18

14 0 0
                                    

Pancaran lampu kereta yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah milik Lawrance membuatkan Lawrance tanpa berfikir panjang, dengan segera berlari mendapatkan kereta tersebut. Tetapi malang baginya, sebab kereta yang datang bukan kereta Tania sekeluarga, tetapi milik Patricia. "Ohhh you." Ujar Lawrance dalam nada kecewa. "Hai dear." Dengan lenggok yang manja Patricia berjalan menghampiri Lawrance. Lengan sasa milik Lawrance dirangkul kemas, seolah-olah Lawrance sudah sah menjadi miliknya. "Masuk lah." Kata Lawrance lalu menepis tangan Patricia. Dia tidak selesa diperlakukan seperti itu. Belumpun sempat mereka melangkah masuk ke dalam rumah, satu lagi kenderaan tiba di perkarangan rumah, dan kereta itu milik ayah mertuanya. Sepantas kilat Lawrance berlari untuk mendapatkan isterinya, membuatkan Patricia terpinga-pinga sendirian. Dia tidak faham kenapa ada orang lain turut berada di rumah tersebut selain dirinya. Bukankah Lawrance menjemputnya untuk makan malam bersama, tetapi tidak menyatakan keluarganya turut serta. Patricia bertambah bingung, bila melihat kehadiran keluarga Tania juga turut berada di situ. "Permainan apakah ini Lo?" Soalnya di dalam hati. Patricia dihimpit perasaan takut secara tiba-tiba. Dia risau jikalau rahsianya selama ini akan bocor.

"Apa khabar daddy, mummy." Soal Lawrance sebaik menghampiri ibu bapa mertuanya itu. Matanya tidak berhenti melilau-lilau mencari kehadiran Tania. "Daddy dan munmy sihat je. Lo apa khabar? Nampak macam Lo ada sedikit kurus dah sekarang." Encik Eric menjawab pertanyaan menantunya itu. Dia perasan yang menantunya itu sedang mencari Tania, tetapi malangnya, Tania tidak ikut serta kerana khuatir tidak mampu untuk menerima kenyataan yang mungkin akan menyakitkannya lagi. "Lo sihat. Nia mana daddy?" Lawrance menyoal kembali. Dia teringin untuk mendakap tubuh isterinya itu bagi melepaskan kerinduan yang dipendamnya selama ini. "Nia tak ikut. Dia letih sebab baru sampai sini." Bohong Encik Eric kepada Lawrance. "Tapi..." Belum sempat Lawrance menghabiskan kata-katanya, suara Encik Jogn pula kedengaran. "Takkan lah nak biarkan ibubapa mertua awak kat luar je Lo. Suruhlah mereka masuk dulu. Nanti kita bincang sama-sama." Teriak Encik John di dalam rumah. Dia juga turut menjemput Patricia untuk masuk ke dalam rumah mereka. "Ye. Baiklah." Encik Eric membalas perlawaan Encik John. Sambil menepuk-nepuk bahu menantunya itu, Encik Eric dan Puan Sonia berjalan seiringan masuk ke dalam rumah tersebut.

Tania yang hanya menanti di rumah ibu bapanya menjadi resah secara tiba-tiba. Dia mulai menyesali keputusannya untuk tidak ikut serta ayah dan ibunya ke rumah suaminya itu. Beberapa kali Tania berjalan mundar-mandir di ruang tamu, sambil menggigit kukunya, berfikir apa yang perlu dilakukannya sekarang. "Calvin!! Yaaa, Calvin. Aku perlu hubungi Calvin untuk mencari tahu kebenarannya." Dengan segera, telefon bimbit dicapai, lalu nombor telefon Calvin didail. Dia sangat mengenali sahabat rapat suaminya itu. Tiada satu rahsia pun diantara Lawrance dan Calvin. Dia yakin bahawa Calvin tahu segala kebenaran yang sedang berlaku sekarang.

"Daddy minta maaf kepada Lo sebab merahsiakan segalanya daripada Lo. Daddy terpaksa atas permintaan Nia sendiri." Encik Eric memulakan bicara. Lawrance yang sedari tadi hanya menundukkan kepalanya memandang lantai. Fikirannya melayang memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini, dan dia tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapinya seorang diri tanpa isterinya, Tania. "Dan Daddy juga sudah mengetahui segalanya. Siapa dalang di dalam semua ini." Sambung Encik Eric tegas, kemudian memandang ke arah Patricia. Patricia yang duduk di kerusi hujung sekali sedaya upaya mengawal riak wajahnya, supaya tidak ketara dia lah punca segala masalah. Encik John sekeluarga hanya mendiamkan diri, dan mendengar penjelasan dari Encik Eric dengan tekun.

Lawrance yang tadinya hanya menunduk, mengangkat kepalanya dan merenung tajam ke arah Patricia. "Pat, you nak tahu, sebab apa I panggil you ke sini?" Akhirnya Lawrance bersuara, memandang tepat ke dalam mata Patricia. Patricia yang tadinya berusaha menyembunyikan reaksinya, kelihatan agak gugup bila Lawrance mula menyoal dirinya. "Errr.. I datang pun sebab you kawan I. Mu.. Mungkin, you ada masalah, sebab tu I datang untuk memberi kata semangat." Tergagap-gagap Patricia menjawab soalan Lawrance, sambil cuba untuk ketawa yang ketara dibuat-buat. "Ohhh.. dengan pakaian yang macam itu?" Lawrance menyoal kembali dengan sedikit sinis, memerli pakaian yang digunakan oleh Patricia yang baginya tidak sesuai untuk pertemuan antara sahabat. Patricia yang merasakan dirinya disindir, dengan pantas berdiri dari tempat duduknya. "Ok!! Terus terang saja lah Lo. You nak I datang sini untuk apa sebenarnya?" Soal Patricia dengan suara yang sedikit tinggi. "Untuk ini Pat!!" Paaappppp...!!!! Semua yang berada di dalam rumah tersebut turut terkejut, dan berdiri dari tempat duduk masing-masing. Telefon bimbit yang dilembarkan Lawrance dengan kasar ke arah Patricia hampir pecah. Skrin telefon itu berkelip-kelip menandakan lampu LED nya rosak, tetapi gambar yang terpapar masih jelas wajah wajah Patricia memegang telefon bimbitnya di dalam sebuah club. Patricia yang agak terkejut berundur setapak ke belakang. Telefon yang dilemparkan diambilnya, dan ditatap dalam-dalam. "I tahu, you yang balas mesej Tania semalam masa I dalam keadaan yang tidak sedarkan diri." Herdik Lawrance dengan mata yang mencerlung memandang Patricia. "You cakap apa dekat Tania? Tak cukup ke apa yang you dah buat sebelum ni?" Lawrance seakan-akan tidak dapat mengawal emosinya, dia melangkah ke depan untuk mendekati Patricia, tetapi dihalang oleh ayahnya.

Calvin yang baru sahaja menghantar mesej kepada Lawrance terkejut apabila mendapat satu panggilan daripada Tania. Tanpa melengahkan masa, dia terus mengangkat panggilan tersebut. "Calvin, awak kena tolong say untuk kali ini. Saya mohon". Belum sempat membuka bicara, suara Tania terlebih dahulu menyapa. "Tolong apa?" Ujar Calvin agak pelik. "Tolong ceritakan semuanya. Saya mahu berjumpa dengan awak sekarang. Jemput saya di rumah family saya." Tania mengarah. Dia harus menyelesaikan segala konflik yang sedia ada dengan kadar segera. Dia tidak mahu kehilangan orang yang dicintainya dengan sia-sia. "Ok. 15 minit lagi saya sampai." Panggilan dimatikan. Dengan pantas, Calvin mencapai kunci keretanya, dan memecut keretanya menuju ke rumah orang tua Tania.

Lawrance yang masih dipenuhi dengan rasa marah, cepat-cepat diheret ayahnya keluar dari rumah tersebut. "Lo tak boleh bertindak seperti ini. Kalau Lo mencederakan Patricia, masalah lain pula yang akan timbul." Encik John berusaha untuk menasihati anaknya itu. "Tapi ayah, dia tu dah melampau lah." Lawrance masih tidak berpuas hati. "Ayah tahu. Tapi bukan begitu caranya supaya dia mengaku." Ujar Encik John lagi. "Lo tak nak berjauhan lagi dari Tania ayah. Lo letih macam ni." Air mata yang ditahan, akhirnya gugur jua menitis di pipinya. "Ayah faham Lo. Tapi biarlah kita menyelesaikan perkara ni dengan bijak, supaya tidak mendatangkan masalah lain dikemudian hari." Encik John masih cuba untuk meyakinkan anaknya itu. Baginya, tiada masalah di dunia ini yang tidak dapat diselesaikan. Tiada seorang pun orang tua yang mahu melihat anaknya menderita sedemikian rupa.

EmosiWhere stories live. Discover now