» 25

755 58 0
                                    

Sudah empat hari berlalu selepas kejadian hari jadi aku itu. Yeeq juga sudah balik Australia

Sedar tak sedar, ada lagi dua minggu lagi untuk SPM

Lepas SPM, semua akan bawa haluan masing-masing. Aku harap aku dan rakan sekelas aku takkan tiba-tiba menghilang.

"Frey?"

Lamunan aku tersentak.

"Ha apa?" Tanya aku semula.

"Kau dapat tak jawab soalan 4b ni? Kau jangan buat aku macam ni weh kalau ya pun tak nak tengok aku berjaya" kata Athena dalam nada merajuk.

"Orang sebelah kau tu tak tahu jawapan ke?" Usik aku.

Athena melirik Khairul. Khairul yang sedar dia dijadikan bahan bualan, segera mendongak.

"Ha? Tak faham ke? Kenapa tak saya aku?" Tanya Khairul bertalu-talu kepada Athena.

"Dah panggil. Dia yang pekak. Hmph!" Rajuk Athena. Tangannya disilangkan.

Aku hanya ketawa melihat gelagat mereka.

Aku melirik Hariel. Tekun dia sedang membuat kerja.

Sebenarnya.

Tipulah kalau aku kata aku tak suka mamat mangkuk ni. Aku saje jual mahal.

Sedar tak sedar, aku mengukir senyuman.

"Hensem ek aku?" Tanya Hariel yang masih tekun membuat kerja.

"Hensem" balas aku selamba.

Hariel memandang aku tak percaya. Aku masih mengekalkan muka selamba aku.

Kemudian Hariel pula yang tersenyum bahagia.

"Orang tu akhirnya suka jugak kat Hariel Haikal" usik Hariel.

"Manakan tidak? Setiap hari orang tu diganggu Hariel Haikal" balas aku.

Hariel hanya tersenyum sendiri. Tapi tiba-tiba sahaja senyuman dia pudar.

Aku sudah tidak sedap hati.

"Is.. something wrong?" Tanya aku berhati-hati.

Hariel yang mendengar pertanyaan aku segera menguntum senyuman. Senyuman palsu. Senyuman yang dibuat-buat.

"Luang masa di pasar tani,
Luang masa dengan isteri,
Mahukah awak jumpa petang ini?
Taman depan rumah, menjadi lokasi. " Ucap Hariel

Aku memandang ke atas seperti sedang berfikir.

Hm aku tak ada apa petang ni. Segera aku mengangguk.

Hariel juga mengangguk apabila mendapat jawapan. Dalam diam dia tersenyum pahit.

•••

Aku berjalan ke Taman permainan di hadapan rumah aku. Walaupun 'dihadapan rumah aku' namun ianya mengambil masa 10 minit untuk sampai. Depan rumah lah kononnya.

Dari jauh aku nampak kelibat Hariel sedang duduk termenung di atas buaian.

Aku pasti dia ada masalah.

Akhirnya aku tiba. Buaian di tepi Hariel aku ambil.

...

...

Nak dekat tiga minit dah dia senyap.

"Kau suruh aku datang untuk senyap je ke?" Perli aku.

A L I U M ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum