Bab 1

2.9K 416 164
                                    

JANTUNG Mikayla seakan mahu meletup saat mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut Najwa

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

JANTUNG Mikayla seakan mahu meletup saat mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut Najwa. Dia geram dengan tindakan Najwa yang selamba membuat keputusan tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

"Ulang balik apa kau cakap tadi." Anak mata Mikayla kini mencerlung geram ke arah wajah sahabatnya itu.

"Aku cakap, aku dah bagitahu Nazril yang kau setuju join study group dengan kita orang," ulang Najwa tanpa sekelumit pun rasa bersalah.

"Bila masa aku setuju?" tanya Mikayla sambil berpeluk tubuh. Jelas riak tidak puas hati di wajahnya.

"Ala, please Kay..." rayu Najwa. Dia mengerdipkan matanya. Mukanya yang sedia comel itu dicomelkan lagi.

"Mengadalah kau ni! Dia bukan satu batch dengan kita pun," ujar Mikayla.

"Lagi satu, kau tu bukan nak belajar sangat pun. Tapi, sebenarnya nak dating kan?" usik Mikayla seraya tersengih nakal. Sebelah keningnya diangkat sambil mengerling ke arah raut wajah Najwa yang sudah berubah kemerahan.

"Mana ada! Aku memang nak belajarlah," nafi Najwa sambil menggeleng kepala.

"Yelah tu." Mikayla mencebik.

"Please, Kay. Kau tak nampak ke study group ni macam win-win situation. Kau dapat ilmu, aku dapat..."

"Dapat usha pakwe sendiri!" Laju Mikayla memintas ayat Najwa.

"Sudahlah, aku malas nak layan kau." Mikayla bingkas bangun meninggalkan Najwa yang terpinga-pinga di restoran sushi itu.

Setibanya di sebuah kedai coklat, kornea matanya mula melilau mencari coklat kegemarannya di rak. Senyuman yang terkulum di bibir mula mengendur tatkala menyedari coklat yang dicarinya hanya tinggal satu.

Apalah kedai ni, tak reti restock ke? Dah nak bankrap ke apa?

Sekotak Ferrero Rocher dicapai olehnya namun tanpa disedari ada tangan lain yang turut mahu mengambil coklat itu.

"Hey!" Mikayla separuh menjerit apabila tangannya disentuh tangan lelaki itu. Matanya tajam memandang lelaki berbaju putih di hadapannya.

"Hmm... sorry." Acuh tak acuh lelaki itu membalas. Kotak berisi coklat yang sudah berada di atas lantai dikutip.

"Excuse me, that's mine." Lurus jari Mikayla menunding ke arah Ferrero Rocher yang berada di pegangan jejaka itu.

"Iya ke? Apa nama kau eh? Meh aku cari nama kau kat sini." Lelaki berseluar biru denim itu membelek-belek kotak coklat di pegangannya.

Mikayla mengetap bibirnya. Geram dengan setiap patah kata sinis yang menyapa halwa telinganya.

"Memanglah tak ada sebab aku tak tulis lagi," balas Mikayla sambil berpeluk tubuh.

"Kalau macam tu ni bukan kau punya lah. Coklat ni aku punya." Pemuda itu tersenyum meleret.

"Sejak bila pula?" Sakit pula hati Mikayla mendengar omongan lelaki tersebut.

"Sejak tadi." Lelaki itu membalas bersahaja.

"Ah, ni tak adil! Tunjukkan rakaman CCTV sebagai bukti," bantah Mikayla sekeras-kerasnya.

"Fine. Rakaman CCTV ya? Jom jumpa..."

Ayat itu serta-merta terhenti tatkala Mikayla pantas menyambar kotak berisi coklat dari pegangannya lalu berlari ke arah kaunter.

"Woi perempuan!" jerit lelaki itu kuat. Api kemarahan mula membakar dinding hatinya, lebih-lebih lagi apabila Mikayla menjelir lidah ke arahnya sebelum berlalu pergi.

KELAM-kabut Mikayla berlari menuju ke pintu pagar sekolah

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

KELAM-kabut Mikayla berlari menuju ke pintu pagar sekolah. Kepala yang tidak gatal digaru mengenangkan kemarahan yang bakal terpancar di raut wajah cikgu disiplinnya. Jam berwarna hitam di pergelangan tangan dikerling.

7.55 a.m.

Mikayla pantas menuju ke pintu pagar B. Di sini lebih selamat. Pengawas bertugas tidak berkawal seperti di pintu pagar bahagian hadapan. Pintu pagar itu cuba dibuka namun gagal. Berkunci.

Ah, panjat jelah!

Namun, niatnya terbantut ketika terpandang pakaian yang tersarung di tubuhnya. Takkan nak panjat pagar dengan pakai baju kurung sekolah?

Mikayla menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mula mengatur langkah menuju ke pintu pagar utama. Hidup kena selamba!

Senyuman terkulum di bibir merah jambunya apabila terlihat pengawas lelaki yang sedang berdiri di sebelah pondok pengawal. Acting time!

"Kay? Kenapa lambat sangat ni?" tegur Aydan. Dia baru sahaja ingin menutup pagar dan mahu beredar ke kelasnya. Jam tangan ditilik. Lagi lima minit sahaja lagi sebelum jarum jam menunjukkan pukul lapan pagi.

Wajah Aydan ditatap simpati. Mikayla berpura-pura batuk sambil melemparkan pandangan sayu terhadap Aydan.

"Awak okey tak ni?" Risau Aydan melihat keadaan Mikayla. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mengurut perlahan belakang badan Mikayla hingga batuk gadis itu reda.

"Saya okey. Cuma batuk dengan selesema je. Saya lambat ni mesti sebab kesan ubat batuk yang saya minum malam tadi." Mikayla sengaja mereka cerita, cuba menagih simpati.

"Awak nak pergi bilik rawatan tak? Saya boleh hantarkan." Jelas kerisauan di wajah Aydan. Dia turut rasa bebannya melihat gadis yang diminati dalam diam ini menahan sakit.

"Tak payahlah. Saya okey," tolak Mikayla.

"Betul ni?"

"Iya." Mikayla sekadar mengangguk sambil menatap wajah runsing Aydan.

"Okeylah, hari ini saya lepaskan awak. Nanti kalau tak larat sangat pergi rehat di bilik rawatan tau," pesan Aydan, prihatin. Dia takut sekiranya berlaku perkara tak diingini kepada Mikayla.

"Thank you, baby!" ucap Mikayla, manja. Senyuman manis terukir di bibirnya.

"My pleasure, baby!" balas Aydan. Bersinar-sinar matanya melihat senyuman Mikayla yang sentiasa menyejukkan hatinya.

Elok sahaja kaki Mikayla ingin melangkah melepasi pondok pengawal, suara seorang lelaki menerjah gegendang telinganya. Langkah kakinya terbejat.

"Eh, tunggulah dulu! Tak kan dah nak blah kot? Belum habis satu episod lagi drama kau orang ni. Popcorn pun tak sempat makan lagi ni." Sinis katanya.

Mikayla terus menoleh ke belakang. Terlopong dia saat melihat lelaki berbaju sekolah biru di hadapannya. Pengawas yang bertanda nama Adam Wafiy itu mengukir senyuman sinis.

Lelaki ini... kenapa dia ada di sini?

"Err... Wafiy." Aydan cuak.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora