15

13 0 0
                                    

Gabriel resah menantikan balasan mesej dari Tania. Setelah 15 minit mesej yang dihantar tidak dibalas, akhirnya Gabriel mengambil keputusan untuk terus menghubungi nombor telefon Tania. "Please angkat call I." Penuh harapan Gabriel menanti panggilannya disahut.

Tania yang baru sahaja bersiap untuk keluar rumah hanya memandang telefonnya yang berdering. Diambilnya telefon tersebut, dah ditatapnya terus nombor panggilan yang menghubunginya itu. "Nombor siapa ni?" Omel Tania sendirian, kemudiannya telefon dimatikan. "Takkan lah ada orang bagi nombor telefon aku dengan orang lain?" Tania bersoal jawab sendirian. "Nia dah siap ke tu? Jom lah kita pergi, nanti lambat pula nak pergi airport." Puan Sonia mengejutkan lamunan Tania. "Ye Mummy, Nia dah siap." Dengan segera Tania mencapai beg tangannya dan menuruni tangga dengan berhati-hati. "Kenapa Nia lama sangat dekat atas tu?" Soal Puan Sonia memandang anaknya yang sedang menuruni tangga. "Ada nombor yang Nia tak kenal call tadi. Mummy ada bagi nombor Nia dekat orang lain ke?" Nia menyoal kembali ibunya itu. "Takde pula. Dia cakap apa?" Puan Sonia sedikit pelik dengan soalan anaknya. "Nia tak jawab pun. Malas lah nak layan orang yang Nia tak kenal." Ujar Tania yang baru menjejak kakinya ke lantai bawah. Sejak kandungannya mencecah 6 bulan, agak sukar bagi Tania untuk berjalan dengan pantas. Bergerakkannya agak terkawal dengan perut yang semakin membesar, dan dia perlu lebih berhati-hati untuk elakkan perkara buruk dari berlaku. "Hurmm.. ok lah kalau macam tu. Jom." Puan Sonia memimpin tangan puterinya itu seperti Tania masih lagi seorang anak kecil baginya. Tania hanya tersenyum senang dengan tingkahlaku ibunya itu, dan mereka berlalu ke arah ayanhnya yang sedari tadi menanti mereka di halaman tempat letak kereta. "Dah siap ke? Jom." Sapa Encik Eric sambil tersenyum. "Jom." Jawab Puan Sonia dan Tania serentak. Dan mereka tertawa bersama-sama.

Setelah beberapa kali memerhati sekeliling rumahnya, Lawrance akhirnya berpuas hati dengan kekemasan rumahnya. Dia kemudian berlalu ke dapur dan membuka peti ais untuk mencari bahan mentah yang sesuai dijadikan lauk mereka nanti. "Ketam? Hurrmmm." Lawrance berfikir sejenak. "Nia suka ketam masak dengan telur masin." Sambil tersenyum Lawrance mencapai ketam mentah tersebut dan membersihkannya dengan teliti. Kemudian, pergerakkan Lawrance terhenti secara tiba-tiba. "Alamak! Telur masin tak ada lah. I perlu pergi kedai ni." Lawrance melihat jam tangannya sekilas dan dengan segera dia mencapai kunci kereta, lalu memandu keluar menuju ke kedai berdekatan.

"You dah call dia ke?" Suara Patricia memecah gegendang telinga Gabriel. Gabriel yang baru sahaja membeli beberapa keperluan rumah di sebuah kedai hanya mengeluh apabila terpaksa menjawab panggilan daripada Patricia. "Saya dah call, tapi dia tak layan lah." Jawab Gabriel acuh tak acuh. "You cuba lah banyak kali. Nanti dia jawab lah tu." Saran Patricia kepada Gabriel. "Saya rasa saya tak nak campur tangan dalam hal ni lah. Tak baik kacau rumahtangga orang." Akhirnya Gabriel meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya. Dia cuba untuk memperbetulkan keadaan dengan menghubungi Tania untuk memaklumkan perkara yang Patricia lakukan. Tetapi panggilannya tidak diendahkan oleh Tania. "What?! Awak sanggup ke biar perempuan yang you suka dengan orang lain?" Marah Patricia. Ingin sahaja dia menghempaskan telefon bimbitnya itu untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap Gabriel. "Tak guna nak rosakkan hubungan orang kalau dia tidak ada perasaan dekat kita Pat. Move on lah." Gabriel cuba untuk menasihati Patricia. Baginya, usaha untuk hancurkan hubungan Lawrance dan Tania hanyalah usaha yang sia-sia. Tania belum tentu mahu menerima dirinya andai mereka bercerai. "Huhh!!!" Patricia merengus kasar lalu menutup telefon bimbitnya. "Tak guna kau Gabriel. Arghh!!" Patricia menjerit sekuat hatinya. Gabriel yang agak kebingungan hanya memandang telefon bimbitnya dan sekali lagi dia mencuba untuk mendail nombor telefon Tania dengan harapan Tania akan menjawab panggilan tersebut.

Sekali lagi telefon bimbit Tania berbunyi, dan dia hanya memandang nombor telefon tersebut sambil tertanya-tanya. "Sini, biar daddy yang jawab." Belum sempat Tania menjawab, dengan pantas ayahnya mengambil telefon tersebut dan menekan butang angkat. "Hello. Siapa ni?" Agak garau suara Encik Eric menjawab panggilan tersebut. "Err, hello. Maaf ganggu, saya Gabriel. Tania ada tak?" Jawab Gabriel tergagap-gagap. Encik Eric memandang ke arah Tania, tetapi Tania dengan pantas menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak mahu menjawab panggilan tersebut. "Tania tak sihat. Boleh saya tahu encik nak apa dengan Tania?" Soal Encik Eric dengan tegas. "Eerr. Sebenarnya ada hal mustahak yang saya nak bincangkan dengan Tania. Dan saya harap Tania mahu berjumpa dengan saya sesampainya encik sekeluarga sampai di Sarawak nanti." Tulus dan jujur Gabriel menutur bicara, dengan harapan semoga tiada salah faham didalam kata-katanya. "Macam mana encik tahu kami akan balik ke Sarawak nanti?" Soal Encik Eric terperanjat. Selain dari keluarga mertua Tania, tiada orang lain yang mengetahui kepulangan mereka sekeluarga. "Itu yang saya nak bincang dengan Tania." Gabriel berpura-pura menelan liurnya. Peluh yang mula merecik di dahinya dilap dengan menggunakan lengan. "Tak. Saya perlu tahu sekarang juga. Atau saya buat laporan polis." Jawab Encik Eric dengan tegas. Perkara ini bukan perkara yang remeh bagi Encik Eric, sebab itu melibatkan keluarganya. Dan dia berharap agar Gabriel dapat memberikan kerjasama dengannya. Gabriel yang semakin cemas dan tidak keruan, akhirnya menceritakan kesemuannya kepada Encik Eric.

Lawrance yang baru masuk ke dalam kereta dengan tergesa-gesa, hanya terpaku tidak terkutik. Terkejut dengan apa yang baharu sahaja didengarnya sebentar tadi. Dia yang baru selesai membeli sedikit keperluan dapur untuk dimasak sebagai hidangan untuk menyambut kepulangan isterinya terkejut apabila di terdengar nama Tania dan ayah mertuanya disebut-sebut. Dia cuba untuk lebih mendekati lelaki tersebut dengan berhati-hati dan mendengar perbualan tersebut dengan jelas. "Saya tak kenal Tania dengan lebih dalam, tapi saya tahu dia baik. Andai mereka tiada jodoh, saya sanggup menjadi suami dan ayah kepada anaknya kalau encik Eric dan Tania tidak keberatan." Masih terngiang-ngiang dengan jelas ditelinganya bualan lelaki tersebut di dalam telefon. "Takkan semua ini kebetulan? Kenapa nama mereka sama?" Lawrance masih tertanya-tanya. Baginya mustahil ada nama yang sama dalam sebuah keluarga yang berlainan. "Jadi suami dan ayah? Tania pregnant?" Lawrance mengajuk semula bualan lelaki yang didengarnya tadi dan jantungnya berdegup agak kencang. Dengan pantas dia mencapai telefon bimbitnya dan mendial nombor telefon ayahnya, Encik John. Dia perlu mendapatkan penjelasan secepat mungkin. Setelah menghubungi ayahnya, Lawrance memecut keretanya dengan laju menuju ke rumahnya. Pelbagai pertanyaaan bermain difikirannya, dan dia harus menyelesaikan kesemuanya dengan segera.

EmosiWhere stories live. Discover now