12

11 0 0
                                    

Jam menunjukkan hampir pukul 10 malam, Lawrance balik ke rumahnya setelah makan malam bersama dengan keluarganya. Lawrance lalu menghempaskan badannya di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Perasaannya bercampur baur saat ini, antara marah dan kecewa terhadap ibu dan ayahnya. Seumpamanya Lawrance tiada hak sama sekali terhadap Tania, walaupun dia adalah suami yang sah kepada Tania. Lawrance menutup matanya dan mengimbas kembali pertemuannya bersama orang tuanya seusai makan tengahari bersama sahabatnya, Calvin.

"Ayah bukan tak nak bagitau Lo sebelum ni, tapi ayah memegang amanat dari bapa mertua Lo untuk rahsiakan perkara ini. Lagipun ini untuk kebaikkan bersama." Ujar Encik John kepada Lawrance. "Tapi Lo berhak tahu ayah. Dalam situasi ni bukan hanya Tania yang terseksa, Lo juga. Takkan korang tak ada sedikit perasaan simpati terhadap Lo?" Balas Lo sedikit kesal. "Bukan macamtu.." Belum sempat ayahnya menghabiskan katanya, cepat Lawrance memotong. "Bukan macam mana lagi ayah. Lo kan dah menyesal dan berusaha nak pulihkan keadaan. Tapi apa dah jadi sekarang? Lo dah makin jauh dari Tania." Lawrance terus terusan meluah apa yang terpendam di dalam hatinya selama 3 bulan perpisahannya bersama isterinya, Tania. "Lo dah macam orang bodoh ayah. Lo call dia, tapi tak dapat. Lo hantar pesanan ringkas, satu pun tak berjawab. Lo nak buat macam mana lagi untuk pulihkan semua ni?" Sambung Lo menahan sebak. "Ayah minta maaf Lo. Yang ayah tahu Tania berada di Sabah sekarang. Tapi ayah tak tahu alamat tempat mereka tinggal." Terang Encik John supaya anaknya itu faham. "Huhh... ayah tak tahu, atau ayah masih nak berahsia dengan Lo?" Lawrance masih cuba untuk mendapatkan maklumat dari ayahnya itu. "Sumpah nak. Itu saja yang ayah tahu." Ayahnya bersumpah untuk menyakinkan anaknya itu. "Lo dah letih ayah. Letih sangat dengan semua ni." Lawrance mengendurkan sedikit suaranya, dan terduduk lesu di atas sofa. Encik John menghampirinya dan menepuk-nepuk bahu anaknya itu. "Ayah faham. Tapi Lo harus bersabar. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Dan ayah berharap kali ni Lo jangan buat keputusan terburu-buru tanpa berbincang dan dengar penjelasan darinya terlebih dahulu." Terang Encik John panjang lebar, supaya anaknya itu bersikap lebih matang dari sebelumnya. Lawrance hanya diam membisu, sambil memandang lantai. Encik John kemudiannya bangun dan duduk di patio rumahnya, menikmati suasana petang itu, sambil melihat kanak-kanak di kawasan perumahan itu riang bermain di padang tidak jauh dari rumah mereka. Hatinya terdetik memikirkan tentang cucunya yang bakal lahir tak lama lagi, kemudiannya dia tersenyum sendiri.

"Arrghhh.. mana Bie nak cari sayang lagi? Balik lah, bie rindu sangat." Lawrance tidak dapat menahan kerinduannya lagi, ditambah pula bila berada di rumah mereka. Banyak kenangan mereka bersama di rumah itu mula berlegar-legar di ruang matanya. Air mata yang ditahan sedari tadi, akhirnya meluncur laju menitis di pipinya. "Aku tak boleh begini." Dengan cepat Lawrance mengelap air matanya. Telefon bimbit dicapai, dan nombor telefon Calvin didail.

Di sebuah club di bandar Miri, sedang riuh bunyi musik techno dimainkan, dengan pelbagai ragam manusia yang mengunjunginya. Dengan keadaan yang gelap penuh sesak, dan musik yang sangat kuat menyebabkan Calvin sukar untuk mencari Lawrance. Sedang dia melilau-lilau mencari sahabatnya itu, dia terpandang sesusuk tubuh yang dikenalinya sedang duduk di meja paling hujung, tengah melayan perasaannya sendiri. "Huhh. Cuba lah cari tempat yang best sikit." Calvin berbicara di dalam hati. Dia berjalan menuju ke arah Lawrance. "Hahh bro. Apa masalahnya lagi ni?" Sapa Calvin, lalu melambaikan tangannya ke arah waitress untuk memesan satu minuman untuknya. "Aku tak boleh lah Vin tinggal di rumah tu tanpa isteri aku." Jawab Lawrance tanpa memandang ke arah Calvin. "Kenapa pula. Takut?" Teka Calvin merapu. "Huhh. Semua sudut di rumah tu buat aku ingat dia Vin." Jawab Lawrance tanpa berselindung. Pesanan yang dipesan Calvin tadi akhirnya sampai, belum sempat diletakkan di atas meja, dengan pantas Calvin mencapainya lalu meneguk minuman tersebut. "Thanks." Katanya sambil tersenyum. "Kalau kau tak sanggup nak tidur sana, kau nak tidur mana?" Soal Calvin. "Entah lah. Kalau aku tumpang rumah kau boleh?" Lawrance meminta izin. "Hurmm. Mungkin orang ingat aku gay kot selalu tengok kau tidur rumah aku, tu yang perempuan tak nak kat aku." Gurau Calvin. "Kalau tak boleh. Aku tidur kat hotel je lah." Balas Lawrance tidak berminat dengan gurauan sahabatnya itu. Arak di dalam botol dituangnya ke dalam gelas, lalu diteguk sekali gus. "Macam tak biasa." Calvin faham sangat sahabatnya itu tiada mood untuk bergurau. "Ni berapa botol dah?" Tanya Calvin semula. "Relax bro, baru 2 botol." Jawab Lawrance seperti tidak larat untuk membuka matanya.  "Nasib baik aku pakai teksi tadi." Calvin sudah sedia maklum dengan perangai sahabatnya itu kalau sudah minum minuman keras, sampai tak ingat dunia.

Setelah siap mengemaskan pakaiannya, Tania duduk merenung telefon bimbitnya. "Perlu ke aku hantar message kat dia?" Tania berbicara di dalam hati. Setelah lama berteka teki dengan perasaannya sendiri, akhirnya Tania menaip pesanan ringkas, lalu dihantar ke nombor telefon suaminya, Lawrance. Besar harapannya agar pesanannya itu dibalas oleh suaminya. Hampir 1 jam menunggu, masih tiada balasan dari suaminya. "Mungkin dia busy kot. Nanti dia reply lah tu." Tania berusaha untuk menenangkan perasaannya. "Takkan dia masih marah kat aku lagi." Bermacam andaian di dalam fikiran Tania. Hatinya jadi takut. Takut dengan penerimaan Lawrance terhadapnya. "Betul ke keputusan aku buat untuk balik ke Sarawak?" Tania masih bersoal jawab dengan fikirannya sendiri, sampai akhirnya dia terlena bersama dengan pelbagai persoalan bermain di mindanya.

Kebetulan, Patricia juga berada di club yang sama bersama dengan teman-temannya. Dari awal lagi dia sudah memerhatikan Lawrance dari tempat duduknya, tetapi dia tidak berminat untuk menyapa. Setelah dia melihat Lawrance sudah berada dalam keadaan mabuk, baru lah dia cuba untuk datang mendekati Lawrance. "Weii.., I pergi sana jap, jumpa kawan." Ujar Patricia kepada teman-temannya. Patricia melangkah menuju ke meja Lawrance dan juga Calvin. "You dua orang je ke?" Sapa Patricia berpura-pura tidak tahu. "Ada nampak orang lain ke?" Balas Calvin acuh tak acuh, tidak berminat dengan kehadiran gadis itu. "Aku datang nak berdamai je, bukan nak buat hal." Jawab Patricia menjeling ke arah Calvin dengan perasaan menyampah. "Macam lah aku nak jumpa dia." Omel Patricia di dalam hati. "Aku nak pergi tandas kejap, kau tolong tengokkan Lawrance. Jangan berani nak macam-macam." Tegas Calvin. "K." Sepatah Patricia menjawab. Lawrance yang sudah berada dalam keadaan mabuk, tidak berdaya untuk bergerak. Dia hanya menunduk di atas meja, sambil menahan kepalanya yang sedang berdenyut kuat. Telefon bimbit Lawrance berkelip-kelip yang berada di atas meja menarik perhatian Patricia, lalu dicapainya telefon tersebut. Lebar senyumannya ketika melihat telefon bimbit Lawrance tanpa kata laluan, lalu dibukanya tanpa rasa bersalah. Alangkah terkejutnya Patricia melihat satu pesanan ringkas daripada 'My Love' iaitu merupakan Tania di telefon bimbit Lawrance. "Bie, sayang akan balik Sarawak esok, flight pukul 2. Jumpa esok." Bulat mata Patricia ketika membaca pesanan tersebut. "Tak mungkin Tania balik esok. Habislah rancangan aku. Ini tak boleh jadi." Ujar Patricia tidak tentu arah, kemudian dia mendapat satu idea. Sambil tersenyum lebar, dia membalas pesanan tersebut lalu menghantarnya. Selepas membalas pesanan tersebut, cepat-cepat Patricia meletakkan telefon bimbit itu semula di sisi Lawrance.

"Kau buat apa?" Terkejut Patricia apabila ditergah Calvin. "Buat apa? You yang suruh I tengok-tengokkan dia, I buat lah." Ujar Patricia cuba untuk melindungi kesalahan. "Dah. Aku nak bawa dia balik. Tepi!" Calvin menolak tubuh Patricia dengar kasar, dan berusaha untuk memapah tubuh sahabatnya itu menuju ke kereta. "Huhh.. dasar tak tahu nak berterima kasih." Meluat Patricia dengan tingkahlaku Calvin terhadap dirinya. "Hahaha, kau tunggu lah apa nak jadi esok Lo." Patricia teringat dengan perkara yang dilakukannya tadi, kemudian beredar dari meja tersebut dengan ketawa riang.

EmosiWhere stories live. Discover now