13

10 0 0
                                    

Terkejut dengan bunyi pesanan masuk, dengan pantas Gabriel mencapai telefon bimbitnya, lalu membuka pesanan tersebut. "Tania balik esok. Flight pukul 2. I nak you jemput dia di airport. Nanti I hantar ni Tania kat you." Pesanan ringkas dari Patricia membuatkan mata Gabriel yang tadinya mengantuk kini segar semula. Tidak lama kemudian, satu lagi pesanan masuk, merupakan nombor Tania yang dikirim oleh Patricia. "Pantang di dalam hidup aku hancurkan rumahtangga orang. Tapi Tania bagi ku tersangat istimewa." Gabriel berbicara sendirian. Dia kembali teringat akan perbualannya bersama Patricia pada tengahari tadi di sebuah kedai makan.

"You tak nak tahu ke kenapa Tania lari pergi Sabah?" Setelah beberapa minit Patricia cuba untuk menarik kepercayaan Gabriel terhadapnya. "Lari? Bukan dia pergi ziarah saudara ke kat Sabah?" Jawab Gabriel kebingungan. "So, maksudnya korang ada berjumpa lah kat Sabah?" Patricia cuba untuk mengorek rahsia. Gabriel hanya mengangguk, air sirap merah yang hanya tinggal separuh itu, diteguk sedikit. "Saya terserempak je masa tengah jalan-jalan dekat Mall." Ujar Gabriel kemudiannya. "Hurmm.. sebenarnya Tania lari pergi Sabah, sebab dia dah nam cerai dengan husband dia." Patricia mula untuk memasukkan jarum. "Cerai? Seriously?" Soal Gabriel semula. Mukanya jelas terkejut dengan apa yang Patricia katakan. "Tapi, Tania sekarang tengah sarat, takkan lah mereka nak cerai." Sambung Gabriel membuatkan Patricia pula yang terkejut. "What?? Tania pregnant?" Hampir teriak Patricia mengulang kembali ayat Gabriel. "Yup." Balas Gabriel sambil mengangkat-ngangkat keningnya. Patricia hanya diam membisu memikirkan apa yang perlu dilakukannya lagi untuk memisahkan Lawrance dan Tania. "Haiishh.." Gabriel tiba-tiba pengeluh. "Kalau lah ditakdirkan jodoh saya dengan Tania. Memang tak akan pernah terlintas saya nak ceraikan dia. Suami dia membuang tuah betul lah." Ujar Gabriel seakan berbisik tetapi masih didengar oleh Patricia. Patricia mendapat satu idea, dia memandang ke arah Gabriel dan tersenyum gembira seperti rancangannya akan berjaya. "You serious ke suka dengan Tania?" Soal Patricia penuh muslihat. Gabriel membalas pandangan Patricia. "You nak apa sebenarnya?" Serius wajah Gabriel menanti jawapan dari Patricia. "I nak buat satu perjanjian dengan you. Kalau you boleh tolong I, I akan tolong you dapatkan Tania. Itu pun kalau you mau." Ujar Patricia dengan senyuman jahat. "Explain." Gabriel ingin mendapatkan penerangan yang lebih lanjut. "Well. I cintakan husband Tania, Lawrance, sebelum mereka kenal lagi. Sepatutnya I yang jadi isteri Lawrance, bukan Tania. Dan lepas mereka bercerai nanti, I nak hak I kembali, and you dapat hak you. Take it, or leave it?" Penuh perasaan dendam Patricia menerangkan kejadian sebenar kepada Gabriel. Gabriel hanya diam dan berfikir. "Awak yakin Tania dan Lawrance akan bercerai?" Soal Gabriel was-was. "Sebab itu I perlukan pertolongan you." Ujar Patricia. "And you merupakan punca kenapa Tania melarikan diri ke Sabah." Akhirnya Patricia membuka kisah sebenar antara Lawrance dan Tania. "What?!" Gabriel agak terperanjat. Kemudiannya, Patricia mencapai telefon bimbitnya, lalu memainkan video yang diambilnya suatu ketika dahulu. "I tak faham lah. Apa semua ni?" Ujar Gabriel masih tidak mengerti kenapa dia ada dalam video tersebut. "I yang ambik video ni, sebab I fikir Tania berlaku curang, dan hantar video ni kepada Lawrance. Seperti yang awak dapat teka, yes, mereka gaduh besar, dan Tania lari membawa diri. Mungkin Lawrance bertindak kasar, menyebabkan Tania lari. You nak ke orang yang you sayang disakiti seperti itu?" Patricia menambah cerita, supaya Gabriel bersetuju dengannya untuk menghancurkan hubungan Lawrance dan Tania. "Awak nak saya buat apa?" Soal Gabriel antara yakin dan tidak yakin dengan keputusannya. "Easy! I nak you buat Lawrance percaya yang you and Tania ada hubungan lebih dari seorang kawan. Ini demi Tania juga. You sanggup ke nak tengok Tania melahirkan anak tanpa bapa?" Semakin kuat Patricia menghasut fikiran Gabriel. "Tunggu i fikirkan dulu." Gabriel agak takut untuk membuat sesuatu keputusan yang terbesar dalam hidupnya. "Ok. Tapi fikirkan lah. Kalau mereka teruskan juga perkahwinan mereka, Tania yang akan bertambah derita. I'm warning you!" Patricia memberi peringatan kepada Gabriel, kemudian beredar dari kedai makan tersebut. Sebelum dia beredar, sempat Patricia meninggalkan nombor telefonnya, dan berharap agar Gabriel dapat mempertimbangkan lagi cadangannya sebentar tadi. Gabriel hanya memandang langkah kaki Patricia yang semakin jauh meninggalkannya. Apakah tindakkan yang seharusnya Gabriel lakukan?

"Tania." Selafaz nama meluncur dari mulut Gabriel. Walaupun mereka tidak pernah kenal rapat antara satu sama lain, tetapi firasat Gabriel kuat mengatakan bahawa Tania seorang gadis yang baik. Dia tidak dapat menerima andai gadis yang menjadi igauan mimpinya selama ini disakiti oleh suami yang tidak tahu menghargai kebaikan isterinya. "Aku harus buat sesuatu. Aku harus akhiri penderitaanmu." Ujar Gabriel akhirnya dengan penuh yakin. Pesanan yang dikirim oleh Patricia dibaca semula, dan Gabriel membalas pesanan tersebut sebelum dia menyambung tidurnya. Fikirannya masih tertanya-tanya, bagaimana penerimaan Tania terhadapnya nanti. Dan kemudiannya, Gabriel terlelap dalam tidurnya dengan fikiran yang penuh dengan tanda tanya.

Calvin sampai di rumahnya dengan selamat, sambil memapah tubuh sahabatnya itu masuk ke dalam rumah. Selepas membaringkan Lawrance di atas sofa di ruang tamu rumahnya, Calvin kemudiannya mencapai segelas air kosong, dan meneguknya dengan rakus. "Kalau hari-hari macam ni, boleh kurus aku." Kata Calvin sambil termengah-mengah. Selepas membersihkan gelas yang digunakannya tadi, Calvin masuk ke dalam biliknya lalu membersihkan diri sebelum melelapkan matanya yang sudah mengantuk benar. Selesai membersihkan diri, dan bersiap untuk tidur, Calvin mencapai satu selimut khas untuk tetamu, lalu dibawanya keluar ke ruang tamu di mana tempat Lawrance dibaringkannya sebentar tadi. Dia lalu menutup tubuh sahabatnya itu supaya tidak kedinginan. Calvin memandang ke arah Lawrance sambil berteka teki. "Apa yang Patricia buat dengan kau tadi hah?" Calvin berkata sendirian.

Semasa berada di club tadi, Calvin hanya berpura-pura mahu ke tandas apabila Patricia datang ke arah mereka, kerana dia tidak berminat mahu berbual dengan gadis yang penuh muslihat itu. Belumpun jauh kakinya melangkah, dia melihat Patricia memegang dan membuka telefon bimbit milik Lawrance tanpa meminta izin terlebih dahulu. Selepas beberapa saat, dia melihat Patricia meletakkan telefon bimbit itu semula, perasaannya mula tidak enak. Oleh itu, dia bergegas kembali ke meja mereka dan membawa Lawrance pergi dari situ. Sesampai mereka di kereta, dengan cepat Calvin mengeluarkan telefon bimbit Lawrance dan melihat apa yang telah dilakukan oleh Patricia, tetapi nasib Calvin tidak baik, dia tidak menemukan apa-apa yang pelik di dalam telefon tersebut. Sehingga kini Calvin masih tertanya-tanya, apa yang Patricia ingin lakukan. "Aku harus lebih memerhatikan kau Patricia. Dari dulu lagi perangai kau tak pernah berubah." Ujar Calvin sedikit emosi, kemudiannya berlalu ke biliknya untuk melelapkan matanya.

EmosiWhere stories live. Discover now