Bab 21

1K 223 120
                                    

SEKUJUR tubuh yang berbaring di atas sofa berbentuk L itu dipandang dengan rasa yang bercampur-baur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEKUJUR tubuh yang berbaring di atas sofa berbentuk L itu dipandang dengan rasa yang bercampur-baur. Maria memejamkan matanya lalu menghela nafasnya perlahan sebelum menutup rapat pintu rumah mereka.

"Kay, pergi naik atas," arah Maria.

Mikayla hanya mengangguk sebelum dia mendaki anak-anak tangga menuju ke bilik tidurnya.

"Mesti seronok kan? Kerja sama-sama, balik sini pun sama-sama. So sweet." Maria berkata sinis sambil memandang ke arah suaminya. Hatinya benar-benar sakit kala ini.

"Maria... please don't start it again." Zafran mengeluh sambil matanya dipejam rapat.

"You tahu tak berapa lama I tunggu you? I sanggup tinggalkan kerja I sebab you, Zaf. End up, you balik dengan dia. Tak puas lagi ke hadap muka dia dekat sana? Atau you dah bosan hadap muka I?" luah Maria bertalu-talu.

"Are you jealous?" Zafran bertanya tenang. Dia masih lagi terbaring di atas sofa. Rasa penatnya masih belum hilang.

"No, I'm not. I cuma tak nak orang pandang serong pada I bila dia orang tahu I ada suami curang macam you."

Serta-merta Zafran bangun dari baringnya. Ayat Maria padanya begitu melampau hingga mencabar dirinya sebagai seorang suami. Pandangan tajam dihalakan ke arah Maria.

"Can you just stop? Berapa kali I nak cakap, Wanda dengan I tak ada apa-apa. Kenapa perlu besarkan perkara ni?" Suara Zafran sudah meninggi. Tubuhnya mula menggigil menahan marah.

"You sikit pun tak nak hargai effort I kan, Zaf?" Suara Maria mula mengendur. Rasa pedih menusuk relung hatinya apabila Zafran sanggup meninggikan suara terhadapnya.

"Effort huh? I cuma nampak sikap you yang cemburu buta. Yang you nak insecure sangat ni kenapa? You langsung tak hormat I, Maria! Macam-macam you tuduh I. You langsung tak fikir perasaan I! You sibuk dengan kerja you, kalau boleh satu saat pun you tak nak luangkan untuk I!" Turun naik dada Zafran melampiaskan kemarahannya. Wajah isterinya ditatap dengan perasaan yang berkecamuk. Nada suara Zafran makin meninggi, tahap kesabarannya sudah menjunam turun.

"How about you? Suluh diri you dekat cermin sebelum nak kata I bukan-bukan, Zaf! Kalau you bagus sangat, kenapa you tak nak tinggalkan kerja you? You tu yang ego! You're selfish! Semua kesalahan you nak letak di bahu I! Apa you tu dah cukup sempurna?" Suara Maria sudah naik seoktaf. Hilang hormatnya terhadap Zafran sedangkan syurganya terletak di bawah telapak kaki suaminya.

Pedulikan. Yang Maria tahu, dia sudah penat memendam. Zafran harus sedar bukan dia seorang sahaja yang terseksa, Maria juga sudah tidak betah berada dalam kesengsaraan ini. Bagi Maria, hubungan mereka sudah seperti retak menanti belah, hanya lafaz talak mampu meleraikan segalanya.

"I dah tak nampak kebahagiaan dalam rumah ni, Zaf. You sendiri pun dah tak ada perasaan pada I lagi kan? Semuanya dah mati! Hubungan kita makin lama makin pudar and it's your fault! And you..."

"Enough!" tengking Zafran kuat sekali gus mematikan bicara Maria. Mereka saling berpandangan seketika bersama perasaan yang sukar ditafsirkan. Ada rasa yang terpendam jauh di sudut hati, namun masing-masing ego untuk meluahkannya.

"Zafran! You nak pergi mana?" jerit Maria apabila melihat Zafran sudah menghidupkan enjin keretanya. Sakit hatinya apabila Zafran langsung tidak mempedulikan jeritannya.

"Zafran!" Maria hanya mampu memandang sepi kereta BMW 7 Series memecut meninggalkan rumah teres 3 tingkat itu.

"Zafran!" Maria hanya mampu memandang sepi kereta BMW 7 Series memecut meninggalkan rumah teres 3 tingkat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELUHAN berat terzahir dari mulut Zafran. Sesekali dia meramas kasar rambutnya. Cermin yang tergantung di hadapannya direnung lama. Habis berterabur barang mandinya akibat kemarahan yang semakin membara di jiwa.

Wajah Maria mula berlegar di dalam fikirannya. Zafran meraup wajahnya. Sungguh, Zafran kecewa dengan apa yang berlaku tengahari tadi. Itu bukan kali pertama mereka bertengkar.

Dia kesal dengan sikap Maria yang menuduhnya tanpa usul periksa. Begitu sukar Maria hendak meletakkan kepercayaan terhadapnya, hatta secebis sekalipun.

"Arghh!" Zafran memekik kuat lalu melayangkan penumbuk ke arah cermin yang tergantung di hadapannya. Cermin yang sudah pecah dan retak seribu dipandang dengan amarah yang masih bersisa.

"Zaf! Buka pintu ni Zaf!" Suara Maria tiba-tiba menerjah gegendang telinganya. Kedengaran bunyi ketukan bertalu-talu dari luar.

Terasa lemah lutut Zafran apabila mendengar suara itu. Dia hanya membiarkan pintu itu diketuk bertalu-talu tanpa mempedulikan Maria. Sungguh, dia tidak rela membiarkan Maria melihat keadaannya saat ini.

Untuk beberapa saat, keadaan pada malam itu menjadi sunyi sepi. Tiada lagi ketukan daripada Maria. Sangkanya, Maria sudah mengalah dan berlalu dari situ. Namun, telahannya salah tatkala pintu bilik air tiba-tiba terkuak.

"Ya Allah Zaf! Apa you buat ni?" Terlepas gugusan kunci pendua dari genggaman Maria melihat keadaan bilik mandi tersebut. Rasa terkejut menyerang dadanya saat melihat kesan retak dan pecah pada cermin di dalam bilik air itu. Luluh hatinya melihat tangan Zafran yang sudah berlumuran darah.

Belum sempat Maria berbuat apa-apa, Zafran tiba-tiba menerpa ke arahnya lalu memeluk erat tubuhnya. Menggeletar bibir Maria menahan tangis. Dia dapat merasakan titisan air mata Zafran jatuh mengenai bahu Maria. Lama mereka begitu sebelum Maria meleraikan pelukan.

"Duduk dulu dekat sofa. I nak ambil first aid kit," pujuk Maria sebak. Sedaya upaya dia menahan tangis.

"You ni kenapa Zaf? Kenapa sampai tumbuk cermin? Kalau ya pun you nak tunjuk skill you tu, bukan macam tu caranya. Kalau Mikayla nampak ni you nak jawab apa?" bebel Maria sambil mencuci luka suaminya. Sesekali Zafran mendesis sakit apabila Maria menekan perlahan lukanya.

Zafran diam membisu tidak menjawab. Sebaliknya, dia leka memerhati wajah Maria yang begitu cantik di bawah biasan lampu di ruang tamu itu. Dia bagai terbayang senyuman manis Maria di bawah sinar sang rembulan, yang berjaya memikat sekeping hatinya dulu.

"Kenapa pandang I macam tu?"

"I miss you."

Tangan Maria yang ligat membalut luka Zafran terhenti. Terkedu dia mendengar pengakuan yang keluar dari mulut suaminya. Mereka saling berpandangan mata buat seketika.

"Emm... I dah siap balut luka you. Pergi tidur," ujar Maria sambil memasukkan kembali peralatan untuk merawat luka di dalam first aid kit.

"Thank you, sweetheart." Zafran sempat memeluk tubuh Maria dari belakang sebelum meninggalkan Maria keseorangan di ruang tamu.

"I miss you too, Zaf," bisik Maria perlahan sambil matanya melihat langkah Zafran yang kian menjauh. Setitis demi setitis air mata gugur sebelum tangisan yang ditahan terus merembes keluar.

A/N: Complicated tak relay Maria and Zafran ni? Jangan lupa vote and comment!❤️

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now