𝐅𝐚𝐥𝐥𝐢𝐧' 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 ᵗʷᵉˡᵛᵉ

331 45 31
                                    

|𝐆𝐄𝐓𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐎𝐑𝐒𝐓|





" mmph ! Mmph !!!!! "

" Diamlah , tunggu sampai bidadara pendosa tu datang baru aku lepaskan . "

Byul duduk menghadap Rayyan yang diikat pada tiang rumahnya . Tabletnya dicapai , beberapa tempahan baju yang baru dihantar oleh pekerjanya diperiksa .

Rayyan mendengus menyampah . Belum pernah dijumpa penculik aneh seperti Byul ! Biasanya diculik bawa ke gudang lama , ini siap dibawa ke rumah mewahnya dan diikat pada tiang simen .

Elok pula tu siapkan kerja depan mangsa yang dia culik . Hmphㅡ

Beberapa minit berlalu Rayyan mula bosan , dah alang-alang diculik ke rumah mewah macam ni hidanglah steak ke , beri tengok movie kat netflix pun boleh asalkan dia tak bosan macam ni !

" m-mph !? " Matanya membuntang memandang ke arah kepulan asap hitam yang tiba-tiba muncul di belakang sofa yang diduduki Byul .

Tidak dapat mengangkat tangan kerana diikat , kaki panjangnya diangkat menunjuk ke arah belakang Byul .

" Mmph !! "

Byul mengangkat wajahnya , Rayyan yang seakan melihat hantu itu dipandang . Dah kenapa budak ni ?

" Melinoe , apa budak ni buat kat sini ? " Byul menoleh , Bogum memandang tajam ke arah Rayyan membuatkan dia langsung terdiam dan menunduk .

Apa benda yang dia tengok sekarang ni ? Syaitan ke manusia !?








+ 🌻 +








" Vernon periksa cctv , Soonyoung tolong periksa keadaan Mijung . Demam dia tak kebah lagi aku risau , "

Vernon mengangguk , bingkas berlari menuju ke bilik kawalan . Soonyoung pula bergegas ke bilik Mijung bersama beg galasnya yang penuh dengan peralatan perubatan yang dia rembat dari hospital tempatnya bekerja .

" Soonyoung ! Tu termometer aku tu bukan kau lah woi !! "

" Aish Lee Jihoon ! Cikgu Sains jenis apa kau ni simpan barang merata !? Nah ambil balik halamak ! "

Wonwoo menggeleng , mengabaikan rakannya yang sudah kelam kabut berlebihan . Jadi dalam keadaan ini dia tak boleh ikut gelabah juga .

‘‘ Come here , yang kau cari ada di sini . Cepat , menyemak saja anak manusia ni  .’’

Keningnya bertaut , suara Bogum . Apa syaitan tu ada kaitan dengan kehilangan Rayyan yang sudah lebih 10 jam ni ?

" Jeon ! Rakaman cctv tuㅡ "

" J-jeon , bini kauㅡ "

Serentak mereka menoleh ke arah Soonyoung dan Vernon yang masing-masing gelabah memandang ke arah Wonwoo . Soonyoung mengetap bibirnya , tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perkara aneh yang baru saja dia nampak .

Vernon pula runsing . Jika disebut nama pelaku penyebab kehilangan Rayyan sekarang mungkin bakal menaikkan kemarahan Jeon Wonwoo .

" Kenapa dengan Mijung ? "

Annoying Neighbour p1+p2 | JWW [ C ]Where stories live. Discover now