16

18 0 0
                                    

"Ok. Nanti I datang sana." Dengan nada manja yang dibuat-buat, Patricia menerima ajakkan Lawrance untuk makan malam dirumahnya malam nanti. Dia tersenyum riang apabila menerima panggilan telefon dari lelaki yang sangat dicintainya itu. "Baru you sedar ke yang I lebih pantas untuk you dari Tania." Patricia dapat merasakan bahawa tidak lama lagi Lawrance akan menjadi miliknya. "Hahaha. Tania.. Tania.. you tak layak langsung untuk Lawrance. Satu-satunya perempuan yang layak untuk Lawrance adalah aku!" Ujar Patricia dalam tawa. Dia berasa sangat berpuas hati apabila Lawrance sendiri yang menjemputnya untuk datang ke rumahnya malam nanti. Dia kemudiannya ingin bersiap secantik yang mungkin supaya Lawrance terpegun dengan kecantikkannya, dan lebih cepat Lawrance melupakan isterinya. "Hurrmmm.. I nak pakai baju apa ye?" Puas membelek baju yang ada, Patricia mengeluh sendirian. "Ini merupakan makan malam pertama I dengan Lo, dan I harus nampak cantik di mata Lo." Patricia sedikit tidak berpuas hati dengan pakaian yang sedia ada. Dia kemudiannya mencapai satu gaun merah bertali bahu, paras lutut dan menggayakannya beberapa kali di depan cermin. Patricia akhirnya tersenyum lebar di depan cermin. "I rasa ini sesuai." Katanya sambil berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu.

"Lo nak buat apa lagi lepas ni?" Ujar Encik John selepas anaknya itu meletakkan telefon bimbitnya. Hati tuanya sangat khuatir, bimbang dengan keputusan yang ingin anaknya lakukan. "Alang-alang kita semua ada kat sini, tunggu Nia sekeluarga datang, Lo nak bincang sesuatu yang sangat penting." Suara Lawrance agak tegas menjawab pertanyaan ayahnya itu. Baginya, semua masalah ini harus diselesaikan secepat mungkin sebelum semuanya terlambat.

Selesai membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke Sarawak, mereka sekeluarga pun pulang ke rumah, dan bersiap untuk berangkat ke lapangan terbang. "Nia dah ready?" Puan Sonia menyapa anaknya. "Nia dah ready mummy. Apa-apapun yang akan terjadi, Nia akan terima dengan hati yang terbuka." Ujar Tania walau hatinya sedikit risau tetapi disembunyikannya dari pengetahuan orang tuanya. "Tak apa sayang, daddy dengan mummy akan sentiasa bersama Tania dan juga baby ni." Kata Encik Eric cuba untuk menyakinkan anaknya itu. Sebagai seorang ayah, dia akan sentiasa berada dibelakang anaknya itu, dan memberi sokongan yang positif supaya anaknya tidak mudah berputus asa. "Terima kasih daddy, mummy." Tania senyum lalu memelukkan tubuh kedua-dua orang tuanya itu. "Ok lah. Jom kita balik dan bina hidup baru." Encik Eric sekali lagi beria-ia untuk menceriakan suasan yang agak suram itu. "Amboi, beria sangat nak balik. Lupa lah kita kat sini." Tiba-tiba suara Encik Patrick mencelah diantara mereka bertiga. Sambil tersenyum Encik Patrick mendekati Encik Eric dan mereka saling bersalaman. "Terima kasih banyak banyak, sebab sudi bagi kitorang anak beranak tinggal dekat rumah ni sementara waktu." Kata Encik Eric kepada sepupunya itu. "Alah. Perkara kecil, bukan selalu pun kita dapat jumpa." Balas Encik Patrick tanpa sedikit pun meminta balasan dari Encik Eric. "Lain kali, datang lah ke sini lagi." Puan Margaret pula bersuara. Cepat-cepat dia menghampiri besannya Puan Sonia, dan mereka saling berpelukkan. Sebak hatinya untuk berpisah dengan besannya itu, setelah 3 bulan mereka tinggal bersama. "Jaga diri tau. Sering-sering lah telefon kami di sini." Pesannya semula. "Jangan risau. Cuti hujung tahun nanti, kami datang lagi bawa cucu kita sekali." Akhirnya mereka ketawa bersama.

Peettt!! Peeetttt..!! Peeetttttt...!!!
Bunyi hon kereta mengejutkan mereka yang masih di dalam rumah. "Hurmm.. tak lain tak bukan, si Deph lah tu." ujar ayahnya Encik Patrick apabila mendengar hon kereta di luar rumahnya. Mereka bersama-sama keluar dari rumah untuk melihat siapa gerangan yang membunyikan hon tersebut. "Huhh.. kan betul aku cakap." Seloroh Encik Patrick. Mereka yang berdengar, hanya ketawa memerhati tingkah laku Dephney. Dengan pantas Dephney keluar dari keretanya, dan meluru ke arah Tania lalu memeluk sepupunya itu dengan erat. "You jaga diri tau. Apa-apa hal, whatsapp I terus ok." Setelah sekian lama berpelukkan, akhirnya Dephney bersuara memberi peringatan kepada Tania. "Ye. I tau. You lah orang pertama yang I akan cari lepas ni. Jangan you jemu pula layan I nanti." Tania cuba untuk mengusik sepupu rapatnya itu. Walaupun berat hati untuk berjauhan, tetapi dia harus juga pulang ke Sarawak bagi menyelesaikan segala masalah. "I takkan jemu lah kalau dengan you. Kalau baby lahir, whatsapp I gambar k." Sekali lagi Dephney mengingatkan sepupunya itu. "Ok." Jawab Tania ringkas. Dan mereka berpelukkan sekali lagi. "Dah jom, nanti tinggal flight pula." Akhirnya Encik Eric mengingatkan mereka semua. Semua beg pakaian mereka disimpan didalam kereta, setelah mengucapkan selamat tinggal, mereka bertiga dihantar oleh Dephney sekeluarga menuju ke airport.

"Akak dah siap masak ke?" Lawrance bertanya kepada kakaknya Janet, kemudian dia memandang jam tangannya yang baru menunjukkan pukul 2.30pm. "Mereka dah berlepas." Tiba-tiba ayahnya Encik John mencelah. Dia perasan dengan tingkah laku anaknya yang sedari tadi asyik melihat jam tangannya. "Nia ada call ayah ke?" Soal Lawrance pelik. "Tadi Encik Eric ada call ayah sebelum mereka berlepas. Katanya, tak payah jemput mereka, sebab ada orang jemput mereka di airport." Terang ayahnya lagi. "Jemput mereka? Siapa?" Soal Lawrance semula. Dia agak pelik kenapa Tania tidak memaklumkan apa-apa kepadanya. Dan mengapa tidak dia sahaja yang menjemput isteri dan mertuanya di airport. Encik John hanya mengangkat bahunya tanda dia juga tidak tahu. "Jangan risau lah. Tak lama lagi sampai lah tu." Kata Encik John menyakinkan anaknya itu.

Setelah bersiap, Gabriel mencapai kunci keretanya dan terus memandu keretanya menuju ke lapangan terbang. Walaupun hatinya sedikit gementar, tetapi rancangannya harus diteruskan juga. "Kau berhak bahagia Tania." Ujar Gabriel sendirian, sambil memandu dengan berhati-hati. Hampir setengah jam kemudian, baru lah Gabriel sampai di lapangan terbang. Dia mencari tempat meletakkan kenderaan, dan kemudian berlari-lari kecil masuk ke pintu gerbang lapangan terbang Miri tersebut. Baru beberapa minit dia melabuhkan punggungnya disebuah kerusi, dia terdengar satu pengumuman yang mengatakan kapal terbang dari Sabah baru sahaja selamat tiba di lapangan terbang tersebut. Dengan perasaan berdebar dan gementar, Gabriel berjalan menuju ke arah balai ketibaan untuk menunggu kemunculan Tania sekeluarga. "Anak aku bukan anak patung sesuka hati untuk dipermainkan. Kalau kau ikhlas sayangkan dia, tolong bahagiakan dia. Dan kalau kau hanya bersimpati dengan nasibnya, tolong hentikannya. Dia bukan barang mainan yang tidak punyai perasaan." Masih terngiang-ngiang suara Encik Eric memberi peringatan kepada Gabriel, membuatkan dia tekad untuk membahagiakan Tania walau apapun yang terjadi.

EmosiWhere stories live. Discover now