Bab 16

1.1K 243 44
                                    

CERAMAH sempena dengan bulan Ramadhan yang sudah menjelma bakal dimulakan sebentar lagi

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

CERAMAH sempena dengan bulan Ramadhan yang sudah menjelma bakal dimulakan sebentar lagi. Para pelajar sudah berkumpul di dalam dewan mengikut barisan kelas masing-masing sambil menunggu ketibaan penceramah jemputan.

Kornea mata Nazril kini tertancap pada figura seorang gadis comel yang sedang duduk menyandar di dinding. Sesekali tangan gadis itu sibuk membetulkan awning tudung putih yang tersarung kemas menutup auratnya.

Najwa.

Nama itu meniti perlahan di bibirnya. Mengenangkan persahabatan mereka yang kian renggang bagai retak menanti belah, Nazril mengeluh sendiri.

Dia rindukan senyuman dan gelak tawa dari seorang Najwa, yang selalu mengindahkan hari-harinya. Dia rindu untuk melihat pipi putih Najwa berubah kemerahan apabila diusik Mikayla. Dia tersinggung dengan sikap Najwa yang semakin dingin dengannya saban hari.

Nazril sudah penat mengejar bayangan Najwa yang makin sukar digapai. Makin hari, mereka makin jauh. Tak kan begini pengakhirannya? Hanya kerana cakap orang, persahabatan mereka tergadai.

"Bro, bulan puasa ni tak elok tengok anak dara orang lama-lama." Suara Wafiy tiba-tiba menerjah gegendang telinga Nazril.

"Mana ada aku tengok anak dara orang," nafi Nazril sambil menggosok belakang lehernya. Anak mata dilarikan ke tempat lain. Mukanya sudah merah, malu ditegur sebegitu.

Wafiy menepuk bahu Nazril. Dia faham apa yang Nazril tempuhi. Bagi Wafiy, Najwa terlalu sensitif hingga tak dapat berfikir secara rasional. Annur tak ada hak nak halang persahabatan antara Najwa dan Nazril.

Susah juga bila ada toxic ni.

TIGA orang gadis terhendap-hendap menuju ke kelas 4 Tekun

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

TIGA orang gadis terhendap-hendap menuju ke kelas 4 Tekun. Kepala ditundukkan semasa berjalan berdekatan dengan koridor.

"Mana muffin kau, Dee? Aku lapar ni." Mikayla sudah bergerak ke hadapan mengatasi langkah Najwa dan Deena.

"Eyy, kerja gila ni. Kalau kena tangkap macam mana?" Najwa sudah risau. Mukanya berkerut memikirkan risiko yang perlu diambil untuk membuat kerja segila ini. Saat itu juga, mindanya mula memutarkan kejadian yang berlaku tadi.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Kde žijí příběhy. Začni objevovat