» 23

731 53 1
                                    

Aku menghempaskan badan di atas katil. Fikiran aku melayang pada kejadian petang tadi.

"I love you, Freya Darleyna"

Aku menutup muka menggunakan bantal. Kaki dihentak ke atas katil berkali-kali.

Tebal tahu tak muka aku ni?

Lepas je dia cakap macam tu aku terus turun stage. Tak tahan dengan siulan penonton.

Tak malu ke dia tu? Dah lah bukan pelajar je yang tengok!

Cikgu!

Haih.

Does he mean it, though?

Tok tok tok!

"Masuk!" Laung aku.

"Ehem, masih blushing ke tu?" Tegur Fareel.

Ya. Mangkuk ni pun ada pada tempat kejadian.

"Baik kau kunci mulut" ugut aku.

Fareel menayang muka tak bersalah.

"Well.. Boleh kalau akak bagi Fareel satu bekas Fererro Rocher dalam peti ais tu" Fareel tersenyum sinis.

"Kau ni kan! Tu pun rancangan kau kan!" Bentak aku. Bantal dicampak ke arahnya namun sempat dielak pula.

"Tapi pasal I love you tu bukan rancangan Fareel" Fareel meloyar buruk.

Aku membisu menahan geram. Ada je jawapan. Tahu aku hantar kau balik kat kolam dimana aku jumpa kau first time!

"So macam mana?" Tanya Fareel. Senyuman sinis dia masih kekal. Tak nak pergi.

"Fine. Tapi satu je! Gula-gula tu kau jangan sentuh!" Pesan aku tegas.

"Okayy" Fareel keluar dengan senyuman puas.

Jebon punya adik.

•••

Sepanjang perjalanan aku ke bilik pengawas pelajar membisik dan merenung. Tenang aja, kita kan selebriti.

Aku membuka kasut. Beg diletak ke tepi. Pintu dikuak.

Seperti hari itu, angin sejuk menyerbu tubuh aku. Apabila aku masuk sahaja, pengawas yang ada di situ mula berbisik antara satu sama lain.

Haiyoo. Jebon betul Hariel ni.

Aku tidak mengendahkan bisikan itu. Langkah dibawa untuk mencari vest kepunyaan aku.

Terasa bahu aku disentuh seseorang.

Terus aku menoleh.

Pak!

Aku memegang pipi aku yang menjadi sasaran Farisya tadi. Semua pengawas memandang kami. Well, memang dah pandang dari tadi dah pun kan?

"Asal ni?" Tanya aku. Nada di kawal. Jangan cepat meroyan, Frey.

"Kau tahu aku suka Hariel kan? Kau rampas pula! Sekarang jawatan aku pun kau nak rampas?!" Tengking Farisya.

Pengawas sekeliling semua membuat muka tidak suka.

"First, even dia suka aku, aku tak suka dia. Second, memang cikgu offer aku jawatan tu tapi aku tak terima. Now get lost, moron" balas aku. Tangan sambung membelek vest kesayangan.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now