7

19 0 0
                                    

Jam menunjukkan hampir pukul 9 malam, Lawrance duduk sendirian di tepi pantai, melihat hempasan ombak berulang alik seakan-akan menggambarkan perasaannya ketika itu. Marah, sedih, semuanya bercampur baur. Sedih akibat ditinggalkan isteri tanpa pesan, dan juga marah kerana keluarganya sendiri membohonginya tentang isterinya. "Apa aku memang seharusnya diperlakukan sebegini? Tidak cukupkah ucapan maaf yang aku berikan?" Menitis air mata Lawrance mengenangkan nasibnya. Bagaimana dia dapat menjalani hari seterusnya tanpa isteri di sisinya?

Terimbas kembali detik-detik lucu di mana Lawrance melamar Tania di tepi pantai hanya menggunakan daun yang dianyam menjadi sebentuk cincin. "Sayang, lepas lunch ni, I nak pergi pantai lah." Rengek Tania kepada Lawrance. "Nak pergi pantai buat apa? Matahari masih terpacak kat atas kepala tu, panas. I tak nak lah." Balas Lawrance, dan terus makan makanannya yang masih tinggal separuh. "Ala, bukan selalu pun. Kita pergi kejap je. Bolehlah." Rayu Tania bila dia melihat Lawrance seakan-akan tidak berminat dengan cadangannya. "Hurrrmmm. Makan lah dulu, nanti sejuk makanan tu." Ucap Lawrance acuh tak acuh. "Tak nak lah makan kalau macamtu." Tania menolak sedikit pinggannya, dan membuat aksi seperti sedang merajuk. Lawrance berhenti makan, lalu memandang wajah gadis kesayangannya itu. "Ok. Kalau you nak pergi pantai, you perlu habiskan makanan you dulu, lepas tu baru I bawa you pergi sana." Pujuk Lawrance sambil mengelus lembut jari jemari Tania. "Hehehe, ok." Balas Tania dengan riang. Mereka kemudiannya menikmati jamuan yang telah dihidangkan dengan penuh selera.

Seperti yang dijanjikannya, seusai makan tengahari, Lawrance membawa Tania ke pantai seperti yang diinginkan Tania. Berlari-lari Tania di atas pasir yang putih dah bersih itu dengan gembiranya, seperti belum pernah pergi ke pantai sebelum ini. Lawrance hanya memerhati seperti seorang bapa melihat anaknya sedang bermain. "Cepatlah sayang. Takkan nak berdiri disitu je?" Teriak Tania bila dia baru perasan yang Lawrance tiada disisinya. "Baru lepas makan, tak kuasa lah nak lari." Balas Lawrance sambil berjalan perlahan menuju ke arah Tania. "Kenapa awak happy sangat pergi pantai ni?" Soal Lawrance pelik melihat tingkahlaku Tania. Tania hanya tersenyum dan mengangkat bahunya berkali-kali. Lawrance hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Tania sebegitu. Begitu asyik Tania bermain sambil berlari-lari anak bila ombak datang ke tepian pantai, Lawrance hanya memerhatikannya sambil tersenyum. "Hari-hari aku nak lihat senyuman itu mekar begitu sahaja." Kata Lawrance sendirian, masih lagi memandang ke arah Tania yang masih leka bermain ombak. Kemudian Lawrance mendapat idea, dia mencapai sepucuk rumput liar dan menganyam rumput tersebut menjadi sebentuk cincin. "Aku rasa, ini lah masa yang sesuai untuk ku jadikan dia sebagai isteri yang sah!" Bicara Lawrance di dalam hati. Dia kemudiannya berlari kecil menuju ke arah Tania. Tangan Tania digenggam, dan mereka saling berpandangan. Tania pelik dengan tingkahlaku Lawrance. "Kenapa dengan you?" Soal Tania kebingungan. "Sayang, kita dah couple selama 4 tahun, dan I rasa ini lah masa yang sesuai untuk I jadikan You sebagai isteri I yang sah." Tania tiba-tiba ketawa. "Hahahhha, You tak payah lah nak main-mainkan I. Orang tengah tengok tu. Malu lah." Kata Tania sambil memerhati orang di sekeliling mereka. Walaupun tidak banyak orang yang berada di pantai saat itu. Maklumlah baru pukul 2 petang, matahari masih menegak diatas kepala, tapi ada beberapa orang yang berada dipantai saat itu sedang menikmati keindahan alam seperti mereka berdua. Lawrance kemudiannya berlutut di depan Tania, tangan Tania digenggam erat. Semakin kebingungan Tania melihat tingkah laku Lawrance. "Sayang, jangan lah. Orang tengok tu." Ujar Tania sekali lagi. Lawrance menghulurkan sebentuk cincin yang dibuatnya tadi kepada Tania. "Tania Delilah Eric, will you marry me?" Lancar sekali Lawrance mengungkapkannya. "Are you serious?" Soal Tania, sambil menatap terus ke mata Lawrance. Lawrance mengangguk seraya berkata, "never been before." Tania menekap mulutnya, air matanya menitis tanpa dia sedari. "Tapi I nak minta maaf, sebab I tak plan pun sebelum ni, so pakai cincin ni lah dulu. Nanti kita beli yang real punya." Sambung Lawrance lagi sambil ketawa. Tania turut ketawa, kemudiannya dia mengangguk tanda setuju. "Yes sayang, I do." Lalu memeluk Lawrance dengan seerat-eratnya. "Thank you sayang. I love you." Ucap Lawrance lalu mencium kening Tania. Semua orang yang menyaksikan lamaran tersebut, bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah untuk mereka berdua. "Tak sia-sia I bawa you pergi pantai." Ujar Tania kepada Lawrance. "Tak pernah dibuat orang sayang. Dengan panasnya, dengan tak ada cincinnya. It's one in a million." Kata Lawrance lalu mencuit hidung Tania. Mereka kemudiannya berjalan seiringan pulang menuju ke tempat letak kereta. Dan mengabadikan peristiwa tersebut sebagai peristiwa terindah dalam hidup mereka berdua.

Lawrance tunduk memandang pasir, kerinduannya terhadap Tania semakin menebal. "Bie minta maaf sayang. Bila sayang nak balik?" Ucap Lawrance sendirian. Dia memandang telefon bimbitnya, lalu menghantar satu pesanan ringkas kepada isterinya. "Sayang, bie nak minta maaf. Bie rindu sayang sangat-sangat. Sayang kat mana sekarang ni?" Usai menghantar pesanan tersebut, Lawrance kembali mendongak ke langit dan menyesali perbuatannya sebelum ini.

Berkali-kali Tania memusingkan badannya untuk mencari keselesaan, tapi masih juga sukar untuknya melelapkan matanya. Berada di rumah yang jarang dikujunginya dengan persekitaran yang berbeza membuatkan dia berasa janggal, dan kurang selesa. Tipu kalau dia tidak merindui tempat asalnya, tempat dimana dia dan suaminya sahaja berdua-duaan dan bergurau mesra seperti selalu. Tania akui dia sangat merindui suaminya ketika ini. Tak pernah dia merasa jauh dari suaminya sebelum ini, walaupun suaminya kerja offshore, 3 bulan kerja, 1 bulan cuti. Itu tidak menjadi masalah baginya, kerana mereka akan selalu berhubung melalui panggilan video ataupun saling berbalas pesanan ringkas. Tania kemudiannya bangun dari tempat tidurnya dan mengambil telefon bimbit yang berada di dalam beg tangannya dari sebelum mereka berlepas ke Sabah lagi. Dia menghidupkan telefon bimbitnya semula, dan menerima pelbagai mesej bertalu-talu. Dibukanya satu persatu, dan dibacanya. Akhir sekali, barulah dia membaca pesanan dari suaminya. Air matanya kembali menitis selepas membaca pesanan terakhir dari suaminya. Sama seperti suaminya, dia juga merindui suaminya itu saat ini, dan Dia mengambil keputusan untuk membalas pesanan tersebut. "I ok kat sini. Jangan risau." Ringkas sahaja pesanan yang dikirim Tania bagi membalas pesanan suaminya sebelum ini. Kemudian, dia menutup semula telefon bimbitnya, dan kembali ke tempat tidur, berusaha untuk melelapkan matanya.

Teett teeettt...

Bunyi dari telefon bimbitnya tidak diendahkannya. Lawrance berdiri, dan melangkahkan kakinya untuk balik ke rumah setelah menghabiskan waktunya di tepi pantai tersebut. Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Lawrance mengeluarkan telefon bimbitnya yang diletakkannya di dalam poket, dan melihat nama pemanggil tersebut. Belum sempat Lawrance melihat nama pemanggil, panggilan telah pun putus. Dia menekan telefonnya untuk mencari siapakah yang menelefonnya sebentar tadi. Lawrance kemudiannya terkejut melihat satu pesanan masuk dari isterinya. Cepat-cepat dia membuka pesanan tersebut dan membacanya. Dengan pantas Lawrance cuba untuk menghubungi isterinya terus, tetapi panggilan gagal. Dicubanya lagi, masih juga begitu. Dengan kecewa Lawrance membaca semula pesanan isterinya itu dan membalasnya. Dengan akur walaupun kecewa, Lawrance melangkah semula ke arah keretanya dan memecut keretanya pulang ke rumah mereka.

EmosiWhere stories live. Discover now