10

19 1 0
                                    

Setelah 3 bulan bekerja di luar bandar, akhirnya Lawrance pulang ke tempat asalnya, dengan tekad untuk membawa kembali isterinya, Tania. "I tak kira apa nak jadi, asal you balik ke pangkuan I sayang. I miss you so much." Lawrance berbicara di dalam hati. Dengan penuh bersemangat, dia ingin melangkahkan kaki keluar dari lapangan terbang tersebut. Tetapi tanpa sengaja, dia terlanggar seorang lelaki yang kelihatan sedikit kalut. "Sorry". Sepatah kata keluar dari mulut Lawrance. "Oh, tidak apa. Saya juga minta maaf." Balas lelaki tersebut sambil memandang wajah Lawrance. Jantungnya berdegup kencang apabila terpandang akan wajah lelaki tersebut. "I ok. Sepatutnya I yang minta maaf. I tak nampak kiri kanan, terus jalan je." Sambil tersenyum Gabriel bersuara. "Oh ok. Kalau macam tu I jalan dulu." Balas Lawrance lalu melangkahkan kakinya. " Isshhh, sebab hati kau masih tinggal dengan Tania kat Sabah lah ni, sampai jalan tak tengok orang. Memalukan lah, asyik terlanggar orang je." Gabriel memarahi dirinya sendiri. Lawrance yang hanya beberapa langkah darinya berhenti sejenak. "Tania? Muka dia aku seakan kenal. Tak mungkin. Itu fikiran you saja lah." Lawrance berkata di dalam hati. Dia kembali melangkah kakinya, sambil berfikir, di mana dia pernah berjumpa dengan lelaki tersebut.

Sesampainya Lawrance di luar lapangan terbang, melilau matanya mencari sahabatnya, Calvin. "Hahh!! Ini yang aku malas sangat janji dengan mamat cina ni. Dah janji jemput pukul 12, belum nampak lagi batang hidungnya." Ujar Lawrance sendirian. Dari kejauhan, Calvin tergesa-gesa berlari dari tempat parkingnya ke arah Lawrance. "Sorry bro, kereta aku kena saman lah." Ucap Calvin tercungap-cungap. "Kau parking kat mana sampai kena saman ni?" Soal Lawrance sedikit terkejut. "Mula tu aku ingat nak parking sekejap je. Belum jauh aku jalan, polis dah sound da." Balas Calvin dengan perasaan tidak puas hatinya. "Huhh.. memang padan pun. Tu bukannya tempat parking pun." Lawrance menggelakkan sahabatnya itu. "Kau tu yang lambat sangat kenapa?" Tidak puas hati ditertawakan oleh sahabatnya. Calvin menyalahkan Lawrance pula. "Alaa. Bukan aku mahu pun, flight delay bro. Dah jom makan, aku belanja." Kata Lawrance sambil cuba menenangkan perasaan sahabatnya itu.

Di dalam kereta, Lawrance tiba-tiba bersuara apabila dia melihat lelaki yang dilanggarnya tadi dari kejauhan.  "Bro, kau kenal tak budak tu?" Soal Lawrance kepada Calvin. "Budak mana?" Calvin cuba untuk melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Lawrance. "Yang tu, tshirt hitam, pakai topi. Muka dia familiar sangat lah. Tapi aku lupa mana aku pernah jumpa dia." Ujar Lawrance. Otaknya berkejar keras untuk mengingat kembali wajah lelaki tersebut. "Entah lah. Tak pernah pula aku tengok muka dia. Kenapa?" Balas Calvin, kemudiannya menghidupkan enjin keretanya. "Perasaan aku tak enak lah bro. Aku pun ada terdengar dia sebut nama Tania masa aku terlanggar dia dalam airport tadi." Lawrance meluahkan apa yang tersirat didalam hatinya saat itu. "Bro!! Bukan sorang je Tania kat bumi ni." Calvin memandang wajah Lawrance. Semakin pelik dia dengan sahabatnya itu. "Entahlah. Tapi aku dapat rasakan sesuatu. Sebab aku macam pernah lihat dia." Lawrance berhenti sejenak. Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya. Video kiriman dari Patricia suatu ketika dahulu dimainkan semula. "Gosshhh! It's him bro." Lawrance menghempas telefon bimbitnya. Calvin yang agak terkejut dengan tindakkan Lawrance tersebut, berusaha mengambil telefon bimbit sahabatnya itu, dan memainkan semula video tersebut. "Well. Mungkin dia maksudkan Tania yang lain kot." Ujar Calvin cuba menenangkan keadaan. "No! Aku harus buat sesuatu bro." Lawrance lalu mencapai telefon bimbitnya semula, dan mencari nombor telefon ayahnya. Baginya, mereka pernah bersubahat menyembunyikan Tania, dan mustahil mereka tidak mengetahui dimana keberadaan Tania sekarang. "Please, bukan di Sabah." Lawrance cuba untuk menafikan firasatnya.

Di rumah, Encik John hanya terduduk lesu setelah menerima panggilan dari anaknya, Lawrance. "Apa lagi nak jadi lepas ni Lo." Ujar Encik John sendirian sambil menggeleng-gelangkan kepalanya. "Lo cakap apa tu bapanya." Sapa isterinya, Puan Rose yang keluar dari dapur, usai memasak untuk makan tengahari. "Lo tanya Tania kat mana sekarang ni. Dan saya terpaksa memberitahunya perkara sebenar." Encik John memandang isterinya. Apakah betul tindakkannya itu. "Biarlah mereka selesaikan masalah mereka sendiri bapanya. Kita sebagai orang tua, hanya menasihati mereka sahaja." Balas Puan Rose sambil memegang jari suaminya itu. "Dah lah. Jom kita makan. Nanti lauk sejuk pula kalau lambat." Sambung Puan Rose lagi, mengajak suaminya untuk makan tengahari. "Ayah dah lakukan apa yang patut Lo. Sekarang giliran Lo perbetulkan apa yang patut." Encik John berbicara di dalam hati, dan kemudian melangkah mengikuti isterinya ke dapur.

Lawrance hanya terkedut memandang telefon. Kata-kata ayahnya sebentar tadi seakan-akan batu besar yang menghempap tuduh Lawrance. Dengan sedaya upaya dia mengusir firasatnya sebentar tadi, tetapi akhirnya firasat hatinya itu menjadi kenyataan. "Tak mungkin Tania bersama dengan lelaki itu di Sabah." Fikir Lawrance sendiri. "Tak mungkin." Akhirnya perkataan itu meluncur juga di bibirnya. "Tak mungkin apanya? Kita dah sampai kedai makan ni. Jom." Ujar Calvin yang kebingungan. Dia lalu membuka pintu keretanya, dan berjalan ke arah kedai makan yang menjadi pilihannya itu. Lawrance kemudiannya mengikutinya dari belakang. Mereka memilih tempat yang agak ke belakang, untuk permandangan yang lebih privacy. Usai membuat pilihan makanan, Calvin membuka bicara. "Apa yang kau bualkan dengan ayah kau tadi?" Soal Calvin. "Ayah aku cakap Tania kat Sabah sekarang, dengan familynya." Ujar Lawrance tanpa perasaan. "Dan aku juga syak, Tania bersama dengan lelaki tadi tu." Sambung Lawrance semula. "Ishh.. tak mungkin lah." Jawab Calvin cuba untuk tidak bersikap serkap jarang. "Takkan semuanya kebetulan Vin. Aku jumpa lelaki yang sama Tania jumpa dulu, dan dia juga baru balik dari Sabah dimana Tania berada sekarang. Apa semua ni Vin. Aku rasa macam aku dipermainkan." Luah Lawrance sedikit gusar. "Kamu ingat apa yang dah berlaku sebelum ni? Jangan ikutkan sangat emosi tu. Baik kau selidik betul-betul dulu. Jangan nanti merana tak sudah." Ujar Calvin memberi peringatan kepada Lawrance. "Aku tahu Vin. Tapi.. entah lah. Aku rasa aku nak pergi Sabah cari Tania." Balas Lawrance keliru dengan kata hatinya. "Kalau kau rasa itu betul, teruskan. Tapi ingat, jangan ikut sangat perasaan marah kau tu." Calvin mengingatkan Lawrance semula. "Ok bos." Ujar Lawrance secara berseloroh. Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan pun tiba, dan mereka menikmati hidangan dengan penuh selera.

"Ehhh. You, lama tak jumpa. Boleh I join you lunch." Sedang asyik Lawrance dan Calvin menikmati jamuan tengahari mereka, tiba-tiba satu suara datang menyapa. Lawrance dan Calvin mendongak serentak, kemudian memandang antara satu sama lain.

EmosiWhere stories live. Discover now