.

Esha mengangguk kecil.

"Jangan sedih-sedih, dear. I'm here with you" kata Freya lalu meluru ke arah Esha dan memeluk anak kecil itu.

Aku pula memeluk Freya. Mereka kelihatan selesa dalam dakapan.






To Be Continue
In Alium 2

A L I U M ✓Where stories live. Discover now