Bab 15

1.1K 251 44
                                    

SEDARI tadi, Najwa hanya memerhatikan Mikayla yang sedang rancak bersembang dengan seorang pelajar perempuan di luar kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEDARI tadi, Najwa hanya memerhatikan Mikayla yang sedang rancak bersembang dengan seorang pelajar perempuan di luar kelas.

"Siapa tu?" tanya Najwa sebaik sahaja Mikayla masuk ke dalam kelas.

"Itu Kelly. Dia best friend Deena," jawab Mikayla lalu menarik kerusi untuk duduk bersebelahan dengan Najwa.

"Memang nama dia Kelly ke apa?" Najwa mengerutkan dahinya. Nama persis orang barat saja bunyinya.

"Taklah. Nama sebenar dia Khaleeda. Orang panggil Kelly," jelas Mikayla sambil membetulkan awning tudungnya.

"Bukan apa, aku... tak berapa sukalah dia tu," adu Najwa.

"Kenapa?"

"Dia tu social sangat
lah. Tengoklah, Deena pun dah terpengaruh sikit-sikit," luah Najwa. Risau melihat kelakuan Deena yang jelas berbeza dari sebelum ini.

"Dia okey jelah. Kelly tu..."

Kringg!

Loceng sudah berbunyi namun jarum jam di dinding baru menunjukkan pukul 9. Waktu rehat belum bermula, namun loceng masih belum berhenti berbunyi.

"Tolong! Tolong ada kebakaran!" Pelajar lelaki mula mengajuk suara perempuan dan berpura-pura ketakutan lalu ketawa terbahak-bahak.

Ada latihan kebakaran pula dah...

Dengan rasa malas yang bertepu, Mikayla bangun dan keluar dari kelas itu diiikuti pelajar-pelajar yang lain.

Para pelajar berpusu-pusu menuruni anak tangga mengikut laluan kecemasan yang sudah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Setibanya Mikayla di kawasan padang sekolah, kebanyakan pelajar sudah berada di dalam barisan mengikut kelas masing-masing. Guru kelas mula merekod kehadiran pelajar dari setiap kelas.

 Guru kelas mula merekod kehadiran pelajar dari setiap kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





PELAJAR-PELAJAR perempuan mula menjerit teruja apabila melihat Cikgu Rizwan sudah memegang alat pemadam api untuk melakukan demonstrasi memadam kebakaran.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now