9

30 0 0
                                    


Pejam celik, pejam celik telah hampir 3 bulan Tania menetap di Sabah, meninggalkan kenangan pahitnya di Sarawak. Usia kandungannya kini  hampir mencecah 6 bulan. Perut yang dulunya tidak kelihatan, kini semakin membesar menandakan anaknya membesar dengan sihat di dalam rahimnya. "Kalau papa tahu masa tu mama mengandung, adakah dia akan mengaku yang sayang adalah anaknya?" Tania berbicara dengan anak yang masih berada dalam perutnya seakan-akan anaknya itu mendengar luahan hatinya saat itu. Teringat Tania akan kata-kata herdikkan suaminya suatu ketika dahulu. "Apa kau tak puas ke dengan seorang lelaki." Kata-kata yang tidak dapat Tania terima sehingga ke hari ini. "Mana kepercayaan you pada I sebelum ni? Sampai hati you." Sebutir air mata jatuh menitis di pipi Tania saat mengenangkan saat itu. Setiap kali dia cuba untuk memaafkan suaminya, kata-kata herdikkan Lawrance sentiasa terngiang-ngiang di telinga Tania, menyebabkan dia sukar untuk memaafkan lelaki itu.

"You dah jumpa doktor ke?" Sapa Dephney setelah lama memerhatikan sepupunya itu termenung jauh entah ke mana. "Eh Deph! Bila sampai? Sorry, I tak perasaan." Kata Tania sambil mengesat air matanya. "Lama dah I duduk sebelah you, dari sebelum you nangis lagi I dah ada kat sini. Are you ok?" Dephney menjawab secara berseloroh tetapi dia tetap prihatin terhadap sepupunya itu. Tania hanya tersenyum kelat mendengar gurauan sepupunya itu.  Dephney telah mengetahui segala tentang Tania dan suaminya dari Tania sendiri, dan dia sangat bersimpati dengan kejadian yang menimpa sepupunya itu. "I ok, jangan risau. Err.. boleh tak you hantar I pergi Mall sekejap? I ada benda sikit nak beli." Ujar Tania setelah dia merasa sedikit tenang. Entah kenapa perasaannya tiba-tiba bertukar sedih bila memikirkan nasib anak yang bakal dilahirkannya nanti. Mahukah Lawrance menerima anaknya itu? Dapatkah anaknya itu berbapakan Lawrance setelah dia lahir nanti? Tania bingung. "Helloo? Sekali lagi you termenung. Kenapa ni?"  Dephney mengejutkan Tania dari khayalannya. "Err sorry, i ok." Sahut Tania menyembunyikan perasaannya. "You tak ok ni. Jum I hantar you balik. Lepas you ok sikit, baru I hantar you beli barang." Balas Dephney faham akan apa yang sedang bermain di fikiran Tania. Dia memimpin Tania keluar dari Klinik Ibu dan Anak tersebut menuju ke arah tempat letak kereta. Kereta dihidupkan, dan Daphney memandu keretanya dengan berhati-hati  meredah kesesakkan lalu lintas pada tengahri itu.

Di dalam kereta, Tania lebih banyak berdiam diri dari kebiasaannya. Sebelum ini dialah yang sangat rapat dengan Dephney dan selalu bercerita bermacam-macam perkara bersama-sama. Dephney seorang kakak yang baik, dan sangat memahaminya membuatkannya betah berada si situ selama ini. "Deph, I nak tanya you something boleh." Akhirnya Tania bersuara, lantas memandang ke arah Dephney yang sedang memandu kenderaan. "Tanya lah, apa dia?" Balas Dephney, masih lagi fokus dengan permanduannya. "Errgg.. sebenarnya I tertanya-tanya. Dapatkah Lo menerima baby ni suatu hari nanti?" Tersekat-sekat Tania meluahkan apa yang dia fikirkan sedari tadi. "Ya Tuhan, Tania! Itu ke yang you fikirkan dari tadi sampai nangis-nangis di tempat umum?" Ujar Dephney memandang sekejap ke arah Tania. Tania hanya mengangguk, lalu menundukkan kepalanya. "Dah tu memang anak dia, takkan lah dia tak terima. Kalau dia tak percaya juga, suruh dia buat pemeriksaan DNA."Sambung Dephney sedikit beremosi dengan soalan sepupunya itu. Mustahil baginya seorang ayah tidak mengaku anaknya sendiri. Tania hanya tunduk mendiamkan diri. "You nak ke mall tadi kan? Jom I hantarkan. Tak payah nak monyok-monyok sangat muka tu." Seloroh Dephney, berusaha untuk menceriakan sepupunya itu. Akhirnya Tania tersenyum memandang Dephney, dan mengangguk laju seperti seorang anak kecil yang dipuaskan hatinya. Dephney terus membelokkan keretanya ke kanan, menuju ke arah mall yang berdekatan.

Gabriel berjalan-jalan bersendirian sambil mencuci mata di salah sebuah mall di Sabah, Suria Sabah Shopping Mall. Hari ini genap seminggu Gabriel di Sabah menjalani kursus di salah sebuah hotel di sini. Dan hari ini merupakan hari terakhir Gabriel menjalani kursus tersebut. Oleh itu, dia mengakhiri harinya di Sabah dengan berjalan-jalan disekitar bandar, dan membeli sedikit buah tangan untuk sahabatnya yang menyewa bersamanya di Miri, Sarawak. Sedang dia berjalan-jalan di Mall tersebut, dia terlihat seorang gadis yang seakan-akan dikenalinya. Gabriel cuba mengintai-intai gadis tersebut, dan berfikir dimanakah dia pernah bertemu dengannya. "Oh ya, gadis boulevard." Kata Gabriel bila dia tiba-tiba teringat akan wajah manis seorang gadis yang pernah membantunya sebelum ini. Dan wajah itu sentiasa berlegar-legar di dalam ingatannya selepas kejadian itu. Akhirnya Gabriel cuba untuk menyapa gadis tersebut, tetapi dia agak terkejut dengan perubahan fizikal gadis yang selalu dalam ingatannya itu. 

"Err hai. Ingat I lagi tak?"  Sapa Gabriel. "Errr sorry." Balas Tania dengan wajah bingung. "I Gabriel yang you pernah tolong tunjukkan arah kat Boulevard dulu." Sedaya upaya Gabriel cuba mengingatkan Tania tentang dirinya. "Ohh, yang tu. You buat apa kat sini?" Jawab Tania ingat-ingat lupa wajah pemuda tersebut. "Nasib baik you ingat. I dah nak lari dah tadi, takut tersalah orang. Hehehe. I baru habis kursus kat sini, jadi sebelum balik ke Miri, I nak berjalan-jalan kat bandar ni dulu." Ujar Gabriel dalam gurauan. "Ohh begitu. Ohh ya lupa nak kenalkan, ni sepupu I, Daphney." Sedang asyik Tania mengimbas kembali kejadian dimana dia terlanggar dengan seorang pemuda di mall dahulunya, sampai dia terlupa akan kehadiran sepupunya itu disampingnya sedari tadi lagi. Daphney menghulurkan jarinya untuk bersalam dengan Gabriel, begitu juga Gabriel, membalas salam tersebut dengan senyuman. "You buat apa pula dekat Sabah ni?" Soal Gabriel kembali. "Saja jalan-jalan ziarah sepupu." Bohong Tania. "Eemm, ok lah, I nak gerak dulu, ada barang nak kena beli, sorry yer."Ucap Tania, dan segera untuk melangkah kakinya dari tempat tersebut. "Sorry cik.." Belum sempat Gabriel menghabiskan kata-katanya, segera Dephney memotong. "Tania, Puan Tania. Bukan Cik. Sorry ya. Nice to meet you. And bye." Jawab Daphney lalu segera menghampiri sepupunya, dan berjalan menuju ke arah kedai menjual barangan baby.

"Tania", sekali lafaz Gabriel mengulangi nama Tania. "Simple but nice. Tapi sayang, dah jadi milik orang." Ujar Gabriel, seraya berlalu pergi dengan sedikit perasaan kecewa. Dia kemudiannya berjalan keluar dari mall tersebut dan balik ke hotel tempat dia menginap selama berapa hari di negeri tersebut. Hilang sudah mood yang tadinya ingin menjelajah Sabah bila memikirkan selama ini dia merindui dan mengimpikan hak milik orang lain. Pantang di dalam hidup Gabriel menjadi penghancur rumah tangga orang lain. Dan dia berusaha untuk mengikis keluar sedikit demi sedikit wajah manis tersebut dari dalam ingatannya. "Move on Gabriel. Dia milik orang." Pujuk Gabriel kepada dirinya sendiri.

EmosiWhere stories live. Discover now