1

81 0 2
                                    

"KITA CERAI". Herdik Lawrance sebaik memasuki bilik tidur mereka. Dia memandang tajam wajah isterinya, tanpa berkelip. Kata-kata Patricia masih terngiang-ngiang di telinganya dan juga gambar isterinya bersama jejaka lain  melayang-layang dalam ingatannya, membuatkan api kemarahan didalam diri Lawrance semakin membuak-buak.

"Sanggup kau hancurkan kepercayaan yang aku berikan selama ini. Aku bekerja bersusah payah, tanpa kenal erti lelah, hanya untuk memberikan kau kesenangan selama ini, dan ini yang kau balas?" Mencerlung mata Lawrance, ingin sahaja tangannya hinggap dipipi gebu Tania. Akan tetapi, rasa cintanya terhadap gadis itu masih tebal walaupun hatinya sakit.

"Sayang, please. Biar saya jelaskan semuanya. Gambar yang sayang tengok tu, bukan..". Belum sempat Tania menghabiskan kata-katanya, Lawrance menghentak meja dengan sekuat hati, "Bukan apa Tania??? Kau ingat aku bodoh ke? Gambar tu jelas-jelas muka kau dan jantan tak guna mana yang kau layan selama ni. Apa kau tak puas ke dengan seorang lelaki?".

Paapppp...!!!!

Satu tamparan hinggap dipipi kiri Lawrance. "Awak biadap!! selama 8 tahun kita kahwin, pernah ke awak tengok saya berkawan dengan mana-mana lelaki?? Hanya kerana sekeping gambar, dan kata-kata seorang perempuan bernama Patricia, awak buat saya macam ni? Tanpa awak izinkan saya untuk memperjelaskan situasi sebenar." Nyaring suara Tania membalas kata-kata biadap suaminya itu. Air mata yang mengalir deras dibiarkan saja membasahi wajahnya, sayu hatinya apabila lelaki yang diagungkannya selama ini sanggup berkata demikian. Dimanakah janjinya yang dulu? Tidak akan mudah percaya dengan kata-kata orang tanpa usul periksa?

"Yes. betul gambar itu gambar saya, saya mengakuinya, tapi lelaki yang didalam gambar tersebut bukannya siapa-siapa. Dia hanya datang menanyakan tempat, sebab dia baru pindah ke Miri. Adakah salah bila seseorang meminta bantuan, dan saya membantunya?". Terang Tania panjang lebar. Kemudiannya, dia cuba untuk mengapai tangan suaminya, tetapi cepat-cepat ditepis oleh Lawrance. "Kau jangan ingat aku pecaya. Banyak sangat cerita yang aku dengar pasal kau. Kau memang perempuan tak guna." Tempelak Lawrance dan kemudian terus keluar dari bilik tersebut.

Di dalam bilik, Tania duduk dibirai katil sambil menangis teresak-esak.  Pedih hatinya,suaminya lebih mempercayai kata-kata orang luar dari dirinya.

Kembali terimbas kejadian petang semalam, sebaik keluar dari sebuah klinik, dengan hati yang gembira, Tania telah pergi ke Mall yang berdekatan untuk membeli kotak hadiah kecil. Hatinya berbunga riang memikirkan reaksi suaminya apabila menerima hadiahnya nanti. Setelah 8 tahun berkahwin, akhirnya mereka diberikan rezeki untuk menimang seorang cahaya mata. Tania telah disahkan hamil 3 bulan, apabila lebih sebulan tiada haid. Setelah melakukan ujian air kencing sendiri di rumahnya pagi itu, walaupun tidak percaya dengan keputusan yang diperolehinya, dia telah pergi ke klinik  untuk memastikan keputusan tersebut betul dan bukannya imaginasinya sahaja.

Sebaik keluar dari kedai buku salah sebuah kedai didalam Mall tersebut, secara tiba-tiba dia terlanggar dengan seseorang, habis jatuh barangan yang dibelinya. "Maaf Cik, saya tak sengaja." Suara seorang lelaki menyapanya, sambil menolongnya mengambil barang yang jatuh tadi. "Maaf sangat-sangat Cik, saya betul-betul tak sengaja." Ulang lelaki tersebut. "Ohh.. takpe, sikit jer. Terima kasih sebab tolong ambil barang saya yang jatuh tadi". Kata Tania, kemudian melangkah kaki untuk pergi dari situ. "Errr.. maaf Cik, saya Gabriel. Kebetulan dah terlanggar cik ni, boleh tak saya nak tanya sikit, kat mana ye kolej Fajar kat Miri ni? Saya asal Kuching, baru transfer ke Miri, tak tahu sangat selok belok bandar ni." Kata Gabriel sambil tersengeh-sengeh.

Dia baru sahaja tiba dari Kuching dengan menaiki kenderaan sendiri, dan fikirnya ingin meronda bandar Miri sebelum memulakan pekerjaannya sebagai seorang pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Miri. Lenguh juga dia meng'google' tunjuk arah ke kolej tersebut, tetapi masih tak jumpa juga. Kebetulan pula,  sedang leka bermain hp, Gabriel tanpa sedar terlanggar seorang perempuan, membuatkan dia terkejut dan jadi serba salah. Salah dia juga, tak pandang kiri kanan semasa bejalan, nasib baik jatuh sikit je.

"Ohh, Fajar International College kat Pujut. Pertama kali datang ke Miri ke? Jawab Tania sopan sambil tersenyum manis. Tak juga, masa kecil dulu pernah datang sekali, tapi sekarang tak ingat jalan dah. Bandar pun saya tengok dah banyak perubahan." Balas Gabriel sambil membalas senyuman Tania. "Begini lah, lepas keluar dari  Mall ni, awak drive lurus sampai ke roundabout, lepas tu pusing kiri, lurus ikut arah flyover. Lurus sahaja sampai awak jumpa lampu isyarat, belok kanan. Tak jauh dari tu, sebelum Jambatan Pujut, ada simpang belok kanan, awak akan nampak signboard Fajar International College." Beria Tania menunjukkan arah, tanpa sedar sepasang mata sedang memerhatikannya dari jauh. "Terima kasih banyak Cik. Kalau tak terlanggar cik, saya tak tahu nak tanya siapa lagi". Kata Gabriel sambil berseloroh. "Baiklah, saya nak gerak dah ni. Harap Encik jumpalah tempat yang nak dituju tu. Kalau masih tak jumpa juga, boleh call Fajar terus minta location". Setelah Gabriel mengangguk faham, Tania berlalu dari situ sambil tersenyum. Fikirannya masih memikirkan bagaimana kejutan yang sesuai untuk suaminya.

"Manis". Kata Gabriel tanpa sedar. "Ya, senyuman dan wajahnya sangat manis untuk dipandang". Kata Gabriel sambil berjalan menuju keretanya.

Di kejauhan, terlihat seorang perempuan sedang tersenyum sinis sambil memegang telefon bimbit. "Habis lah kau kali ni Tania, akan ku rampas semula hak aku yang selama ini kau ambil". Sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam handbag, dan berjalan semula dengan perasaan puas.

Tanpa sedar, Tania tertidur di atas katil setelah penat menangis memikirkan perkara yang baru saja terjadi. Hati yang gembira sekelip mata bertukar duka. Di saat dia sedang cuba memujuk perasaannya sendiri, tiba-tiba dia menerima satu kiriman whatsapp dari suaminya.

"Aku dah tak sanggup hidup dengan perempuan macam kau, aku nak kita cerai. Itu keputusan muktamad"

Air mata yang kering, menitis semula, dengan berat hati Tania membalas kiriman tersebut.

"Baiklah, kalau itu yang awak mahukan. Saya nak minta tolong dari awak. Tolong hantar saya balik ke pangkuan keluarga saya, seperti mana awak mengambil saya menjadi isteri awak suatu ketika dahulu"

Sebaik menekan butang hantar, Tania menangis semahu-mahunya diatas katil sambil memegang perutnya. "Tak apa sayang, biar papa tak tahu akan kewujudanmu. Mama akan jaga sayang sampai ke hujung nafas mama. Mama takkan biarkan sesiapa menyakiti sayang. Mama juga berjanji, yang mama tak akan pernah sesekali berkahwin lagi dengan sesiapa pun termasuk papa. Itu janji mama, mama sayang anak mama, mulai hari ini, kita hidup berdua je. Mama lah ibu, dan mama juga ayah kepada sayang," Usai berkata-kata, Tania menangis untuk kesekian kalinya, sehingga dia terlelap dalam kepenatan.

EmosiWhere stories live. Discover now