» 37

674 49 0
                                    

Second Day ( Pagi )

Selesai mengambil telefon dan dompet, aku keluar dari bilik. Pintu dihempas seperlahan yang boleh.

Aku tekad hari ni aku nak jalan-jalan sorang-sorang.

Selesai menutup pintu, aku berlari anak menuju ke lift.

Sampai sahaja di lobi hotel, aku mengintai keluar untuk melihat kalau-kalau Hariel duduk di lobi seperti malam tadi.

"Tenung apa?" Tegur Hariel.

Bahu aku terhinjut sedikit. Aku mendengus.

"Oh come on! I need me-time okay!" Kata aku tidak puas hati.

Riak wajah Hariel bingung habis.

"Siapa kata aku nak ikut kau?" Tanya Hariel pelik.

Wajah aku terus membahang malu. Itu lah kau, Freya! Hariel tergelak kecil.

Eii!

Aku mempercepatkan langkah ke cafe hotel. Seusai membayar, aku mencari tempat.

Mata meliar sekeliling mencari meja yang seorang sahaja boleh duduk. Namun hampa.

Tiba-tiba lengan aku ditarik orang. Hariel membawa aku naik ke tingkat atas.

"Weh Hariel! Ni VIP je tau boleh masuk" tegur aku. Yelah takut-takut dia ni hilang nikmat kewarasan lepas tu ceroboh masuk.

Sesampai sahaja di atas, aku tergamam. Pemandangan dari atas sini, subhanallah cantik betul!

Dari sini aku boleh nampak laut yang membataskan antara Malaysia dan Singapore.

"Jom" ajak Hariel. Aku hanya menurut.

Tak ada lah ramai mana kat atas ni. Mungkin tak semua orang boleh afford VIP.

Hariel berhenti di dua meja yang berjarak jauh. Dua meja itu hanya ada satu kerusi.

"Duduk lah. Aku tahu kau tak nak diganggu. Itu sebab aku cop awal-awal meja yang ada satu seat. Duduk lah" pelawa Hariel dengan senyuman kelat.

Aku mula rasa bersalah.

Kerusi di meja lagi satu itu aku capai lalu duduk dihadapan Hariel.

Hariel agak terkejut dengan kelakuan aku.

"Tak apa kan?" Tanya aku.

Wajah Hariel mula menjadi merah. Dia teragak-agak mengangguk.

"Soo.. kau order apa?" Tanya Aku.

"Kau nak makan apa?" Tanya Hariel pula

"Aku tak suka makan makanan berat waktu pagi" jawab aku.

Hariel memegang dagu seperti berfikir.

"Cococrunch dengan susu?" Teka Hariel.

Aku lantas mengangguk laju.

"Okay. Kau tunggu sini ya?" Hariel bangun lalu turun ke bawah.

Sempat juga aku menangkap gambar pemandangan dari atas.

Hmm nanti aku nak jalan-jalan kat tepi pantai. Hmm.. Drama sangat.

10 minit kemudian

Aku mula bermain sudu. Mana Hariel ni? Lama betul?

Takkan lah dia struggle nak angkat dua mangkuk.

Aku mula risau.

Aku bangun lalu menuju ke tangga untuk ke tingkat bawah.

Baru hendak turun, di tengah tangga aku ternampak Hariel bersandar di dinding sambil memegang dua mangkuk berisi Cococrunch. Manakala di hadapan Hariel terdapat seorang perempuan memegang kolar baju Hariel seperti hendak... Goda?

A L I U M ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang