» 11

833 62 0
                                    

Aku membawa beg masuk ke dalam lobi hotel. Pelajar lain juga sudah beratur di dalam lobi.

Tali beg aku dam Hariel masih belum dileraikan.

"Okay pelajar, satu bilik empat orang. Tak ada batasan antara Pengawas. Kalau Pusat Sumber nak satu bilik dengan PRS pun boleh. Tak ada masalah" kata Cikgu.

Hariel mula meleraikan ikatan beg.

"Jumpa nanti" kata Hariel.

Aku hanya tersenyum tipis.

Aku mencari kelibat Athena. Mana pergi budak ni?

"Frey!" Panggil Athena dari jauh. Segera aku menapak ke arahnya.

"Kita baru dua orang je ni beb" rungut Athena.

"Well looks like kita dengan these losers" tegur Farisya.

Farisya kelihatan berdiri sebelah rakan baiknya, Waney.

Aku mengeluh. Lawatan yang aku sangka akan jadi bagus rupanya teruk!

"Ketua bilik tolong ambil kunci sekarang!" Arah Cikgu Hafiz.

Farisya terus meninggalkan kami.

"Aku bawa kunci lah. Jadi beg aku korang bawa ya?" Kata Farisya.

Aku mengerling begnya. Gila! Tiga beg siot!

Aku mengendahkan arahannya lalu beredar dari situ.

"Woi aku ketua bilik kau tau!" Ugut Farisya.

"Kau ketua bilik doesnt mean aku hamba kau. Bawa barang sendiri. Jangan jadi brat boleh?" Sindir aku lalu beredar bersama Athena.

Farisya mendengus.

•••

Aku membuka pintu bilik. Kelihatan ada empat single bed di dalam. Segera aku melangkah ke katil di tepi tingkap.

Tau kenapa aku pilih sini? Sebab ada charger. Hohoho!

Segera aku mengecas telefon aku.

Farisya merupakan orang pertama masuk tapi tak terfikir langsung tentang charger.

Aku syak dia pilih katil tu sebab dekat dengan Aircond.

Apa-apalah.

"Cepat turun. Cikgu suruh" arah Farisya dengan suara mendatar.

Aku melirik jam ditangan. Sudah pukul 8.00 malam. Mungkin cikgu ajak makan malam.

Pergelangan tangan Athena aku capai supaya beredar dari situ.

Apabila buka sahaja pintu, aku tergamam.

Pintu bilik dihadapan aku pun terbuka juga.

Yang paling mengejutkan, Hariel yang buka.

Adakah ini jodoh?

Esh apa ni.

Aku menunggu Hariel dan kawan-kawannya bergerak terlebih dahulu.

Hariel menghulurkan tangan bermaksud 'pergi lah dulu'.

"Gerak aje lah" ajak Athena.

"Tak baik lah perempuan depan lelaki. Seeloknya biar lelaki dulu" tegur aku.

Hariel tersenyum lalu bergerak dahulu.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now