Bab 27

1K 184 164
                                    

"KAY, kenapa kau tak bagitahu aku?" terjah Najwa secara tiba-tiba sebaik sahaja dia memasuki kelas 4 Setia pada pagi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAY, kenapa kau tak bagitahu aku?" terjah Najwa secara tiba-tiba sebaik sahaja dia memasuki kelas 4 Setia pada pagi itu. Pandangan dihala ke arah Mikayla yang sedang duduk bersendirian di sudut bacaan kelas.

"Bagitahu apa?" Mikayla mula bangun dari duduknya. Pandangan ditebarkan ke arah Najwa yang sedang meletakkan beg sekolah di kerusi.

Najwa tidak menjawab namun tangannya mula berjalan merapati Mikayla. Pergelangan tangan Mikayla diraih sebelum lengan baju kurung sekolah itu diselak. Jelas kesan torehan di lengan Mikayla.

"Aku dah agak," gumam Najwa sambil mengerling wajah Mikayla. Melihat kesan torehan di lengan Mikayla, Najwa seakan dapat merasakan pedihnya apabila mata pisau terbenam ke dalam kulit. Bagai terbayang di fikirannya titisan darah yang merembes keluar dari luka tersebut. Seriau.

"Kenapa kau buat macam ini? Kau tahu kan, apa yang kau buat ni salah. Haram hukumnya," tegur Najwa. Dia tidak mengerti, mengapa perlu menoreh tangan saat diri diulit duka? Kepuasan itu hanya dapat dirasakan sementara bahkan kesedihan itu tak akan dapat hilang selamanya dengan cara tersebut.

Melihat Mikayla yang hanya mendiamkan diri, Najwa bersuara lagi, "Kau tahu tak, aku rasa aku kawan yang teruk. Aku dengar apa yang jadi malam itu dari Wafiy, bukan dari mulut kau sendiri. Aku ingat, kau akan luahkan masalah kau bila kau dah sedia. Tapi..."

"Wa... kau tak teruk. Aku yang salah, Wa. Aku minta maaf, kalau aku dah buat kau risau. Aku dah okey sekarang," tutur Mikayla lalu menyimpul senyuman. Sungguh, dia merasa lebih tenang sekarang. Pintanya, biar ketenangan ini kekal di jiwanya, agar dia tidak terseksa lagi.

"Janji dengan aku, jangan toreh tangan lagi. Kalau kau sedih macam mana sekalipun, jangan terfikir nak buat benda bodoh. Faham?"

Kata-kata Najwa dibalas dengan anggukan kecil. Matanya difokuskan ke wajah Najwa. Sedar akan silapnya, memang patut dia kena tahan telinga mendengar bebelan Najwa yang panjang lebar. Lagipun, apa yang Najwa kata ada betulnya. Itu demi kebaikan dirinya juga.

"Aku bukan apa Kay, aku tak nak kau tersilap langkah. Walaupun sampai sekarang kau tak luah lagi masalah kau sebenarnya, aku tak kisah. Dan aku tak nak paksa kau. Kalau memendam itu pilihan kau, aku terima." Tangan sahabatnya digenggam erat seolah-olah menyalurkan kekuatan buat Mikayla.

"Kalau kau rasa kau nak luahkan pada aku, aku sedia jadi tempat sandaran kau. Aku rela jadi tiang untuk kau berpaut, asalkan kau tak terus terhumban dalam kesedihan. Semua orang sayang kau, Kay..." sambung Najwa lagi. Bibirnya menguntum senyuman manis sambil menatap anak mata Mikayla yang sudah berkaca.

Rasa sebak mula menusuk relung hatinya tatkala bicara luhur Najwa menyapa telinganya. Wajah Najwa ditatap sayu sebelum dia mendakap erat tubuh sahabatnya.

Najwa turut membalas pelukan Mikayla. Air mata juga sudah menitik di pipinya saat itu. Sungguh, dia tak sanggup kehilangan Mikayla. Moga wujud kekuatan untuk Mikayla mengharungi masalahnya.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now