2

32 0 0
                                    

Bunyi musik techno yang dimainkan oleh DJ Kathy di dalam club tersebut masih tidak mampu untuk menutup rasa marah Lawrance yang sedari tadi seperti tidak akan pernah reda. Air alkohol jenama Jack Daniel yang dipesannya hampir tinggal sesuku, kemudiannya dituang ke dalam gelas kecil, lalu diteguk sekali gus. Lega ??? Tidak, sedikit tidak melegakan fikirannya yang sedang bercelaru. Lawrance sepertinya sedang bersoal jawab dengan dirinya sendiri. Sekali lagi dia menuangkan air alkohol itu ke dalam gelas kecil, lalu meneguknya.

"Ini tak adil sayang". Rengek Lawrance bersama tangisan kecil, sambil menghempas gelas tersebut ke meja. Ya, dia mengakui dia sangat mencintai isterinya, Tania. Tetapi ego yang menebal, dan rasa marah yang tidak dapat dibendung membuatkan dia melakukan keputusan yang tidak masuk akal. "Apa silapku sampai kau sanggup buat begitu". Dengan esakkan Lawrance berbicara sendiri. Tipu jikalau dia tidak kasihan melihat wajah isteri yang ditengkingnya petang tadi. Wajah yang selama ini menjadi mimpi terindah di dalam hidupnya. Sepanjang 8 tahun perkahwinan mereka, tidak pernah satu kali pun dia menengking isterinya itu. Malah, setiap kali ada perselisihan faham antara mereka, dia lah yang selalu mengalah, dan memujuk isterinya. Kerana dia tidak sanggup untuk tidak berbicara dengan isterinya biarpun hanya sesaat. Tetapi entah kenapa kali ini, dia tidak dapat memaafkan kesalahan isterinya. Malah dia tidak sekalipun mahu mendengar penjelasan dari isterinya. Hatinya memberontak setiap kali dia teringat akan video yang dihantar oleh Patricia, bekas rakan seUniversitinya dahulu.

Sedang Lawrance bersoal jawab dengan dirinya sendiri, Patricia datang menghampirinya. Entah dari mana dia datang, tiba-tiba sahaja sudah berada disebelah Lawrance.
"I tau You tengah sedih sekarang. I pun tak sangka yang isteri You sanggup buat You macam tu." Patricia cuba untuk memasukkan jarum. "Mula-mula I fikir tak nak bagitau You, tapi kita kenal dah lama, I tak sanggup nak tengok You kena main-main dengan isteri You tu". Sambil dia ingin mengapai jari Lawrance, tetapi nasib baik Lawrance masih waras dan cepat-cepat melarikan tangannya. "Just leave me alone". Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Lawrance. "Ok, I pergi dulu. Apa-apa hal You perlukan I, call je number I. I akan selalu ada untuk You". Ujar Patricia dengan penuh manja dan menggoda, tetapi sedikit pun tidak menggoncang hati Lawrance pada saat itu.

"Takpe You, I akan sabar dengan perangai you sekarang. Sikit saja lagi, You akan jadi milik I". Patricia berbicara didalam hati sambil tersenyum sinis. Puas hatinya dapat memusnahkan kepercayaan Lawrance terhadap Tania.

Sejak dari perkenalan pertama mereka di Universiti 10 tahun yang lalu, Patricia memang menyimpan perasaan terhadap Lawrance. Baginya Lawrance sangat matang dalam berbicara. Tetapi dia juga maklum bahawa Lawrance sedang di dalam proses untuk memikat seorang gadis sekampus dengannya. Tak lain tak bukan, seorang gadis manis, berlesung pipit, dan tinggi lampai, Tania. Ya, Tania, isterinya sekarang. Tania merupakan junior di Universiti yang sama dengan Lawrance dan juga Patricia. Bermacam cara telah Patricia lakukan untuk membuatkan Lawrance jatuh cinta kepadanya, tetapi semua usaha itu hanya sia-sia, Lawrance sepertinya tidak faham dengan segala usahanya itu. Dia lebih memilih untuk mengejar gadis kampung yang bagi Patricia perempuan itu bukan tandingannya. Sejak itu, Patricia menyimpan dendam terhadap Tania, dan berjanji akan merampas kembali Lawrance dari Tania.

"Hahahah.. kau bodoh Tania. Kau sendiri yang perangkap diri kau. Dah tahu diri tu dah berlaki, masih terhegeh-hegeh nak cari lain. Mentang-mentang suami kerja jauh, kau senang-senang menyundal kat bandar ni. Dasar budak kampung, tak sedar diri." Cemuh Patricia sendirian setelah keluar dari club tersebut. Dia masuk ke dalam kereta Hondanya dengan hati yang senang, dan terus memandu pulang sambil mulutnya bernyanyi riang.

"Apa kurangnya aku sayang?? Apa silapnya aku?? Lawrance masih bersoal jawab sendiri. Air Jack Daniel yang dipesannya sudah habis diminumnya sendirian. Nasib baik sahabat baiknya Calvin ada menemaninya saat itu. "Calvin, kau tengok aku ni seorang yang gagal ke?" Soal Lawrance kepada Calvin dalam keadaan mabuk. Calvin tak menjawab, hanya memandang sahabatnya itu dengan penuh kasihan.

Tidak pernah Lawrance sebegini rupa. Dia sepertinya hampir tidak mengenali lelaki itu. Dimana Lawrance yang matang sebelum ini? Setiap masalah diselesaikan dengan bersua muka dan berbincang dengan baik. Tidak pernah sekali dia melihat sahabatnya itu seperti kehilangan arah tuju.

"Apa silap aku Vin? Aku dah cuba bagi dia kesenangan selama ini, tak cukup lagi ke Vin? Sebab aku tak mampu nak bagi zuriat ke dia boleh nak cari pengganti aku?" Esak Lawrance, sambil dia memanggil seorang waiter untuk memesan minuman alkohol lagi. "Dah.. dah. Cukup tu, teruk benar aku tengok kau ni. Jom balik, aku hantar kau". Cepat Calvin menghalang. Kalau tak, sampai ke subuhlah dia terpaksa menemani sahabatnya itu. Kalau nak mabuk je, bila lah masalah nak selesai. "Aku tak nak balik." Rengek Lawrance seperti budak kecil. "Aku tak nak tengok muka dia. Aku tak sanggup tengok dia menangis." Calvin memandang sahabatnya itu, "kau tak nak dia menangis, habis kenapa kau buat dia nangis?" "Hati aku sakit Vin, sakit sangat. Aku lihat dia tersenyum manis dengan jantan tak guna tu, aku tak boleh terima." Kata Lawrance, sambil mengusap rambutnya yang tersedia serabai. "Hanya sebab dia tersenyum, kau dah simpulkan dia ada lelaki lain selain kau? Begitu?" Calvin menggelengkan kepalanya. "Kau tak faham Vin, kau tak rasa apa yang aku rasa." Tempik Lawrance. "Dah.. dah, sekarang ni kita balik, kau tidur je kat rumah aku malam ni. Bila hati kau dah tenang sikit, kau balik lah rumah kau, bawa isteri kau bincang baik-baik." Lembut suara Calvin memujuk sahabatnya itu. "Aku nak ceraikan dia." Kata Lawrance yang sangat mengejutkan Calvin. "Kau jangan Lo, Tania tu nyawa kau seperti yang selalu kau sebut. Takkan hanya sebab video tu, kau terus nak ceraikan dia." Calvin seperti tidak bersetuju dengan keputusan Lawrance. "Aku dah buat keputusan Vin, dan aku rasa ini yang terbaik, aku lepaskan dia sebab aku tak mampu untuk memberikan dia zuriat seperti yang diidamkannya selama ini." Sebak suara Lawrance melafazkan kata. Hatinya pilu, terpaksa melepaskan gadis yang sangat dicintainya itu sedemikian rupa. Kejamkah dia?

Tibanya dirumah Calvin, Lawrance terus dibaringkannya diatas sofa diruang tamu. "Tak mampu aku nak manjakan kau sangat Lo, ada bini punyalah baik, lawa, masih tak reti nak bersyukur. Lantak kau lah, jangan menyesal kemudian hari sudahlah." Kata Calvin sambil berjalan ke biliknya.

Mata Lawrance masih tak mampu untuk terlena, dia masih memikirkan tentang keputusannya untuk melepaskan isterinya. Patut kah aku melepaskan dia? Relakah aku? Ikhlas kah aku? Menyesalkah aku? Kemudian dia menangis teresak-esak di atas sofa. "Maafkan Bie sayang". Ucapnya dalam tangisan.

EmosiWhere stories live. Discover now