17

12 0 0
                                    

Tania menghentikan langkahnya setelah terpandang susuk tubuh seorang lelaki yang pernah dikenalinya itu. Gabriel yang tadinya melambai-lambai tangannya ke arah Tania terhenti seketika. Dia tahu, Tania terkejut dengan kehadirannya disitu. Melihat Tania tidak melangkah seiring dengan mereka, Encik Eric memandang ke arah anaknya itu. "Kenapa?" Soal Encik Eric kebingungan. "Ayah kenal dia ke?" Tania memandang ayahnya dan menyoal kembali. "Nanti ayah ceritakan semuanya. Dah jom, nanti lambat pula nak ke rumah suami Nia." Kata Encik Eric, dan memimpin tangan puterinya itu, memberi kekuatan supaya anaknya itu tabah dengan hal yang bakal dia katakan nanti. Walaupun sedikit bingung dengan kata ayahnya, Tania tetap juga melangkahkan kakinya seiring dengan ayah dan ibunya.

"Selamat petang Encik Eric. Bagaimana dengan flight tadi, ok?" Gabriel memulakan bicara, walaupun agak sedikit janggal. "Ok." Jawab Encik Eric ringkas. "Tolong hantar ke rumah kami dulu. Nanti kita bincang apa yang patut di sana sebelum berangkat ke rumah Lawrance." Sambung Encik Eric kemudiannya. Tania yang menjadi pendengar, bertambah bingung dengan apa yang didengarnya. Dia tidak faham, rancangan apa yang ayahnya sedang lakukan. "Baiklah Encik." Jawab Gabriel dengan sopan, lalu menawarkan dirinya untuk menolong membawa barangan Tania sekeluarga.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang, Lawrance semakin resah menunggu kedatangan isterinya. "Ayah, Nia ada call lagi tak. Kenapa jam sekarang masih belum sampai lagi? Siapa yang jemput mereka?" Bertalu-talu soalan yang Lawrance ajukan. Dia yang tadinya tidak sabar menanti kedatangan isterinya, tiba-tiba resah. Dia risau jikalau isterinya itu masih tidak mahu berjumpa dengannya. Kemudian, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendial nombor telefon isterinya berkali-kali, tetapi panggilan tidak bersambung. "Sayang kat mana sekarang ni?" Ujarnya di dalam hati. "Sabar, nanti mereka sampai lah tu. Mungkin mereka pulang ke rumah mertua kamu dulu untuk berehat dan membersihkan diri." Ayahnya, Encik John cuba untuk menenangkan fikiran Lawrance. "Lo risau lah ayah. Macam mana kalau Nia tiba-tiba tak nak jumpa dengan Lo. Dan..." Tak sanggup Lawrance menghabiskan kata-katanya. Dia tidak dapat menerima kenyataan, andai Tania memutuskan untuk bercerai dengannya. "Lo banyak sangat fikir ni. Apa kata Lo masuk ke bilik Lo, dan rehatkan sikit minda tu. Nanti kalau mereka sampai, ayah akan kejutkan Lo." Encik John sekali lagi memberikan kata-kata yang positif supaya anaknya itu tidak memikirkan perkara yang tidak sepatutnya. Lawrance tidak mengendahkan kata-kata ayahnya itu. Dia masih berdiri di depan pintu, menanti kedatangan isterinya itu. Encik John yang memerhati hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. "Perangai sebiji macam awak, degil." Kata Encik John kepada isterinya pula. "Ehh.. apa pula kita. Tak sedar diri." Balas Puan Rose bila dia dibandingkan dengan anaknya itu. Encik John hanya tersenyum memandang isterinya itu, kemudian menyambung menonton program kesukaannya di televisyen.

"Apa lagi yang awak tahu selain ini." Kuat suara Encik Eric menahan marah bila dia melihat mesej dan video yang Patricia hantar kepada Gabriel bagi menghancurkan hubungan Lawrance dan Tania. "Maaf Encik Eric. Ini sahaja bukti yang dapat saya berikan kepada encik dan Tania." Ujar Gabriel. Air liur yang kering ditelan beberapa kali. Takut dia melihat amukkan Encik Eric melihat mesej yang menunjukkan bukti rancangan Patricia bagi menghancurkan rumahtangga Lawrance dan Tania. Dia juga sertakan video rakaman Patricia yang merupakan penyebab utama Lawrance mengamuk sehingga hampir menyebabkan penceraian antara mereka. "Kenapa awak lakukan semua ini." Ujar Tania dalam tangisan. "Ini semua berlaku secara kebetulan Nia. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terjebak. Oleh sebab itu, saya rasa saya bertanggungjawab untuk memperbaiki semuanya." Terang Gabriel penuh yakin. Kisah ibunya sendiri adalah punca kenapa Gabriel bertindak sedemikian. Ibunya diceraikan oleh ayahnya hanya kerana kata-kata fitnah orang sekeliling, sehingga ibunya terpaksa membesarkan dia dan 4 orang adik-beradiknya seorang diri. Dia tidak mahu Tania menjadi seperti ibunya, sebab itu dia tekad untuk memulihkan kembali hubungan antara Lawrance dan Tania. "Saya akui, saya mencintai awak, walaupun kita baru bertemu beberapa kali sahaja. Tapi pantang bagi saya menghancurkan hubungan orang lain hanya untuk kebahagian saya. Itu bukan saya Nia." Jelas Gabriel dengan panjang lebar. Dia tidak mahu ada salah faham diantara mereka, biarlah segalanya jelas sekarang. Walaupun agak terkejut dengan pengakuan Gabriel, Tania dapat menerima penjelasan dari Gabriel tersebut. "Maafkan Nia. Tapi satu-satunya lelaki yang Nia cinta hanya Lo seorang." Ucap Tania bersama linangan air mata. Dia bangun dari tempat duduknya, dan berlalu menuju ke biliknya. Walaupun perit untuk menerima kenyataan, tetapi Gabriel lega, kerana dia tidak termakan dengan hasutan Patricia untuk menjadi punca keruntuhan rumahtangga orang lain. "Gab ingat pesan mak supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib dalam keluarga kita, dan supaya kita tidak dipandang serong lagi oleh orang sekeliling. Gab juga berjanji takkan masuk campur dalam hubungan orang lain selepas ini mak." Gabriel berjanji di dalam dirinya. Wajah tua ibunya bermain-main di dalam fikirannya. Kerinduannya terhadap ibunya semakin memuncak. "Kau berhak bahagia Tania. Dan kebahagiaan diri kau adalah bersama suami kau, Lawrance." Ujar Gabriel lagi sebelum dia meminta diri untuk pulang ke rumahnya.

Encik Eric yang hanya mendiamkan diri sedari tadi, kemudiannya bersuara. "Tunggu." Encik Eric memberhentikan langkah Gabriel. Gabriel yang baru beberapa langkah untuk keluar dari rumah berhenti dan memandang wajah Encik Eric. Tiada lagi riak bengis di wajah Encik Eric, membuatkan ketakutan Gabriel sedikit menurun. "Ada apa Encik?" Soal Gabriel kemudiannya. "Terima kasih sebab menolong Tania. Uncle tidak tahu untuk membalas jasa Gabriel." Ujar Encik Eric dengan suara yang kendur. "Sudah tanggungjawab saya untuk memaklumkan semua yang saya tahu kepada encik sekeluarga. Dan saya sangat berpuas hati dengan keputusan saya." Balas Gabriel dengan wajah yang ceria. Baginya, beban yang digalasnya sebelum ini telah selamat diselesaikan. "Awak anak yang baik. Tidak sia-sia ibu dan ayah awak mendidik awak sampai menjadi insan yang berguna." Encik Eric ikhlas memuji kejujuran Gabriel. "Ibu saya encik. Ibu saya yang mendidik saya dari kecil sampai saya besar. Ayah saya telah ceraikan ibu semasa saya masih kecil lagi selepas mendengar hasutan pihak luar. Dan sebab itu saya tak nak Tania juga alami nasib yang sama seperti ibu". Jelas Gabriel. Dia tidak malu mengakui bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang berantakkan. Walaupun sedikit terkejut dengan penjelasan Gabriel, Encik Eric kagum dengan kepolosan pemuda itu. Dia tersenyum dan menghampiri Gabriel. Tubuh itu dipeluknya seperti mendakap tubuh anaknya sendiri. "Uncle bangga dengan kamu. Teruskan bersikap sedemikian. Orang yang baik akan mendapat wanita yang baik dikemudian hari. Uncle akan selalu doakan perjalanan hidup Gabriel selepas ini." Kata Encik Eric penuh bangga. Jarang baginya anak muda berfikiran seperti Gabriel. "Terima kasih uncle. Gab pergi dulu." Ujar Gabriel sedikit sebak. Sepanjang 29 tahun, tidak pernah lagi dia merasa pelukkan dari seorang yang bergelar ayah. Hatinya tersentuh dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Encik Eric terhadap dirinya. "Baiklah nak. Hati-hati." Sekali lagi Encik Eric memeluk tubuh Gabriel, sebelum melepaskan Gabriel pergi.

EmosiWhere stories live. Discover now