4

30 0 0
                                    




Di hospital, bahagian wad kecemasan salah seorang doktor yang bertugas sedang memeriksa keadaan Tania. Kemudiannya dia berpaling ke arah Encik Eric dan Puan Sonia sambil tersenyum. "Anak Encik ke? Tahniah, tak lama lagi encik berdua akan menimang seorang cucu." Kata Dr. Syafidah dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya. Ibu dan ayah Tania seakan-akan tidak percaya dengan apa yang telah  dimaklumkan oleh doktor muda tersebut. "Betul ke doktor, atau kami berdua yang salah dengar?" Soal Puan Sonia untuk mendapatkan kepastian. Doktor tersebut hanya mengangguk dan tersenyum. "Tapi kenapa anak saya pengsan doktor? Dia ok tak? Cucu saya macam mana?" Bertalu-talu soalan yang ditanyakan oleh Encik Eric. Berlenang air mata kegembiraannya, telah lama dia impikan mempunyai seorang cucu yang comel. "Anak dan cucu encik semua dalam keadaan baik, cuma Puan Tania mengalami sedikit kemurungan. Dia perlu banyakkan berehat, dan jangan terlalu stress." Terang Dr. Syafidah. "Jika dia berterusan mengalami kemurungan, akan mendatangkan masalah pada kandungannya. Dan paling teruk, dia mungkin akan mengalami keguguran." Sambung Dr. Syafidah panjang lebar, kemudiannya dia meminta diri untuk memberi rawatan kepada pesakit lain. Encik Eric mengangguk perlahan sambil mengenggam tangan isterinya yang kelihatan sedikit terkejut. "Takpe, kita boleh laluinya bersama. Takkan ada yang dapat sakitkan puteri kita lagi."Ujar Encik Eric lalu memeluk isterinya.

Dari jauh Tania melihat ayah dan ibunya melangkah mendekatinya. "Tolong Daddy!! Mummy!! Tolong rahsiakan hal ini dari Lawrance. Cukuplah hinaan yang Lawrance katakan pada Nia. Nia tak kuat." Tania memegang tangan orang tuanya, sambil menangis merayu untuk merahsiakan kandungannya. "Daddy faham sayang, lepas Nia keluar dari hospital nanti, kita pergi jauh dari bandar ni. Daddy akan lindungi anak dan cucu Daddy selagi Daddy hidup di dunia ini." Ujar Encik Eric lalu memandang isterinya. Puan Sonia mengangguk lalu memeluk puteri tunggalnya itu.

Sebelum melangkah menemui Tania, Encik Eric dan Puan Sonia telah berbincang terlebih dahulu, dan mereka berdua mencapai kata sepakat untuk membawa anak tunggal mereka beserta cucu mereka untuk tinggal dirumah sepupu Encik Eric di Sabah, sampai Tania melahirkan anaknya. Dengan membawa Tania jauh dari suaminya buat masa ini, agar Tania dapat menenangkan fikirannya. Mereka terpaksa demi anak tunggal kesayangan mereka, dan itu adalah keputusan terbaik setakat ini.

Bunyi deringan telefon bimbit Encik Eric mengejutkannya, setelah melihat nama yang tertera diskrin telefon bimbitnya, dia segera meminta diri untuk keluar sekejap. "Kawan Daddy call, nanti Daddy masuk lagi." Cepat Encik Eric menjawab pandangan mata yang penuh tanda tanya anaknya itu. Butang angkat ditekan, dan suara dihujung talian menyapa gegendang telinganya. "Hai besan, maaf ganggu. Macam mana keadaan menantu saya. Dia dah sedar ke? Ni maknya dari tadi tak keruan duduknya, asyik nak suruh saya call je." Sebaik panggilannya bersahut, bertalu-talu soalan yang Encik John ajukan kepada besannya itu. "Syukur, Tania dah sedar. Dia baru lepas makan, itupun dipaksa maknya, degil sangat." Jawab Encik Eric. "Sebenarnya, ada benda saya nak bincang dengan awak berdua, tapi bukan dengan Lawrance. Boleh kita jumpa di luar?" Tanya Encik Eric lagi. "Ehh, serius benar ni. Hehehe. Ok lah kita jumpa dekat gerai Cahaya Taufik kat depan Permymall tu. Saya bawa maknya ke sana sekarang." Dalam bergurau Encik John berbicara. Tetapi dia seakan tahu apa yang bakal besannya katakan padanya nanti. "Baiklah, tapi tolong jangan beritahu apa-apa pada Lawrance. Nanti saya akan terangkan." Usai berbual, talian dimatikan. Dan kemudiannya Encik Eric masuk semula ke dalam hospital, dimana anaknya ditempatkan. "Sayang, Daddy dan Mummy nak balik sekejap, tukar baju. Nanti kita datang balik ye." Kata Encik Eric kepada Tania. Tania hanya mengangguk, tanda memahami.

"Kita nak ke mana ni?" Soal Puan Sonia kepada suaminya. "Jumpa besan kita." Pendek jawapan Encik Eric kepada isterinya. "Sayang  nak bagitau mereka ke?" Soal isterinya lagi. "Mereka berhak tahu, dan kita perlu jelaskan tentang keputusan yang kita buat tu. Biar tiada perselisihan faham dikemudian hari." Terang Encik Eric. Isterinya hanya berdiam diri mendengar penjelasan suaminya. Kereta yang dipandu Encik Eric terus dipandu dengan penuh berhati-hati meredah kesesakkan lalu lintas pada petang itu. Maklumlah, sekarang dah waktu bagi pekerja di bandar Miri untuk balik ke rumah masing-masing. Lebih kurang setengah jam kemudian, baru lah mereka sampai di kedai makan Cahaya Taufik yang terkenal dengan menu lalapan pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan. Dari jauh Encik John melambai tangannya kepada Encik Eric, supaya besannya itu nampak akan keberadaannya.

Setelah duduk, dan memesan makanan serta minuman, mereka mulai berbicara tentang keadaan Tania. "Jadi, macamana dengan Tania? Bila dia boleh balik ke rumah? Dah macam orang gila dah aku tengok si Lawrance asyik menanyakan bininya saja." Soal Encik John kepada besannya. "Itu lah yang saya nak bincang dengan kamu berdua. Tania disahkan hamil 3 bulan, tapi dia minta untuk rahsiakan hal ini dari pengetahuan Lawrance." Kata Encik Eric berhenti disitu apabila Puan Rose tiba-tiba bersuara. "Apa??? Tania hamil? Bapanya, tak lama lagi kita nak ada cucu. "Katanya dalam nada ceria. "Tapi kenapa perlu rahsiakan dari Lawrance, suaminya sendiri, bapa kepada anak dalam kandungannya?" Soal Puan Rose, tertanya-tanya dengan kehendak Tania. "Ya betul tu, kita akan menimang cucu tak lama lagi. Tapi Tania mempunyai sebab sendiri kenapa dia menyembunyikan kehamilannya dari suaminya sendiri." Jawab Encik Eric, memandang tajam ke arah besannya. "Tania terlalu banyak memikirkan tentang masalah mereka berdua sekarang ni, sampai dia tak fikir langsung akan kesihatan diri dan bayi dalam kandungannya. Oleh itu, saya dan isteri saya telah membuat keputusan untuk membawa Tania ke Sabah bagi menenangkan fikirannya terlebih dahulu. Selepas dia benar-benar sihat dan bersedia berdepan dengan suaminya, baru lah kami balik ke Miri semula." Terang Encik Eric panjang lebar. Kelihatan Puan Rose menitiskan air mata, tetapi Encik John cuba untuk menenangkannya. "Kalau itu yang terbaik, kami rela pisahkan mereka buat sementara waktu. Saya berharap, Tania segera pulih, dan kembali menerima kami sebagai bapa dan mak mertuanya seperti dahulu." Setelah lama berdiam diri, akhirnya Encik John bersuara. Dia bersetuju untuk pisahkan sementara anak dan menantunya, supaya cucunya membesar dengan sihat dalam kandungan Tania. Itu merupakan cucu pertamanya, dan dia telah lama menantikan saat ini. Walaupun agak berat hatinya memisahkan mereka, tapi dia terpaksa. "Maafkan ayah Lo, tapi ini yang terbaik." Encik John berbicara di dalam hati.

Selesai menjamu selera, akhirnya mereka meminta diri untuk pulang ke rumah. Sebelum keluar dari kedai tersebut, sempat Encik Eric mengingatkan besannya tentang apa yang dibincangkan mereka sebentar tadi. "Saya harap, bualan kita terhenti disini saja, tolong rahsiakan kesemuannya dari Lawrance. Saya akan maklumkan apa-apa perkembangan Tania dan kandungannya kepada kamu berdua di sana nanti." Kata Encik Eric. "Jangan risau besanku, segala rahsia akan tersimpan rapi. hahahaha. "Jawab Encik John sambil berseloroh. "Tapi jangan lama sangat kat sana nanti, saya dan maknya pun nak juga main dengan cucu kami." Sambungnya lagi. Mereka saling berpelukkan, sebelum kedua-duanya masuk ke dalam kereta dan membawa haluan masing-masing.

EmosiWhere stories live. Discover now