Bab 19

1K 211 113
                                    

TERKEBIL-KEBIL mata Mikayla, seakan tidak percaya apa yang sudah terjadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERKEBIL-KEBIL mata Mikayla, seakan tidak percaya apa yang sudah terjadi. Peristiwa yang berlaku tadi mula menerjah kembali ruang mindanya.

"Mikayla, inilah Wafiy. Anak Mak Cik Wahida." Nek Pah berkata sebaik sahaja kelibat Wafiy kelihatan di ruang tamu.

Berubah riak wajah Wafiy melihat gadis yang berada di hadapannya itu. Begitu juga Mikayla. Mereka saling beradu pandangan dan akhirnya anak mata redup Wafiy menundukkan pandangannya.

"Wafiy ada rancang nak pergi mana-mana ke harini?" soal Nek Pah tiba-tiba. Balang berisi biskut semperit disuakan kepada Wafiy yang duduk sopan di sebelah ibunya.

"Emm, saya cadang nak pergi beraya dekat rumah Mak Lang petang ni." Wafiy menjawab sopan, lagak calon menantu mithali gayanya.

"Baguslah, boleh ajak si Mikayla ni sekali. Daripada terperap dalam bilik mengadap benda petak tu, baik keluar ambik angin. Kenal sikit dengan orang kampung ni."

Tersedak Mikayla mendengar ayat yang keluar dari mulut Nek Pah. Biar betul nenek ni?

"Boleh je. Wafiy pun tak kisah kan?" sampuk Wahida pula.

Pin! Pin!

Bunyi hon menyentakkan lamunan Mikayla yang sedang duduk bersendirian di pangkin. Wafiy sudah berdiri di halaman rumah bersama dengan sebuah motosikal di sisinya.

"Wafiy, bawak motor tu elok-elok. Jangan macam-macam Wafiy, tak cukup tanah kamu lari nanti," laung Nek Pah dari jendela rumah.

"Baik Nek Pah," sahut Wafiy.

"Kau nak buat apa tu?" soal Wafiy apabila pandangannya beralih ke arah Mikayla yang terkial-kial mahu naik ke atas tempat duduk motosikal.

"Nak naik lah."

"Dah tu, kau nak bonceng dekat belakang?" Wafiy menyoal sambil berpeluk tubuh.

"Yelah, kenapa?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Habis tu, kalau kau terpeluk aku macam mana?"

Erk!

"Kau duduk je dalam tu." Jari telunjuk Wafiy terarah ke sisi motosikal itu.

Baru Mikayla perasan, itu sebenarnya motosikal roda tiga. Dan Wafiy suruh dia duduk dalam tu? Sadis.

"Nah, helmet."

Wafiy menggelengkan kepala melihat Mikayla yang terkial-kial memakai topi keledar tersebut. Budak ini tak pernah naik motor ke apa?

"Eyy kau ni. Bak sini helmet tu."

Mikayla mendongak memandang wajah bersih milik Wafiy. Dia nak pakaikan aku helmet itu ke? Aww, so sweet!

"Helmet ni kau tak payah pakailah. Kau kan degil, mesti kepala keras macam batu kan." Selamba Wafiy mengutuk Mikayla.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now