» 7

870 70 3
                                    

Kereta Papa masuk ke dalam perkarangan rumah anak yatim.

Papa dan Mama sibuk mengisi borang apa entah.

Aku memilih untuk duduk di tepi kolam tidak jauh dari situ.

Tenang juga kat sini.

Aku mencampakkan pandangan ke dalam kolam.

Tak kotor pun. Lumut pun tak ada. Jernih. Mesti diorang selalu bersihkan.

Sibuk menatap kolam, terasa ada batu kecil dicampak di belakang badan aku.

Aku menoleh.

Kelihatan seorang budak lelaki dalam lingkungan 14 tahun mencangkung sambil membaling batu kecil ke arah aku.

Dia ni tak waras ke?

"Kau okay tak?" Tegur aku.

"Kau siapa?" Tanya budak itu. Bagus. Soalan dijawab dengan soalan.

"Aku datang nak ambil adik angkat" jawab aku.

"Buat apa?" Tanya budak itu lagi.

"Aku bosan lah tinggal seorang kat rumah" jawab aku

"Kau tak ada adik beradik?"

"Ada, seorang. Tapi dia baru aje pindah Australia minggu lepas"

"Baik kau pergi balik aje. Budak-budak kat sini tak nak ada keluarga lain"

Belum sempat aku membalas, ada tangan yang menarik lengan aku.

Kelihatan ada seorang budak perempuan yang berumur lingkungan 13 tahun menarik aku.

"Akak jangan cakap dengan dia"

Aku mengerutkan dahi.

Budak lelaki itu memandang budak perempuan yang menarik aku dengan pandangan tidak puas hati.

Kemudian budak lelaki itu pergi dari situ.

"Kenapa?" Tanya aku.

"Dia nakal." Balas budak perempuan itu pula.

"Nama dia apa?" Tanya aku lagi.

"Fareel Daniel"

"Umur?"

"Dia tua dari saya. Dia 14 tahun"

Betullah tekaan aku.

"Eya!" Panggil Mama.

"Adik, akak kena pergi. Jumpa lagi"

Aku meleraikan pegangan lalu bergerak ke arah Mama.

"Ya?"

"Eya lah pilih nak yang mana. Lelaki tau" kata Mama.

Aku mengangguk lalu melihat senarai nama.

Mata aku berhenti di maklumat seorang budak.

Fareel Daniel. 14 tahun. Mak dia sudah meninggal. Ayah dia lari entah kemana.

Sibuk melihat maklumat dia, aku terasa ada orang memandang aku dari jauh.

Aku mendongak. Di tepi kolam tadi, Fareel memandang aku tajam.

Esh seram lah budak ni.

Aku berfikir sejenak

"Mama" aku memanggil Mama yang sedang sibuk bercakap dengan penjaga Kaunter.

"Dah pilih?"

Aku menunjuk ke arah maklumat Fareel Daniel.

Aku rasa dia ada masalah.

Jadi aku nak bantu.

•••

A L I U M ✓Where stories live. Discover now