» 10

868 65 2
                                    

Barang aku sudah di kemas. First time aku pergi lawatan bawa satu beg je. Selalunya dua. Thanks to Mama tolong pack kan hehe.

Siap kemas, aku bergerak ke bilik Fareel.

Pintu itu diketuk kuat. Fareel ni kadang-kadang pekak dia lain macam.

"Siapa tu?" Tanya Fareel dari dalam.

"Kakak yang paling cantik kat Malaysia ni" jawab aku.

"Apa kau nak?" Tanya Fareel pula.

Tanpa meminta izin, pintu itu aku tolak.

"Woi! Main terjah je!" Marah Fareel.

Aku membuat muka 'ada aku kesah?'

Aku duduk di meja belajarnya.

"So kenapa kau tak bagi aku terus terang yang kau ni adik jahanam aku?" Tanya aku.

Dia menggulingkan mata.

"Macam kau kata. Aku kan jahanam. Jadi kalau orang tahu aku ni adik kau, mesti kau malu. Kakak dia ni baik macam malaikat turun dari langit. Adik dia ni macam setan baru keluar dari neraka. Mesti cikgu-cikgu pun akan soal jawab kau kenapa kau tak didik aku" terang Fareel panjang lebar.

Aku terkedu. Tak sangka dia fikir sampai macam tu.

"Kau jahat macam mana pun, kau tetap adik aku" balas aku.

Fareel tergelak sinis.

"Aku dapat ramal masa depan. kalau kau bagitahu orang, mungkin diorang akan mula jauhi kau. Percayalah"

"Kenapa kau kata macam tu?"

"Dulu aku budak nakal kat sekolah. Aku pukul orang. Tapi aku pukul bersebab. Diorang ejek mak aku miskin. Sebab tu aku belasah diorang. Tak sangka mak aku terlibat sekali. Kawan-kawan mak aku semua jauhkan diri dari mak. Sebab tu aku tak nak orang tahu kau ni related dengan aku. Aku pembawa malang"

Aku memandang Fareel sayu.

Aku bangun lalu duduk disebelahnya.

"Aku kakak kau tau. Kalau kau ada apa-apa masalah, kau roger aku. Aku akan jadi pelindung terbaik." Kata aku sebelum keluar dari bilik Fareel.

Besar betul dugaan Fareel.

"Eya, bila nak pergi ni?" Tanya Mama yang entah datang dari mana.

Aku mengerling jam dinding. Sudah menunjukkan pukul 2.00. Start berkumpul 2.30.

"Hm sekarang lah. Eya pergi ambil beg kejap" aku masuk ke dalam bilik aku lalu mengambil beg aku.

"Fareel, salam kakak ni" panggil Mama.

Fareel keluar dari biliknya lalu bersalaman dengan aku.

"Jangan buat masalah masa aku tak ada tau" pesan aku.

Fareel mengendahkan pesanan aku.

Selepas bersalaman dengan Fareel, aku bersalaman dengan Mama pula.

"Papa dah ada kat dalam kereta" kata Mama.

Aku mengangguk sebelum keluar dari rumah.

•••

Aku berjalan masuk ke dalam pagar sekolah. Beberapa pelajar sudah tiba. Yang paling ramai ialah Pengawas Pusat Sumber.

Teruja sangat gamaknya.

Aku menuju ke garaj kereta.

"Oi" tegur Athena.

A L I U M ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora