11

14 0 0
                                    

Tanpa segan silu, Patricia melabuhkan punggungnya disisi Lawrance. "So, macam mana dengan perkahwinan you?" Soal Patricia tanpa basa basi. "Ok". Sepatah Lawrance menjawab, tidak berminat untuk berbual dengan gadis itu. "I see. Ok lah tu, kalau you dapat terima bila isteri you ada skandal dengan jantan lain." Patricia menjawab sinis. Lawrance mengangkat kepalanya, dan memandang tajam ke arah Patricia. "What? I cakap benda yang betul kan?" Patricia sengaja mahu mengapi-apikan Lawrance. "Kalau you datang sini, nak buat I marah. You better go now. Sebab I memang dah tersedia marah dengan kehadiran you yang tiba-tiba datang tanpa diundang." Jawab Lawrance cuba untuk menahan amarahnya. "I just nak..". "Just go Patricia." Belum sempat Patricia menghabiskan katanya, Lawrance membentak. Orang disekeliling yang terkejut dengan suara Lawrance, memandang ke arah mereka dengan penuh tanda tanya. "Sebelum kemarahan I semakin menipis. You better go now." Sambung Lawrance lagi. "Ok then, bye!" Balas Patricia tidak puas hati.

Setelah bayangan Patricia hilang dari pandangannya, Lawrance akhirnya mengeluh. "Entah apa yang dia mahukan lagi. Tak cukup ke dah buat rumahtangga aku hancur." Lawrance cuba melepaskan marahnya pada Patricia dekat Calvin. "Tak baik marah depan rezeki. Makan dulu, nanti kita bincang." Balas Calvin yang sedari tadi lebih berminat untuk menikmati hidangannya dari melayan perangai busuk hati Patricia. "Aku takda mood nak makan lagi. Kau makan lah habis dulu." Ujar Lawrance yang hilang selera selepas bertengkar dengan Patricia, dia hanya memerhatikan sahabatnya itu menjamah hidangan yang dipesannya tadi dengan penuh selera.

Patricia berdiri di sebelah keretanya, dah menyepak tayar keretanya dengan sekuat hati. "Biadap kau Lo. Kau dah malukan aku depan umum. Arghhh!" Teriak Patricia sendirian sehingga menarik orang disekelilingnya memandang ke arahnya. "Apa pandang pandang. Tak pernah tengok orang ke." Tengking Patricia, melepaskan marahnya. "Cik ok ke?" Sapa seseorang, apabila melihat Patricia seperti tengah dirasuk hantu. Patricia memandang ke arah suara tersebut. "You??" Patricia hanya terkedu. "Sorry? Cik kenal saya ke?" Gabriel kebingungan. "Ohh. Nope. I just teringatkan something." Balas Patricia tersenyum senang. Otaknya ligat memikirkan strategi untuk membalas dendam terhadap Lawrance. "Cik ok ke?" Soal Gabriel semula. "Ohh I ok. You kenal Tania tak?" Tanya Patricia kepada Gabriel. "Tania? Tania yang mana satu ye?" Gabriel menyoal kembali. "Takkan lah gadis boulevard tu kot." Soal Gabriel didalam hati. "Kejap I ada gambar dia." Patricia mengambil telefon bimbitnya lalu menunjukkan gambar Tania kepada Gabriel. "Oh, saya kenal dia masa kat Mall dulu. Lepas tu ada juga jumpa dia kat Sabah petang semalam.Kenapa ya?" Lurus sahaja jawapan Gabriel. Tanpa memikirkan gadis yang dihadapannya itu merupakan ular yang sedang cuba untuk mencari mangsa. "Kat Sabah? Wow, sampai ke situ dia lari." Patricia seakan terperanjat. "I kawan Tania. Kenalkan I Patricia" Bohong Patricia, kemudian memperkenalkan dirinya. "Saya Gabriel." Gabriel tersenyum dan turut memperkenalkan dirinya sendiri. "Ermm. Apa kata kita duduk kat kedai sana tu sambil berbual. I nak tanya sikit pasal Tania." Kata Patricia cuba untuk mencari maklumat tentang keberadaan Tania. "Boleh juga, saya pun nak pergi lunch ni." Balas Gabriel. Mereka berlalu ke kedai makan yang berdekatan, bercerita sambil menjamu selera. "Bodoh! Senang sangat kena tipu." Patricia berkata di dalam hati sambil tersenyum sinis. "Tak lama lagi Lawrance. Tak lama lagi." Patricia memasang jerat.

Tania termenung sendirian di tepi jendela, sambil melihat titisan hujan petang itu, dengan cuaca yang mendung menambahkan kerinduan Tania terhadap suaminya, Lawrance. Selalunya, kalau hari hujan begitu, mereka akan menghabiskan setiap masa di dalam rumah, sambil melayan drama Korea. Walaupun tidak berminat dengan drama tersebut, Lawrance akan sentiasa akur dengan kemahuannya dan melayan apa sahaja karenahnya. "Jauh sangat termenung tu." Sapa ibunya, Puan Sonia secara tiba-tiba. Lama sudah dia memerhatikan gelagat anak tunggalnya itu, tetapi baru dia terfikir untuk menyapa. "Mummy. Duduk lah." Jemput Tania, lalu memeluk ibunya itu. "Mummy tahu Nia rindu dengan Lo. Nia balik lah kalau Nia dah ready." Ujar Puan Sonia seakan tahu perasaan anaknya itu. "Nia takut mummy. Takut Lo tidak dapat terima baby ni." Luah Tania kemudiannya. "Kenapa dia tak terima? Bukankah itu keinginannya sebelum ni?" Soal Puan Sonia kebingungan. "Lo fikir Nia ada kekasih gelap. Dan mungkin juga dia akan fikir baby ni bukan baby dia mummy." Ujar Tania sedikit sebak. Dia tidak dapat bayangkan jikalau Lawrance tidak dapat menerima bayi tersebut. "Kalau Nia jujur, takkan Lo tak percaya kan? Sekarang ni Nia nak jumpa Lo tak?" Soal ibunya kembali. Tania hanya mengangguk, lalu menekapkan mukanya pada ibunya. "Hurmm. Daddy dah beli tiket dah untuk kita balik ke Sarawak esok. Nia dah betul-betul ready?" Sekali lagi Puan Sonia mendapatkan kepastian dari anaknya itu. "Bila Daddy pergi beli tiket. Nia tak tahu pun." Balas Tania terkejut. "Seminggu dah mummy dengan daddy perhatikan Tania. Dah macam kucing hilang anak je. Jadi mummy dengan daddy buat keputusan untuk bawa Nia balik Sarawak." Terang Puan Sonia. "Thank you mummy." Tania memeluk ibunya dengan erat. Dia sangat bersyukur dikurniakan seorang ibu dan ayah yang sangat memahaminya. Kemudian Tania bergegas berdiri, dan melangkah menuju ke biliknya. "Ehh, nak pergi mana tu. Hati-hati." Ujar Puan Sonia melihat gelagat anaknya itu masih seperti budak kecil. "Nia nak pergi kemaskan barang." Jawab Tania tanpa memandang ke arah ibunya. Tidak sabar dia menunggu hari esok tiba, dan melepaskan kerinduannya kepada suaminya. "Nia harap semua masalah akan berakhir diantara kita tak lama lagi. Sayang tunggu Nia tau." Ucap Tania sambil tersenyum gembira.

Puan Sonia memandang ke arah suaminya, Encik Eric. Mereka tersenyum melihat emosi Tania kembali ceria. "Sayang harap sangat yang Tania akan gembira lepas ni." Puan Sonia meluahkan kegusaran hatinya kepada suaminya. "Sayang pun begitu. Sayang nak yang terbaik buat Tania. Dia satu-satunya permata hati kita. Tak ada gantinya." Ujar Encik Eric memeluk bahu isterinya. "Esok flight pukul berapa?" Soal Puan Sonia kepada suaminya. "Esok pukul 2 petang. Sempat lagi kita nak beli sedikit buah tangan untuk besan kita kat Sarawak tu. Mereka pun dah tak sabar nak jumpa Nia." Balas Encik Eric memahami keinginan isterinya itu. Bukan boleh sangat kalau tak bawa buah tangan kat orang yang dia rapat. "Sayang pergilah mandi, kita pergi beli barang. Bawa Tania sekali." Sambungnya kembali. "Ok". Balas isterinya riang. Lalu berlari kecil masuk ke biliknya untuk mempersiapkan diri. "Anak dengan emak sama je perangai." Ujar Encik Eric sendirian. Tersenyum dia melihat keriangan di wajah isteri dan anaknya. Mereka lah harta terindah di dalam hidupnya. Tak akan pernah tergantikan.

EmosiWhere stories live. Discover now