Bab 18

1K 211 95
                                    

SATU hari dihari rayaKu lihat cahaya bersinar indahLangit cemerlang tak terkiraTanda kuasa yang Maha EsaMemberi nikmat pada manusia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SATU hari dihari raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari dihari raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku cuba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada Yang Esa

Satu hari dihari raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadanya

Satu hari dihari raya
Kulihat wajah suci ibuku
Kulihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Lagu-lagu raya masih kedengaran di corong-corong radio biarpun bulan Syawal kini sudah memasuki hari ketiga.

"Kay! Cepat sikit siap tu! Lambat nenek tinggal," laung Nek Pah kuat, cuba mengatasi bunyi radio yang berkumandang.

"Ye nek!" Mikayla menyahut ringkas sambil membetulkan rambutnya kemudian mengatur langkah keluar dari biliknya.

"Dah siap? Habis kepala tu tak nak tutup? Biar je semua orang tengok?" tegur Nek Pah lalu menggeleng kepala melihat penampilan cucu tunggalnya.

Mikayla sempat mencebik sebelum berlari ke dalam bilik mamanya. Tudung jenis shawl berwarna hitam diambil lalu dipakai ala kadar. Lebihan kain di bahagian hadapan dilempar ke belakang leher.

"Ya Allah, cuba pakai tudung tu elok-elok sikit!"

"Apa yang tak eloknya? Kay tengok ramai je perempuan pakai tudung macam ni." Mikayla menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Janganlah ikut yang tak betul. Tudung ni, sepatutnya dilabuhkan, jangan pakai tudung atas dada," nasihat Nek Pah sambil membetulkan tudung cucunya.

"Dah jom! Mama kamu tu sampai boleh pergi beraya ke rumah lain. Lambat benar nak siap, mengalahkan pengantin," bebel Nek Pah sambil menutup lebihan makanan di atas meja dengan tudung saji.

"Eleh, nenek tu sebenarnya tak sabar nak beraya dekat rumah Tok Mat kan? Maklumlah dia kan duda, masyuk pula tu." Selamba Mikayla mengusik neneknya.

"Sakit nek, sakit!" Mikayla menjerit apabila bahunya dicubit oleh Nek Pah. Bisa betul.

"Assalamualaikum..." Belum sempat Nek Pah membalas, kedengaran satu suara memberi salam dari luar rumah.

"Waalaikumussalam, Kay pergi buat air," arah Nek Pah sebelum berlalu ke ruang tamu.

Mikayla sekadar mengangguk lalu menyusun langkah menuju ke dapur. Kordial berperisa dikeluarkan dari kabinet. Saat itu juga, matanya tertancap pada sebuah balang berisi serbuk kopi.

Mahu buat air oren ataupun kopi?

Tapi... berapa sudu gula perlu ditaruh dalam satu jag kopi?

Akhirnya, balang kopi dipegangnya diletakkan kembali ke tempat asal. Dia mengambil jag kaca dari kabinet lalu menuang kordial berperisa oren bersama air suam ke dalam jag tersebut.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now