6

24 0 0
                                    

"Sayang, jangan tinggalkan Bie!" Teriak Lawrance terbangun dari tidur. Dia mengimbas kembali mimpinya sebentar tadi, isterinya muncul dalam mimpi seakan-akan melambai mengucapkan selamat tinggal, dan berlalu pergi membuatkan tidur Lawrance terganggu. Dengan segera dia mencari telefon bimbitnya. "Haaahhh! Dah pukul 10am, kenapa aku boleh bangun lambat sangat ni?" Cepat-cepat Lawrance berlari ke bilik air untuk membersihkan diri. Fikirannya masih memikirkan mimpinya sebentar tadi. "Tak mungkin Tania tinggalkan aku. Aku harus cepat jumpa dia sekarang." Kata hati Lawrance.

Selesai mandi, dengan segera Lawrance mencapai baju tshirt polo biru, ianya merupakan hadiah pemberian dari isterinya suatu ketika dahulu. Setelah siap, Lawrance mencapai kunci keretanya, dan bergesa turun ke ruang tamu. "Selamat pagi ayah, ibu, Lo nak keluar jumpa Tania." Ucap Lawrance seraya mencium pipi kedua-dua orang tuanya itu kemudian melangkah menuju ke keretanya. Dengan wajah terkejut Encik John memandang wajah anaknya Lawrance. "Ehh, tak nak sarapan dulu ke? Lo nak jumpa Tania kat mana?" Tanya Encik John. Dia agak terkejut bila anaknya itu memaklumkan ingin berjumpa dengan isterinya pagi ini. Langkah Lawrance terhenti, dia memandang wajah ayahnya dengan kening yang berkerut "Kat hospital lah. Tania belum discharge lagi kan?" Soal Lawrance semula sambil memandang wajah ayah dan ibunya bersilih ganti. "Err, sebenarnya ayah Tania baru lepas call ayah pagi ni. Dia cakap Tania dah discharge pukul 9 pagi tadi." Kata Encik John tergagap-gagap. Dia risau anaknya itu akan bertindak diluar jangkaannya, dan merosakkan semua rancangan mereka. "Dah balik? Kenapa ayah tak kejutkan Lo tadi? Jadi Tania kat mana sekarang ni? Sekarang dah pukul 11, kenapa dia tak sampai ke rumah lagi?" Soal Lawrance bertalu-talu. Dia seakan-akan mengerti apa yang sedang belaku. Jantungnya berdegup dengan kencang, risau mimpinya akan menjadi kenyataan.

Tanpa berfikiran panjang, dengan segera Lawrance berlari menuju ke keretanya lalu enjin kereta dihidupkan, kereta dipecut laju menuju ke hospital. Sambil itu, dia juga tidak berhenti-henti mendail nombor telefon isterinya, berharap isterinya menngangkat panggilannya itu. "Arggghh!' Lawrance menghempuk telefon bimbitnya ke kerusi penumpang sebelahnya. "Sayang kat mana ni? Tolong jangan tinggalkan Bie." Lawrance berkata sendiri. Air matanya kembali tumpah tak tertahan lagi, dia tak sanggup kehilangan isterinya. Dimanakah Tania sekarang? Lawrance terus memecut kenderaannya ke arah hospital, dengan harapan isterinya masih di situ.

Di lapangan terbang, Tania merenung telefon bimbitnya, beberapa panggilan dari suaminya sengaja tidak dijawabnya. Dia risau akan menerima kata-kata makian dari suaminya lagi, hatinya sudah tidak sanggup untuk menerima kata-kata kejam dari lelaki yang sangat dicintainya. Tanpa berfikir panjang, Tania menutup telefon bimbitnya supaya suaminya tidak dapat menghubunginya lagi.  "Maafkan Nia, tapi Nia dah tak sanggup lagi untuk berdepan dengan semua ini." Kata Tania dengan deraian air mata. Terkejut Nia bila ibunya memeluk bahunya dari belakang. " It's ok sayang. Kalau sayang dah ready nanti, kita balik semula ke Sarawak. Atau Nia dah ubah fikiran?" Tegur ibunya yang menyedari anaknya itu sedang menangis. "Ehh Mummy, tak da apa-apa lah, Nia cuma teringat apa yang berlaku beberapa hari ni, Nia letih sangat." Jawab Tania cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya. "Kalau Nia rasa Nia patut balik dengan Lawrance, Nia cakap lah, sebelum kita berlepas ke Sabah." Balas Puan Sonia seakan-akan memahami perasaan anak tunggalnya itu. "Tak Mummy, Nia dah tak sanggup nak dengar makian dia. Buat masa sekarang, biarlah Nia nak tenangkan fikiran Nia dulu. Kalau Nia dah bersedia nak berjumpa dengan Lo, Nia akan balik Sarawak, tapi bukan sekarang." Sambil tersenyum Tania membalas kata ibunya tadi. "Lagipun, sampai bila Nia nak sembunyikan baby ni. Lo berhak tahu, baby ni baby dia juga mummy." Sambungnya lagi, sambil mengusap perutnya. "Baiklah, kalau itu sudah keputusan Nia. Tapi sekarang  mummy nak Nia janji yang Nia akan jaga diri dan juga cucu mummy sampai Nia selamat lahirkan baby nanti. Boleh?" Ucap Puan Rose sambil menunjukkan jari kelingking. Nia memasukkan jari kelingkingnya dengan jari ibunya sambil mengangguk faham. "Nia janji". Katanya lalu tertawa kecil.

Tak lama kemudian, Encik Eric muncul sambil memegang beberapa tiket penerbangan. 'Ok, dah. Jom kita lunch dulu, sebelum panggilan masuk ke ruangan berlepas." Encik Eric bersuara sambil memegang perutnya yang berbunyi sedari tadi minta untuk diisi. Keluar saja dari hospital pagi itu, mereka sekeluarga terus menuju ke lapangan terbang sehingga tidak sempat untuk mengambil sarapan pagi. Tania dan ibunya hanya tersenyum melihat gelagat ayahnya. "Ok, jom." Kata mereka dua serentak.

Lawrance masih berusaha mencari isterinya, didailnya nombor telefon isterinya itu semula, tapi hanya masuk dalam peti suara. Kemungkinan isterinya telah menutup telefonnya, supaya dia tidak dapat menghubungi isterinya lagi. "Mungkin Tania balik ke rumah orang tuanya. Aku harus ke sana sekarang juga." Lawrance terus memecut ke rumah mertuanya. Fikirnya, mungkin Tania tidak ingin pulang ke rumah mereka dahulu, dan menginap di rumah orang tuanya buat sementara waktu.

Semakin cemas Lawrance sesampainya di rumah mertuanya, kereta mertuanya tiada di situ dan pagar rumah juga berkunci. Entah berapa kali Lawrance memanggil nama isterinya dan juga bapa mertuanya, tapi tidak berjawab. Akhirnya Lawrance mengalah, dia bersandar lesu di tepi keretanya dan cuba menghubungi isterinya itu untuk kesekian kalinya. Tetapi tetap hampa, isterinya masih tak dapat dihubungi. Deringan telefon mengejutkan Lawrance, dengan segera dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat siapakah yang menelefonnya. "Sayang, sayang kat mana sekarang? Jawab Lawrance tergesa-gesa. "Lo dengar dulu, ni ayah. Lo dekat mana sekarang? Dah nak senja masih belum balik ni. Dah jumpa Tania ke?" Suara Encik John di dalam talian mengejutkan Lawrance. Dia melihat nama pemanggil di telefon bimbitnya, sambil mengeluh. "Lo tak jumpa Tania ayah. Ayah, kalau ayah tahu Tania dekat mana sekarang, tolong bagitau Lo. Tolong Lo ayah, Lo merayu sangat-sangat ni." Rayu Lawrance. Tak sampai hati melihat anaknya  merayu begitu, akhirnya Encik John bersuara. "Lo bawa bertenang dulu. Sebenarnya... sebenarnya Tania sudah berangkat ke Sabah tadi, bersama keluarganya. Tapi ayah tak tahu mereka tinggal di mana. Lo balik ke rumah dulu, kita bincang di rumah." Pujuk Encik John. "Apa? Ayah dah tahu semuanya, kenapa nak rahsiakan dari Lo? Sampai hati ayah." Balas Lawrance yang sangat kecewa dengan ayahnya. "Lo balik dulu, nanti ayah terangkan semuanya." Encik John masih memujuk anaknya itu. "Dah lah ayah. Lo tak nak dengar apa-apa sekarang ni. Biarkan Lo sendirian." Panggilan terus dimatikan. Lawrance masuk ke dalam keretanya, dan terus menangis semahu-mahunya. Stereng kereta dihempas-hempas dengan sekuat hati bagi melepaskan kemarahan dan rasa kecewa dihatinya sekarang. "Kenapa semua orang nak rahsiakan semua ini dari Lo? Argghhh!" Marah Lawrance sambil menghempas stereng keretanya. 

Hampir 2 jam Lawrance duduk di dalam keretanya bagi menenangkan perasaannya yang kacau bilau, selepas reda sedikit kemarahannya, Lawrance mencapai telefon bimbitnya, dan mendial nombor telefon seseorang yang boleh dipercayainya buat masa sekarang. Enjin kereta d dihidupkannya, dah kereta dipecut laju keluar dari kawasan perumahan itu menandakan hatinya masih memberontak dengan apa yang terjadi. 


EmosiWhere stories live. Discover now