14

14 0 0
                                    

Hati yang tadinya gembira berubah dengan sekelip mata. Tania bangun dari tidurnya dengan harapan suaminya Lawrance sudah membalas mesej yang dihantarnya semalam, tetapi mesej lain yang diterimanya. "Sorry Tania, ni Patricia. Lo dah tidur lah, esok I bagitau dia yang you mesej ok". Pesanan yang dihantar menggunakan nombor telefon Lawrance dibacanya semula seakan tidak percaya. "Maksudnya selama ni awak dengan Pat ke? Awak tak pernah fikirkan pasal saya ke?" Soal Tania di dalam hati. Luruh hatinya mengenangkan hal itu. "Hampir pukul 12 malam, macam mana Patrcia masih ada dengan Lo? Takkan mereka tinggal bersama?" Pelbagai persoalan bermain di dalam fikiran Tania. Dia yang beria-ia untuk pulang ke Sarawak bertemu dengan suaminya tiba-tiba berubah fikiran. Tania segera bangun membersihkan dirinya terlebih dahulu turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama dengan keluarganya, dan memaklumkan keputusannya itu.

Lawrance memicit-micitkan kepalanya yang terasa agak berat, kesan dari minuman keras yang diminumnya di club semalam. "Morning bro. Kau patut check telefon bimbit kau tu, sebab aku nampak Pat pegang telefon kau semalam masa aku pergi tandas." Calvin yang baru sahaja keluar dari biliknya terus menyapa Lawrance di atas sofa, sedang berusaha untuk membangunkan diri. "Pat? Bila masa pula Pat ada dekat club yang sama semalam?" Soal Lawrance dengan wajah kebingungan. Setahunya, Patricia tak ada dekat situ semalam masa mereka minum. "Kau dah mabuk semalam dia datang. Kebetulan aku nak buang air, so aku suruh lah dia tengok-tengokkan kau sekejap." Calvin membancuh ai kopi panas dan membakar beberapa keping roti sebagai sarapan. "Apa lagi lah yang dia nak buat lepas ni." Lawrance bangun dari sofa, dan berjalan menuju ke arah dapur. "Cuci dulu muka kau. Geli pula aku tengok." Belum sempat Lawrance melabuhkan punggungnya, Calvin menegur supaya sahabatnya itu membersihkan diri terlebih dahulu sebelum bersarapan. Tanpa membantah, Lawrance pun bangun semula dan menuju ke bilik air. Walaupun bukan rumahnya sendiri, tetapi keperluan Lawrance lengkap disediakan. Bukan hanya kelengkapan Lawrance, tetapi Calvin menyediakan kelengkapan lebihan supaya tetamu seperti ibu bapa dan saudara yang lain menginap di rumahnya dengan selesa. Kadang-kadang, Lawrance juga pelik dengan sahabatnya itu masih tidak mendirikan rumahtangga, walaupun Calvin merupakan seorang lelaki yang sangat mementingkan kekemasan dan kebersihan diri. Walaupun umurnya hampir masuk 35 tahun, Calvin sangat mementingkan keterapian dirinya.

"Kau lama sangat dalam tandas tu dah kenapa?" Soal Calvin selepas melihat susuk tubuh sahabatnya itu keluar dari tandas. "Kau ajar aku suruh kurangkan baran, pandai pula. Tapi kau tu aku tengok bukan main panas barannya." Selar Lawrance setelah menyiapkan diri, kemudian dia bejalan menuju ke arah dapur. "Ye lah. Aku tak nak kau selerakkan bilik air aku." Balas Calvin acuh tak acuh. Dia dah biasa dengan gurauan kasar dari Lawrance. Lawrance melabuhkan punggungnya di atas kerusi depan meja makan, air kopi yang panas dihirupnya perlahan-lahan. "Apa lagi yang kau nampak Pat buat kat telefon aku?" Ujar Lawrance,alu mencapai sekeping roti, dan memakannya. "Aku tak nampak apa-apa. Cuma aku nampak dia ada pegang telefon kau. Kau dah check ke?" Calvin mengingatkan Lawrance semula. Lawrance mencapai telefon bimbitnya, lalu setiap aplikasi dibuka dan diperiksanya dengan teliti. "Aku tak nampak apa-apa perubahan pun." Lawrance masih menilik-nilik telefonnya. "Tania!" Tiba-tiba Lawrance berteriak kecil. "Kenapa dengan Tania?" Soal Calvin cemas. "Tania mesej aku. Dia cakap dia balik Sarawak harini." Kata Lawrance sambil membaca mesej yang dikirim Tania itu. "Maksudnya, Pat dah baca mesej kau tu, tapi dia tak hapuskan. Aku syak dia ada agenda lain." Calvin meluahkan apa yang difikirkannya. "Bila flight Tania?" Soal Calvin semula. "Petang ni, pukul 2. Aku balik rumah dulu. Nak kemas apa yang patut." Lawrance berkata dengan senang hati. Gembira hatinya memikirkan isterinya akan balik ke Sarawak. Dia akan berusaha memperbetulkan apa yang dah terjadi sebelum ini. Calvin hanya memandang Lawrance berlari keluar dari rumahnya, dan dia memikirkan sesuatu. "Aku harus siasat, apa yang Pat nak lakukan lepas ni." Calvin berbicara sendiri, sambil menghirup lebihan air kopinya tadi.

Pesanan yang telah ditaip masih belum dihantar Gabriel kepada Tania. Hatinya masih was-was dengan keputusan yang dilakukannya itu. "Takkan aku nak hancurkan hubungan dorang?" Gabriel masih berteka-teki dengan dirinya sendiri. Setelah lelah bersoal jawab sendirian, akhirnya Gabriel membuat keputusan yang dia sudah jangka akan risikonya. Tanpa melengahkan masa, Gabriel meninggalkan pesanan ringkas kepada Tania, dan berharap yang Tania akan membalasnya secepat mungkin.

"Sayang ok ke?" Tegur Puan Sonia yang hanya memerhati tingkah laku anaknya itu sedari tadi. "Mummy. Nia ok." Sahut Tania dan berpura-pura senyum menunjukkan dia tiada masalah. "Daddy kenal anak daddy. Kalau Nia belum sedia nak jumpa Lo, daddy boleh je batal flight harini." Encik Eric pula bersuara. Dia memang sedia maklum dengan anaknya itu. Bukan baru sehari dua dia mengenali anaknya itu. "Nia ok lah daddy. Tapi Nia nak buat sesuatu lepas sampai Sarawak nanti. Dan Nia harap daddy dengan mummy mampu terima keputusan Nia." Tania memberanikan diri meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya. "Nia nak buat apa? Bagitau lah mummy dulu." Puan Sonia tertanya-tanya dengan jawapan yang Tania berikan. "Kita boleh bincang dulu. Jangan buat keputusan terburu-buru." Kata Puan Tania lagi supaya anaknya itu tidak membuat keputusan yang salah. "Nia dah fikir betul-betul mummy. Dan Nia rasa itu keputusan yang tepat. Kita bincang lepas sampai di Sarawak, sekali dengan keluarga Lo." Ujar Nia menegaskan keputusannya. Dan kali ini dia tidak akan bertolak-ansur lagi. Puan Sonia dan Encik Eric  hanya mendiamkan diri tidak terkata kalau itu sudah keputusan anaknya, mereka hanya mampu menyokong dari belakang. "Kalau macam tu, daddy call bapa mertua Tania untuk maklumkan perkara ini, supaya mereka sedia dengan kedatangan kita." Kata Encik Eric setelah mendiamkan diri beberapa ketika.

Tett teett...
Mesej yang masuk hanya dipandang sekilas, tanpa terdetik di hatinya untuk membaca pesanan tersebut. "Siapa tu? Nia ada bagitau Lo yang Nia balik harini?" Soal Puan Sonia. "Entah, Nia tak kenal nombor telefon tu.  Dan pasal Lo, Nia dah bagitau semalam." Ringkas jawapan Tania membalas persoalan ibunya itu. Usai sarapan, Tania bangun dan mencuci piring yang telah digunakan serta mengemaskan apa yang patut sebelum mereka keluar membeli buah tangan untuk keluarga di Sarawak.

EmosiWhere stories live. Discover now