5

25 0 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 7 malam, Lawrance yang sedari tadi terlelap di atas sofa di ruang tamu tergesa-gesa bangun dan mencapai telefon bimbitnya. "Hahh?? Dah pukul 7 malam. Kenapa akak tak bangunkan saya. Tania macam mana? Ada apa-apa berita tak?" Soal Lawrance kepada kakaknya Janet. Wajahnya cemas, menanti perkhabaran dari kakaknya tentang isterinya itu. "Ayah dan mak kat mana kak? Mereka dah pergi lawat Tania ke? Kenapa tak ajak Lo?" Belum sempat Janet menjawab, Lawrance kembali menyoal apabila dia tidak melihat kelibat orang tuanya di ruang tamu rumah. "Banyak soal sangatlah budak ni. Mak dengan ayah pergi rumah kawan mereka, lama tak jumpa katanya. Keadaan Tania pun kitorang belum tahu lagi, sebab kitorang belum terima apa-apa berita dari keluarga mertua Lo." Ujar Janet yang tengah syok berbalas whatsapp dari suaminya yang bekerja di Singapore. Sebenarnya Janet tahu akan keberadaan ayah dan ibunya, tapi ayahnya terlebih dahulu telah memesan kepadanya agar merahsiakan hal ini. Dia pun tidak faham apa yang terjadi sebenarnya, tidak sabar dia menanti kedatangan orang tuanya untuk mengetahui perkara sebenar.

Lawrance memandang skrin telefon yang terpapar gambar isterinya sebagai latar belakang telefon bimbitnya. "Macam mana keadaan sayang sekarang? I really miss you sweetheart, tolong balik cepat. I'm really sorry". Air mata yang kering menitis semula, Lawrance mendakap telefon bimbitnya dengan erat seakan-akan sedang memeluk tubuh isterinya. 

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi kenderaan masuk ke dalam halaman rumah. Segera Lawrance bangun dan berlari menuju ke arah kenderaan tersebut. Belum sempat ayah dan ibunya keluar dari kenderaan, Lawrance dengan segera menyapa orang tuanya itu. "Ayah, Tania macam mana ayah. Dia dah sedar ke?" Soal Lawrance tidak sabar menanti berita tentang isterinya itu. "Bagi ayah bernafas dulu, ni belum sempat ayah tarik nafas dah macam-macam soalan yang Lo tanyakan." Seloroh Encik John sambil dia meneliti wajah suram anaknya itu. "Kesian anak aku, maafkan ayah nak, ini demi kebaikan kita bersama." Encik John berbicara didalam hati. Sedih dia melihat wajah anak lelakinya itu, tapi silap anaknya itu sendiri juga terlalu mengikut perasaan bila membuat keputusan. "Ayah, ini bukan masa untuk bergurau. Tania macam mana?" Tegas suara Lawrance bertanya lagi. "Ayah dengan ibu sebenarnya baru pulang dari rumah kawan tadi. Kitorang belum terima apa-apa berita dari mereka." Bohong Encik John kepada anaknnya, walaupun berat untuk mengungkapkannya. "Takkanlah mereka tak ada call langsung untuk beritahu apa-apa berita. Ayah tipu Lo ke?" Balas Lawrance seakan tahu ayahnya sedang menyembunyikan rahsia darinya. "Ehhh, takda masa ayah nak menipu Lo. Untuk apa pula nak tipu tipu ni. Ayah nak masuk mandi, penatlah" Jawab Encik John sambil berjalan beriringan dengan isterinya masuk ke dalam rumah, dia risau rahsianya akan pecah kalau lama-lama bersoal jawab dengan anaknya itu. "Ayah, tolonglah. Lo merayu sangat-sangat kalau ayah ada terima apa-apa berita dari Tania. Tolong bagitau Lo. Jangan buat Lo macam orang bodoh." Sedaya upaya Lawrance merayu orang tuanya untuk memberitahu hal sebenar. "Maaf Lo, ayah betul-betul tak tahu. Apa kata Lo sendiri call mereka, tanya keadaan isteri Lo." Mudah jawapan Encik John, supaya dia lepas dari rayuan anaknya itu. Lawrance pasrah, dia hanya berdiri memerhati langkah ayah dan ibunya masuk ke dalam rumah, tanpa mendapat jawapan yang dikehendakinya.

Usai masuk ke dalam rumah, pecah tangisan Puan Rose melihat anaknya seperti orang yang tak siuman, hilang arah. Sedih hatinya sebagai seorang ibu melihat anaknya merayu-rayu seperti itu. Bagaimanalah keadaan anaknya itu nanti andai mereka dipisahkan sementara waktu, sebak hatinya. Janet datang untuk menenangkan ibunya, dipeluknya dengan penuh kasih sayang supaya hati ibunya itu kembali tenang. "Jadi macam mana ayah? Apa yang korang bincangkan tadi?" Soal Janet kepada ayahnya. "Kita berbual besok saja. Jangan sampai Lo tahu akan hal ini." Balas Encik John sambil memimpin tangan isterinya masuk ke bilik untuk berehat. Kemudian, Janet pun masuk ke dalam bilik tetamu dirumah itu untuk menghubungi suaminya. Walaupun telah bersuami, Janet dan suaminya belum mempunyai zuriat lagi, kerana suaminya jarang berada di rumah. Panggilan kerja yang membuatkan suaminya selalu outstation ke luar negara, oleh sebab itu Janet selalu meluangkan masa bersama orang tuanya.

Di luar rumah, Lawrance masih memegang telefon bimbitnya sambil berteka-teki samada ingin menelefon isterinya atau tidak. "Arrghhh, time begini pun kau masih ego lagi Lo. Buang ego kau tu, isteri kau masih perlukan kau seperti kau perlukan dia." Teriak Lawrance di dalam hati. Akhirnya Lawrance mengalah, dengan segera dia menaip nombor telefon isterinya, dan menekan butang memanggil, tetapi panggilan tidak berjawab. Lawrance tidak berputus asa, dia berusaha menghubungi nombor telefon isterinya itu lagi, tapi masih juga tidak berjawab. Kemudiannya Lawrance menghantar satu pesanan ringkas melalui aplikasi whatsapp, dan dia berharap agar isterinya membalas pesanannya tersebut.

"Sayang, sayang ok tak? Bie minta maaf sangat-sangat, Bie terlalu ikutkan perasaan. Tolong jawab call Bie. Please." Tania membaca pesanan ringkas dari suaminya itu dengan mata yang berkaca. "Dah terlambat awak. Hati saya dah terlalu sakit dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut awak." Tania berbicara didalam hati. Pesanan ringkas itu hanya dipandang kosong, sehingga skrin telefonnya terpadam dengan sendirinya. Kemudiannya Tania kembali berbaring di atas katil, sambil matanya memandang siling hospital itu. "Kita akan mulakan hidup baru sayang. Hanya mama dan sayang. Opp.. mama lupa, dengan datuk dan nenek juga. Lepas ni, mama janji akan jaga kesihatan supaya anak mama sihat dalam ni, ok." Tania tersenyum lalu mengusap perutnya yang masih belum kelihatan itu.

Blue tick! Pesanan ringkas yang dihantar kepada isterinya tadi hanya dibaca Tania tanpa dibalas. Sedih hati Lawrance, tetapi dia tidak menyalahkan isterinya itu. Perkara ini berlaku adalah disebabkan dia yang terlalu mengikut perasaan, terlalu ego untuk bertolak ansur. Lawrance memandang langit yang semakin gelap ditelan malam, menyesali perbuatannya yang membuat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan risiko yang akan terjadi. "Tak!! Kau tak boleh berputus asa Lo. Kau yang timbulkan semua masalah ini, dan kau juga yang harus memperbetulkan semuanya.  Ya Lo, Tania itu nyawa kau, takkan kau nak lepaskan nyawa kau begitu saja." Dengan penuh bersemangat Lawrance cuba menyakinkan dirinya sendiri, dan dia bertekad untuk melawat serta memujuk isterinya itu di hospital pagi esok. Lawrance masuk ke dalam rumahnya semula seraya mengunci pintu rumah. Kemudian dengan wajah yang berseri-seri, Lawrance berlari-lari anak menuju ke bilik tidurnya. Dia membersihkan dirinya dahulu, sambil bernyanyi kecil. Selesai mandi, Lawrance membaringkan dirinya di atas katil, dan cuba melelapkan matanya. Tidak sabar rasanya menunggu hari esok tiba, untuk kembali bersama isterinya dalam melayari bahtera perkahwinan bersama-sama seperti sebelum ini.

Masihkah ada cinta dihati Tania buat Lawrance? Mampukah mereka bersatu kembali? Dapatkah Lawrance menebus kembali kesalahannya terhadap Tania.

EmosiWhere stories live. Discover now