Bab 22

1K 208 125
                                    

ZAFRAN hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah Mikayla yang berlari di pusat membeli belah itu persis anak kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAFRAN hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah Mikayla yang berlari di pusat membeli belah itu persis anak kecil. Hampir satu jam mereka berada di situ. Satu demi satu kedai dimasuki. Lenguh tangan Zafran menjinjit beg plastik di kedua belah tangannya.

"Pandai you didik anak eh. Sampai macam ni sekali dia buli I," seloroh Zafran sambil mengerling ke arah Maria yang leka membelek kasut.

"You sendiri yang kata nak belanja dia apa-apa yang dia nak hari ni kan? Padan lah muka." Maria tersengih.

"Pa, lepas ni kita singgah KFC boleh? Lepas tu kita pergi mall lain boleh?"

"Boleh." Zafran sekadar menurut permintaan anak tunggalnya. Mungkin ini dapat menebus masa yang sepatutnya diluangkan bersama Mikayla.

"I nak pergi toilet jap," ujar Zafran sambil menyerahkan beg di genggamannya kepada Maria.

"Jangan nak lari eh. I tak bawa cash banyak," gurau Maria sambil tersenyum. Sejuk hati Zafran melihat senyuman yang terukir di bibir Maria.

"Okey, I tak janji," sakat Zafran sebelum pergi dari situ. Dia hanya ketawa kecil melihat wajah Maria yang berubah masam.

Sebaik sahaja Zafran pulang dari tandas lelaki, dia mula mencari kelibat Maria dan Mikayla di kedai kasut yang mereka masuk sebentar tadi. Belum sempat kakinya melangkah ke kedai lain, pergerakannya terhenti apabila dia ditegur seseorang.

"Hey baby, miss me?"

"Sakitlah Zaf!" Wanda merungut apabila Zafran menariknya dari situ dengan kasar. Zafran yang sudah mencerlung memandangnya dipandang acuh tak acuh.

"You stalk I?" Zafran menuding jari ke arah Wanda sambil mengetap bibirnya menahan marah. Sungguh, dia sudah penat dengan sikap Wanda yang masih tidak berhenti mengejarnya.

"No, I'm not. Mungkin kita memang selalu dipertemukan macam ni. Orang kata kalau selalu terserempak ni ada jodoh." Wanda berkata manja sambil meraih tangan Zafran.

"Nonsense!" Zafran merentap kasar tangannya dari pegangan Wanda. Wajah selamba Wanda ditatap berang.

"Oh, come on Zaf, I know you miss me." Wanda menatap wajah Zafran dengan pandangan manja.

"Yes, I miss you."

Melebar senyuman Wanda mendengar ayat yang meluncur keluar dari bibir Zafran. Berbunga-bunga hatinya, dia dapat merasakan peluang untuk dia bersama dengan Zafran makin cerah.

"I miss the old you. You dah lain, Wanda. Wanda yang I kenal dulu bukan macam ni," bisik Zafran perlahan membuatkan wajah Wanda sudah berubah.

Sebaik sahaja Zafran menoleh ke belakang, Maria sudah berada di belakangnya. Wajah Maria sudah merah padam menahan marah. Pantas Zafran mengejar langkah Maria yang kian menjauh.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now