Bab 23

1K 215 88
                                    

KERETA BMW 7 Series yang memecut laju meninggalkan rumah itu diintai sepi dari jendela

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

KERETA BMW 7 Series yang memecut laju meninggalkan rumah itu diintai sepi dari jendela. Maria menghela nafasnya perlahan mengenangkan pergaduhan yang berlaku antara dia dan Zafran sebentar tadi.

Sebaik sahaja Maria menoleh ke kanan, kornea matanya tertancap pada sebuah bingkai foto yang terletak di hujung katil. Foto itu dicapai sebelum tubuhnya melorot di tepi katil. Kolam air mata yang baru kering mula melimpah kembali.

"Mama... Maria rindu mama," bisiknya dalam tangis sambil mengusap sayu gambar ibunya. Setitis demi setitis air mata menitik di permukaan bingkai itu.

"Maria berdosa, Maria lawan cakap mama. Mama... Maria nak jumpa mama. Maria nak cium tangan mama, Maria nak kucup dahi mama. Ampunkan dosa Maria, mama..." Maria merintih sambil memeluk erat bingkai foto itu. Terhinggut-hinggut bahunya melepaskan tangis.

Dadanya terasa sesak tatkala rasa sedih tak henti-henti menusuk relung hatinya. Lebih-lebih lagi apabila memori silam mula terlayar di kotak fikirannya.

"No! Mama tak izinkan!" Suara kuat Dr. Hasnah mula bergema kuat memenuhi rumah itu. Pandangan tajam dihalakan ke arah anak perempuannya.

"Mama, Zafran dah janji dengan Maria, dia nak jaga Maria..."

"You're still young, Maria!" Dr. Hasnah memintas tegas. Dia sebenarnya sudah ada rancangan untuk mengatur masa hadapan Maria.

"Mama, please... Maria dah jumpa ayah, ayah pun dah bagi restu." Maria memujuk seraya memandang wajah ibunya dengan penuh mengharap.

"Kau jumpa dia? Hei, berapa kali aku nak cakap jangan jumpa ayah kau tu! Dia tu tak guna!" Dr. Hasnah menempik kuat lalu menunjal kepala anaknya berang. Pantang sungguh dia kalau anaknya berjumpa dengan bekas suaminya. Api dendamnya masih belum padam.

"Maria, kau dengar sini baik-baik, aku tak akan sesekali bagi restu pada kau! Jangan mimpi kau nak kahwin dengan jantan tu! Kau faham tak!" pekik Dr. Hasnah kuat. Wajah sedih Maria tidak dipedulikan. Hatinya mula dirasuk kemarahan tatkala mengingatkan bekas suaminya.

"Betullah, ayah lagi sayang Maria daripada mama. Mama sikit pun tak kisahkan perasaan Maria! Mama tak habis-habis nak kongkong hidup Maria," luah Maria sayu sambil mengesat air matanya. Sungguh, dia tidak tahan dengan sikap mamanya yang suka mengatur hidupnya. Jiwanya sakit lebih-lebih lagi apabila dia dipisahkan dengan ayah kandungnya.

"Oh, kau dah pandai melawan cakap aku sekarang? Kalau aku tahu perangai kau tak guna macam ni, dah lama aku humban kau ke longkang!" pekik Dr. Hasnah kuat hingga menggigil badannya dek rasa kemarahan yang menjulang hebat. Sakit hatinya apabila Maria mula membandingkan dirinya dengan bekas suaminya. Wajah anaknya dipandang benci sebelum dia berlalu dari situ.

Hancur hati Maria mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut ibunya. Sampai begitu sekali kebenciannya terhadap Maria. Teresak-esak Maria menangis tatkala Dr. Hasnah melemparkan beg berisi pakaian miliknya ke luar rumah.

"Kau dah rasa diri kau hebat sangat kan? Pintu rumah ni dah terbuka luas untuk kau! Kau berambus, pergi sejauhnya dengan jantan tu! Macam mana kau melangkah keluar dari rumah ni, macam itulah keluarnya kau dari hati aku. Jangankan restu, sepotong doa pun aku tak akan beri pada kau, Maria!"

Bunyi ketukan pintu mematikan lamunan panjang Maria. Tatkala pintu terkuak, wajah Zafran muncul di muka pintu.

"Maria, kenapa ni?" Zafran bertanya risau. Maria yang teresak-esak menangis dibawa ke dalam pelukan.

"Zaf, I rindu mama..." luah Maria syahdu di dalam dakapan erat Zafran. Air mata masih tidak henti-henti membasahi pipinya.

"Nanti I bawa you jumpa mama," pujuk Zafran lembut selepas pelukan dileraikan. Rambut ikal mayang isterinya diusap dengan penuh kasih. Mata Maria yang sudah berkaca ditatap sayang.

"Mama dah buang I, Zaf. Dia benci I, dia tak anggap I ni anak dia lagi." Maria berkata perlahan dengan suara tersedu-sedu.

"Zaf, tolong jangan tinggalkan I. I nak ada selalu ada di sisi you. I dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni, Zafran," sambung Maria sambil menggenggam erat tangan Zafran.

Zafran hanya mampu mengusap belakang Maria untuk meredakan tangisan isterinya. Air mata yang bergenang di tubir mata Maria di kesat perlahan dengan jari. Sungguh, tangisan Maria meluluhkan sekeping hatinya.

BIBIR diketap sambil tubuhnya disandarkan ke dinding

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

BIBIR diketap sambil tubuhnya disandarkan ke dinding. Kertas ujian matematik di pegangannya dipandang kosong dengan pandangan berkaca.

"C is not enough, Mikayla! Get an A so you can make me proud."

Itu kata-kata yang dilemparkan oleh mamanya sebelum dia ditinggalkan keseorangan di rumah. Sungguh, rasa kecewa yang menusuk ke dalam relung hati membuatkan Mikayla tersandar sendiri dalam kesedihan.

"Kenapa tak ada siapa nak faham aku?" Mikayla berkata sendiri sambil memeluk lututnya. Tangisan dihamburkan sepuasnya di penjuru bilik tidurnya. Kertas ujian di pegangannya dilempar sambil menangis teresak-esak.

Sungguh, Mikayla kecewa kerana merasakan tiada siapa yang menghargai usahanya. Dia cuba bersungguh-sungguh untuk menaikkan prestasinya. Dia sudah cuba sedaya-upaya untuk membanggakan mamanya dengan pencapaian akademiknya.

Dada Mikayla turun naik melepaskan tangis. Sesekali, dia menekup kedua belah telinganya apabila suara jeritan dan pekikan bagai terngiang-ngiang di telinganya. Kepalanya digeleng-gelengkan apabila pergaduhan antara mama dan papanya bagai terbayang di ruang mata.

"Kenapa hidup aku macam ni? Kenapa aku tak bahagia macam orang lain?" luah Mikayla seraya menangis tersedu-sedan.

Tatkala tangisannya mula reda, pandangannya kini melorot jatuh pada pisau lipat yang terletak di atas meja. Pisau lipat itu direnung lama dengan perasaan yang berkecamuk.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें