Bab 29

1K 177 172
                                    

*sila pasang lagu yang sedih meruntun jiwa untuk menjiwai bab ini. Terima kasih.*

PINTU bilik disiplin ditutup sebelum dia menyarungkan kasut sekolah berwarna hitam di kakinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU bilik disiplin ditutup sebelum dia menyarungkan kasut sekolah berwarna hitam di kakinya. Setiap langkah disusun lemah bersama perasaan yang bercampur-baur.

Saat kakinya melangkah keluar dari pagar sekolah, angin mula bertiup kencang menerbangkan air hujan yang membasahi bumi. Namun, Mikayla tidak berganjak malah makin laju dia melangkah. Beberapa pasang mata yang memandangnya pelik tidak dipedulikan.

Mikayla memeluk tubuhnya apabila udara dingin menggigit tulangnya sehingga dia menggigil kesejukan. Saat itu juga, terngiang-ngiang fitnah yang telah dilemparkan oleh Kelly terhadapnya.

"Buat apa aku nak lepak dengan si Mikayla tu? Aku dah serik weh. Kalau kau nak tahu, dia tu kaki clubbing. Tiap-tiap malam dia heret aku sekali. Demi kawan kan, aku ikut jelah. Tapi bila aku tahu perangai sebenar dia, aku dah tak tahan. Turn off terus."

"Aku kawan dengan dia pun, bukan sebab apa. Dia selalu belanja aku, bagi aku duit. Anak orang kaya, kan?"

Kala titisan hujan turun selebat-selebatnya, ada sekeping hati yang sedang menangis. Air matanya mengalir dari matanya yang sudah tenat menanggung kesedihan yang terkumpul.

Apa salah dia? Mengapa Kelly sanggup memperlakukan dia sedemikian rupa? Benarlah kata Najwa, dia buta. Buta untuk memilih antara kaca dan permata. Kini, 'kaca' itu sendiri telah menikam lumat hatinya hingga lukanya tertoreh dalam.

"Mungkin ini pengakhiran kita Zaf. Penceraian. Kenapa perlu terus menyeksa diri untuk kekal bersama kalau hati kita sudah tak sehaluan?"

Mikayla menekup kedua-dua belah telinganya apabila suara mamanya terngiang-ngiang di corong telinga. Dia menggeleng kepalanya bersama air mata yang mengalir deras di pipi.

Kenapa perlu adanya penceraian sedangkan jiwa seorang anak masih dahagakan kasih sayang dari ibu bapanya? Untuk apa memiliki harta yang menggunung tinggi sedangkan jiwa ketandusan walau secebis kasih sayang?

"Mikayla..."

Suara lembut itu menyapa pendengarannya hingga membuatkan langkah Mikayla terbejat. Tatkala Mikayla menoleh, satu senyuman terukir di bibir si dia.

Entah kenapa, senyuman itu bisa menerangi jiwanya yang suram walau seketika cuma. Mutiara jernih kembali menitis di sebalik deraian air hujan yang membasahi dirinya.

Mikayla terkedu tatkala Wafiy pantas memayungi dirinya yang sudah basah kuyup. Dia dapat merasakan panahan mata Wafiy menusuk anak mata hazel miliknya yang berkaca.

"Kau kuat, Kay. Menangis bukan bererti kau lemah. Jadikan setiap titisan air mata kau pembakar semangat untuk terus tabah. Selagi mana hujan mampu melindungi air mata kau, menangislah. Aku ada, Kay."

Makin luluh hati Mikayla saat ayat itu menusuk gegendang telinganya. Mikayla terpukul bisu dalam keperitan yang mencengkam hebat. Setiap langkah kini diiringi dengan titisan air mata.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now