Epilog

23 1 0
                                    

Lawrance hanya tersenyum melihat keletah isteri dan anak perempuannya yang baru sahaja pandai berjalan, berlari-lari bila dikejar oleh ibunya. Gyssebelle Faith Lawrance baru sahaja menjejak usia setaun, tetapi sangat petah bercakap dengan slangnya yang comel itu. "Belle, makan dulu nanti main lagi." Teriak Tania kepada anak perempuannya. Lelah dia mengejar anaknya itu, yang asyik sangat bermain bila ada ramai budak sebaya dengannya di dalam majlis tersebut.

"Tahniah bro. Tak sangka kahwin juga kau akhirnya. Mana isteri kau yang tak bertuah tu?" Ucap Lawrance kepada Calvin secara berseloroh. "Sial lah kau Lo." Balas Calvin sambil menumbuk bahu sahabatnya itu. Kemudiannya, mereka saling berpelukkan. Lawrance tumpang bahagia melihat sahabatnya Calvin mencapai kebahagiaannya sendiri setelah lama membujang. "Sebab kau lah aku terpaksa postponed perkahwinan aku tau tak? Ni, pipi ni, masih terasa dengan tangan jahanam kau tu." Ujar Calvin sambil menunjuk pipinya yang kononnya masih ada bekas tumbukkan Lawrance suatu ketika dahulu. Lawrance ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh Calvin. "Alaaa. Mana aku tau kau nak kahwin masa tu. Tu lah, nak sangat suprise kononnya." Ketawa mereka akhirnya meletus. Kenangan pahit setaun yang lalu masih melekat kemas di dalam kotak fikiran masing-masing.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Seawal pukul 6 pagi lagi Lawrance bangun dari tidurnya, dan rancangannya untuk menjernihkan hubungan antara dia dan Calvin harus dilakukan secepat mungkin. Sebelum bangun untuk membersihkan dirinya, sempat Lawrance menghadiahkan satu ciuman selamat pagi di dahi isterinya, yang kelihatan sangat lena dibuai mimpi. Dia kemudiannya, bangun lalu menuju ke bilik air, membersihkan dirinya dan bersiap ala kadar. "Awalnya. Sayang nak pergi mana?" Tania yang baru bangun dari tidurnya terkejut melihat penampilan suaminya itu. "Sayang nak jumpa Vin. Ayang nak ikut ke?" Balas Lawrance, kemudian berjalan menuju ke arah isterinya yang masih berbaring di atas katil. "Sayang pergi lah berbaik dengan Vin. Ayang tunggu sini je. Tapi malam nanti teman ayang beli barang baby boleh?" Manja suara Tania membalas soalan Lawrance. "Apa sahaja untuk ayang. Ok lah, sayang turun dulu nak pujuk orang yang tengah merajuk tu." Seloroh Lawrance. "Tak baik lah. Sayang yang buat dia merajuk tau." Ujar Tania sambil tertawa kecil. "Kalau dia dah ok, bawalah ke rumah. Kita lunch sama-sama dengan keluarga yang lain, sebelum mereka balik petang nanti." Sambung Tania kembali. Dia bangun dari pembaringannya, dan mengemas katil sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. "Ok. Jumpa nanti." Ujar Lawrance lalu mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya yang sudah pecah dihempasnya semalam. Tania hanya mengangguk dan memberikan senyuman manis kepada suaminya itu.

Calvin termenung sendirian memandang secangkir kopi yang masih panas. Kemudian, dia memegang pipinya yang masih sakit bekas dari tumbukkan Lawrance malam semalam. "Tak guna betullah." Katanyak sendirian. "Aku ke?" Suara Lawrance muncul secara tiba-tiba. Mudah bagi Lawrance untuk masuk ke rumah Calvin, kerana dia juga menyimpan kunci pendua apartment milik Calvin. "Aku patut tukar je semua kunci dalam rumah ni. Supaya tak lah penceroboh senang nak masuk." Perli Calvin. "Elok sangat lah merajuk macam perempuan." Ujar Lawrance pula. "Kau datang sini nak apa lagi? Tak cukup ke dengan ni." Akhirnya Calvin bersuara menanyakan sebab kedatang Lawrance awal pagi itu. "Aku datang nak minta maaf bro. Aku saja je tumbuk kau semalam untuk lepaskan kemarahan aku. Kalau aku tumbuk Pat, nanti Nia cop aku jantan dayus pula." Kata Lawrance walaupun kedengaran menjengkelkan Calvin. "Huhh.. tumbuk lah dinding ke apa ke, jangan muka bro. Ini aset berharga aku. Macam mana aku nak kahwin dengan muka lebam macam ni." Ujar Calvin yang mengejutkan Lawrance. "What??? Serius kau nak kahwin." Lawrance yang terkejut dengan kenyataan Calvin datang menghampirinya. "Kan aku ada mesej kau petang semalam. Kau tak baca ke?" Soal Calvin kebingungan. "Ya ke? Sorry bro. Telefon aku pecah lah, aku hempas semalam. Geram." Lawrance mengeluarkan telefon bimbitnya yang sudah tidak berupa telefon. "Tu lah kau. Sikit-siki emo sampai nak rosakkan harta benda, termasuk muka aku yang handsome ni." Calvin masih memerli Lawrance. "Apa-apapun. Tahniah bro. Aku tumpang gembira. So, kita sekarang ni 0-0 lah ye?" Soal Lawrance kepada Calvin. "0 kepala kau. Akan aku balas, kau tunggu je masa itu tiba bro." Balas Calvin sambil mengempuk-empuk tangannya seoalah-olah mahu membalas perbuatan Lawrance terhadapnya semalam. "Aku tunggu bro. Hahahaha." Kata Lawrance sambil ketawa. Mereka berdua akhirnya ketawa bersama dan berpelukkan seketika. "Ohh ya, sebelum aku lupa. Nanti datang lunch rumah aku. Nia yang ajak. Sekarang aku nak balik dulu. Rindu!." Ujar Lawrance sebelum beredar keluar untuk pulang ke rumahnya. Calvin hanya menggeleng-geleng kepalanya melihat tingkah laku sahabatnya itu. "Kalau kau bukan kawan aku. Ni hahh. Dah makan tangan aku dah muka hodoh kau tu." Calvin berkata sendirian, sambil membuat aksi ingin menumbuk wajah sahabatnya, Lawrance.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"Hoiiii... dah kenapa senyum sorang-sorang? Masih awal lagi lah nak tidur. Tahulah kau tu pengantin baru." Lawrance mengejutkan lamunan Calvin. "Senyum pun tak boleh. Kau kena ingat, kau masih ada hutang dengan aku." Ujar Calvin sambil menunjukkan buku limanya. Lawrance hanya ketawa melihat perangai sahabatnya itu.

"Tahniah Vin. Terima kasih sebab dah jemput aku datang majlis perkahwinan kau." Patricia tiba-tiba muncul. "Thanks juga sebab sudi datang." Balas Calvin lalu bersalaman dengan Patricia. "Hai Lo. Sihat? Mana Nia dan baby." Patricia beralih kepada Lawrance. "Ohh. I sihat je. Nia ada tu, tengah kejar baby. Nakal sangat." Ujar Lawrance sambil menunjuk kearah Tania dan anaknya, Gyssebelle. Patricia turut memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Lawrance, lalu melambai-lambaikan tangannya saat Tania juga memandang ke arah mereka. "You macam mana sekarang ni. Bila nak kahwin?" Giliran Calvin pula menyoal. Patricia hanya tersenyum, kemudiannya dia menayangkan sebentuk cincin yang ada dijari manisnya. "Wait. What?!" Lawrance dan Calvin sama-sama terkejut. "Yup. I'm engaged. Dan kamu berdua pun kenal dengan orang tu." ujar Patricia. Terpancar sinaran kebahagiaan di matanya. "Siapa? Takkan Raymond kot?" Tekan Calvin seakan tidak percaya. "Tak mungkinlah si Ray playboy tu kot." Sangkal Lawrance pula. "Playboy bukan sebarang playboy tau. Perempuan yang suka datang dekat aku. Tapi aku layan macam kawan biasa je." Kemunculan Raymond mengejutkan Lawrance dan Calvin. Raymond kemudiannya mencapai jari Patricia, lalu digenggamnya erat. "Sebenar I dah lama sukakan Pat, dia je yang tak perasaan. Sebab sibuk sangat nak kejar jantan tak handsome tu." Sindir Raymond kepada Lawrance dalam nada bergurau. Dia tahu Patricia sangat cintakan Lawrance sebelum ini. Tetapi cintanya terhadap gadis tersebut tidak pernah pudar walau sedikit. "Tapi sejak bila?" Soal Lawrance. Dia sedikit pun tidak terasa dengan sindiran Raymond, kerana baginya yang lepas biarlah berlalu. "I nampak Pat dekat Starbuck tahun lalu. Dan lagi lagi, I cuba lah tackle. Lepas beberapa bulan kenal hati budi masing-masing, I decided untuk meneruskan hubungan ke arah yang lebih serius. And thanks God, Pat terima I. And soon to be my wife." Terang Raymond dengan panjang lebar, kemudian dia mengeluarkan beberapa keping kad undangan, dan memberikannya kepada Lawrance dan juga Calvin. "Wowww. Congratulation bro and Pat. Tak sangka ye." Ucap Calvin dengan gembira. Akhirnya Patricia menemukan jejaka yang mampu menerima cintanya.

"Boleh saya join." Tania datang menghampiri mereka berempat. Tak lama kemudian, isteri Calvin, Grace pula datang menyertai mereka. "Boleh sayang. Bella mana?" Soal Lawrance apabila tidak melihat anaknya bersama isterinya. "Mummy tawarkan diri untuk jaga Bella." Balas Tania kepada soalan Lawrance. "Ohh. Ok. Sayang tengok ni." Lawrance lalu menghulurkan sekeping kad undangan yang tertera nama Patricia dan Raymond kepada isterinya. " Oh my God. Serius ke." Tania turut tumpang gembira, lalu memeluk erat tubuh Patricia. "Tahniah Pat and Ray." Katanya lagi selepas melepaskan pelukkannya. Patricia menggenggam tangan Tania dengan mata yang berlinang. "Terima kasih sebab maafkan kesalahan Pat sebelum ni." Ujarnya menyesali perbuatannya sebelum ini terhadap Tania. "Dah lah. Jangan dikenang lagi. Kita mulakan hidup baru bersama-sama." Balas Tania sedikit sebak, tetapi masih mampu untuk dikawalnya. "Wooww.. woww.. woww.. I macam tak percaya dengan semua ni. Apa kata, kita set masa dan cari tempat yang best untuk raikan persahabatan ini." Cadang Calvin sambil memandang sahabatnya itu satu persatu. "Good idea. Tapi habiskan dulu lah honeymoon you. Nanti kita fikir lagi." Kata Lawrance, setuju dengan cadangan Calvin. Tania dan yang lain juga turut setuju. Mereka akhirnya berbual panjang, bergelak tawa bersama dan melupakan segala masalah yang pernah terjadi di masa lalu.



~ Tamat ~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EmosiWhere stories live. Discover now