19

18 1 0
                                    

Tania lebih banyakkan berdiam diri di dalam kenderaan bersama Calvin. Penjelasan dari Calvin cukup baginya untuk menyelesaikan semua masalah ini. Dan sekarang, dia hanya perlu mengumpul tenaga sebanyak yang mungkin untuk berdepan dengan suaminya sendiri. Setiap perkataan yang keluar dari mulut  Calvin masih bermain-main di kotak fikirannya.

"I kenal Patricia sejak zaman kolej lagi Nia. Hampir semua coursemate kitorang tahu yang Pat sangat tergila-gilakan Lo. Bila dia tahu yang Lo sukakan Nia, dia jadi tidak keruan. Dia juga mengalami kemurungan, dan hampir membunuh diri bila dia dapat tahu yang Lo serius dengan Nia, ingin terus melamar Nia bila dia sudah mendapat pekerjaan. Sebab itu Lo tidak dapat mengelakkan diri dari dia, tetap melayan dia sebagai seorang teman supaya dan tidak lebih dari itu." Calvin mengimbas kembali kenangan pahit ketika masih menuntun di sebuah IPTA suatu ketika dahulu. "Nia tahu tak. Sehari sebelum kejadian, Lo ada lah call Vin dan dia cakap dia dah sampai KL, tapi Nia tak tahu pun. Katanya nak buat suprise. Tapi sayang, Pat terlebih awal pula membuat kejutan. Hehehe..." Calvin tertawa lucu mengenangkan peristiwa dimana bermulanya persengketaan antara Lawrance dan Tania. Tania yang mendengar tersenyum sendiri walaupun tawar. "Nia pun nak buat kejutan untuk Lo masa tu. Nia tahu Lo dah nak balik, tapi tak sangka pula dia balik awal dari tarikh sepatutnya." Tania mula mengingati saat di mana dia terserempak dengan Gabriel di dalam sebuah mall. "Masa tu Nia baru dapat tahu yang Nia pregnant. Nia pergi ke mall nak beli kotak hadiah untuk diberikan kepada Lo. Tapi  tak sangka pula Nia secara tak sengaja terlanggar dengan seorang lelaki." Tania menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku. "Nia juga Vin. Nia cuba nak jelaskan, tapi sedikit pun Lo tak beri Nia peluang." Air mata yang ditahan, akhirnya menitis di pipi. "Nia rayu, Nia mohon kemaafan. Tapi Lo tetap juga dengan keputusannya. Sampai dia cakap Nia tak cukup dengan seorang lelaki." Satu persatu peristiwa lama terungkit kembali. Perkataan dari mulut suaminya sendiri, menyakitkan hatinya. "Sebab itu Nia ambil keputusan untuk tidak berterus-terang. Nia setuju dengan cadangan daddy untuk pergi seketika dari segala masalah." Tania menyekat air matanya dengan hujung lengan baju panjangnya. "Bagi Nia, keputusan yang Nia ambil adalah keputusan yang paling tepat. Nia tenangkan segala fikiran, Nia jaga kesihatan Nia dan juga baby, tapi bila Nia dah sedia nak berjumpa Lo, lain pula perkara yang timbul." Sambung Tania kemudiannya. Calvin hanya menjadi pendengar yang setia dengan luahan hati Tania. Hatinya remuk melihat gadis yang pernah dicintainya itu menangis. Ya, dia akui dia pernah sukakan Tania lebih dari seorang teman. Tetapi dia memilih untuk lebih hormat dengan persahabatannya bersama Lawrance dari mengikut kata hatinya sendiri. Walaupun sukar untuk dia terima pada mulanya, tetapi agak berbaloi pengorbanannya apabila melihat ketulusan cinta antara Lawrance dan Tania. "Lo sangat cintakan you Tania. Sepanjang you hilang, tidak pernah sekali pun dia melupakan you. Setiap hari Tania.. Tania..sampai I jadi jemu. Hahaha.." Seloroh Calvin. "Dan pasal mesej yang you terima tu, itu semua angkara Pat. Dia ambil kesempatan bila Lo mabuk tidak sedarkan diri, dan I pula pergi tandas masa tu." Calvin mengeluh panjang. "I tak tahu sampai bila Pat sanggup buat perkara seperti itu." Dia turut bersimpati dengan Patricia. Seorang gadis yang baik pada mulanya, tetapi berubah sekelip mata hanya kerana cinta yang tidak kesampaian. "Tapi memang Lo tidak melakukan apa-apa pun Nia. Sampai tidur dia tidur di rumah Vin, sebab tidak sanggup nak tidur seorang diti dekat rumah korang tu." Ujar Calvin lalu ketawa lucu mengenangkan sikap Lawrance yang kadang-kadang sedikit kebudak-budakkan. Tania yang mendengar turut ketawa lucu. Air mata yang tadinya seakan tidak mahu berhenti, kering dengan sendirinya. "Boleh tolong saya sekali lagi tak?" Soal Tania sekali lagi, lalu menarik tangan Calvin masuk ke dalam kereta. Calvin mengangguk memahami permintaan Tania. Enjin kereta dihidupkan, lalu Calvin memecut keretanya dengan berhati-hati meredah jalan raya yang agak lenggang di malam itu.

Patricia menjadi semakin tidak tentu arah, bila segala mesej yang pernah dihantarnya kepada Gabriel turut ditayangkan kepadanya. "Apa semua ini?" Ujar Patricia dengan suara yang kuat. "Kenapa awak lakukan semua ini?" Soal Encik Eric kepada Patricia. "Lakukan apa? Ini semua fitnah lah." Patricia masih tetap mempertahankan dirinya walaupun dia tahu kebenarannya. "Fitnah apa lagi hahh!!!! Bukti semua sudah didepan mata, takkan masih tak nak mengaku lagi." Lawrance yang berada jauh dari Patricia bersuara semula. "Aku terima kau jadi sahabat aku selama ini sebab kau sakit, dan ini balasan yang kau beri pada aku?! Keras suara Lawrance memarahi Patricia. "Yaaa!! Aku mengaku. Dan ya, aku sakit sebab kau Lo. SEBAB KAU?!" Patricia berteriak seperti dirasuk syaitan. "Aku sayang kau, aku cintakan kau. Tapi apa yang kau bagi balik kat aku? Kesakitan Lo. Sakit sangat bila aku nampak kau bahagia bersama perempuan lain." Tangisan Patricia pecah bila mengungkapkan itu. Segala yang dia rasakan selama ini, dapat diluahkannya. "Kau patutnya belajar untuk terima kenyataan, bukannya dengan menghancurkan kehidupan orang lain. Apa kau bahagia kah sekarang dengan apa yang kau lakukan?" Tegas Lawrance, dadanya turun naik menahan almarah yang tidak terhingga. Patricia hanya terdiam tidak terkutik. Dia hanya mampu menangis memandang lantai. Adakah dia sudah menyesal dengan tindakkannya sebelum ini?

Pancaran lampu kereta di luar rumah mengejutkan mereka sekeluarga. Kelihatan Tania datang bersama dengan Calvin. Semua mata memandang ke arah mereka dengan penuh tanda tanya, terutama Lawrance. Dengan pantas Lawrance menerpa ke arah mereka. Belum sempat Tania dan Calvin berkata apa-apa. Burrpppp..!!! Satu tumbukan padu hinggap di mulut Calvin. "Apa lagi maksud semua ini Vin? Nia?!" Herdikkan suara Lawrance menggetarkan seluruh rumah. Sekali lagi ingin mencederakan Calvin, tetapi dengan segera ditahan oleh ayah dan bapa mertuanya. "Sabar dulu Lo. Jangan suka membuat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa!" Besar suara Encik John memarahi anaknya itu. "Sabar apa lagi ayah. Isteri Lo datang berdua-duaan bersama dengan sahabat Lo sendiri. Bapa boleh suruh Lo bersabar?" Lawrance meronta-ronta minta untuk dilepaskan. "Aku datang membawa Tania kepada kau Lo. Aku ingat persahabatan kita selama ini sudah cukup kuat untuk kau pecaya pada aku. Tapi nampaknya tak."Sedikit kecewa di wajah Calvin melihat sahabatnya sendiri tidak percaya kepadanya. "Vin minta maaf uncle. Vin tak nak keruhkan lagi keadaan, Vin nak minta diri dulu." Sambung Calvin, lalu mengatur langkahnya menuju ke kereta.

Paaappppp...!!!!! Satu tamparan hinggap di wajah Lawrance. "Nia fikir Lo dah berubah. Tapi nampaknya tak. Lo masih dengan syak wasangka Lo terhadap Nia. Apa teruk sangat kah Nia di mata Lo?" Giliran Tania pula bersuara. "Nia..." Belum sempat Lawrance menghabiskan katanya. Tania terlebih dahulu mencelah. "Dah lah. Nia dah penat sangat dengan semua ini. Nia datang dengan harapan semoga hubungan kita dapat dipulihkan. Tapi nampaknya tak. Rasanya. Lo dah boleh teruskan dengan penceraian kita." Laju Tania melangkah pergi diikuti oleh orang tuanya. Lawrance terkedu tidak terkata. Sekali lagi dia membuat keputusan mengikut emosi, dan dia hanya mampu menyesalinya.

EmosiWhere stories live. Discover now