Bab 25

1K 198 76
                                    

FOTO di pegangannya direnung lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FOTO di pegangannya direnung lama. Api kebencian mula menjalar ke dalam relung hatinya melihat senyuman manis yang terserlah di wajah pasangan itu. Pisau lipat di atas meja dikerling sebelum senyuman sinis terkulum di bibirnya.

"Tak guna!" jerit Wanda lalu menikam foto itu bertubi-tubi, cuba meleraikan amarah yang kian bertepu di jiwanya. Tangannya mengoyak foto itu lalu mencampak jauh cebisan demi cebisan ke dalam tong sampah. Tak terungkap rasa benci yang mula merasuk dirinya saat ini.

Akhirnya, tubuh Wanda melorot di tepi birai katil bersama sisa cebisan foto di pegangannya. Setitis demi setitis air mata menuruni pipinya. Rasa perit mula menyerbu lubuk hatinya tatkala wajah Zafran terimbau di fikirannya.

Apa lebihnya Maria, hingga Zafran langsung tidak mahu menerimanya? Bahkan, sudah hampir 17 tahun dia memendam rasa, menantikan kalimah cinta keluar dari mulut Zafran khas untuknya. Kesetiaannya tak pernah pudar malah makin mekar dari hari ke hari.

17 tahun bukan masa yang singkat. Dia pernah cuba melupakan Zafran, namun dia gagal. Makin kuat dia ingin mencampak jauh rasa cintanya, makin kuat rindu mencengkam di jiwanya. Jadi, bagaimana?

"Wanda Ilya..." Panggilan dari Opah berselang-seli dengan ketukan pintu serta-merta mengembalikan Wanda ke alam nyata.

"Ya, opah," sahut Wanda sambil mengesat air matanya. Sisa cebisan foto yang terkoyak dibuang ke dalam tong sampah.

"Turun bawah. Ada orang nak jumpa."

Langkah disusun menuju ke pintu biliknya sejurus arahan opah menusuk gegendang telinganya. Kardigan yang tersarung di tubuhnya dibetulkan sebelum dia menutup pintu bilik tersebut.

Sebaik sahaja kaki Wanda melangkah pada anak tangga terakhir, kornea matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa.

"Ada apa sampai datang sini, Razien?" soal Wanda dingin sambil menyilangkan kakinya di atas sofa.

"Sebenarnya..." Kata-kata Razien terhenti apabila Irsya meletakkan dulang di atas meja. Kopi panas dituang ke dalam cawan dengan penuh tertib.

"Hmm, jemput minum." Wanda sekadar berbasa-basi melihat Razien masih terkaku di hadapannya.

Razien mengangguk sambil menguntum senyuman kecil. Kopi panas dihirup sedikit sebelum dia menyambung perbualan mereka.

"Berdasarkan maklumat yang..."

"Straight to the point, please!" pintas Wanda dingin sambil berpeluk tubuh. Wajah penyiasat persendirian itu dipandang acuh tak acuh.

"Dia dah mati."

"What?" Dahi Wanda berkerut mendengar ayat yang dilontarkan oleh Razien. Secara tiba-tiba, Wanda menghamburkan ketawa kuat hingga membuatkan Razien diserang rasa hairan.

Bum!

Bahu Razien terhenjut kerana terkejut dengan bunyi ketukan pada meja yang sangat kuat. Wanda yang sedang menggosok tangannya dipandang pelik.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now