Bab 5

1.4K 346 110
                                    

"AWAL sampai," tegur Mikayla sambil membetulkan tudung yang tersarung di kepalanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AWAL sampai," tegur Mikayla sambil membetulkan tudung yang tersarung di kepalanya.

"Mestilah. Semangat nak belajar ni," balas Nazril lalu mengukir senyuman manis.

"Semangat nak belajar ke semangat nak tengok buah hati?" usik Mikayla. Nakal!

Najwa menjegilkan matanya kepada Mikayla. Rasa malu yang teramat sangat mula menyerbu lubuk hatinya. Pipinya turut berubah kemerahan.

Hari ini, mereka berkumpul untuk belajar bersama-sama seperti yang Nazril rancang sebelum ini. Perpustakaan awam menjadi lokasi pilihan mereka.

Mikayla menarik kerusi lalu duduk dihadapan Nazril. Najwa pula melabuhkan duduknya di sebelah Mikayla.

"Eh, tak nak duduk sebelah Nazril ke?" Mikayla mengusik Najwa. Lagi.

Lengan Mikayla menjadi sasaran. Satu cubitan dilepaskan dengan rasa geram yang beraja di hati.

"Sakitlah Wa! Entah macam mana Nazril ni boleh terpikat." Sempat lagi Mikayla mahu mengusik. Tak serik!

Nazril tersengih. Dia pun malu sebenarnya dengan usikan selamba Mikayla. Suka pun ada. Hehe.

"Eh, aku nak pergi tandas ni. Kau tunggu sini okey?" ujar Mikayla sambil memandang Najwa.

"Tapi..."

"Bye!" Mikayla memotong ayat Najwa.

"Kay!" panggil Nazril.

"Yes?"

"Kita orang tak couple, okey? Cukup dia tahu aku sayang dia. That's it."

Mikayla hanya tersenyum. Sejujurnya dia agak kagum melihat Nazril dan Najwa. Kalau member gila-gila dia yang lain, mesti dah berkepit dengan boyfriend masing-masing.

Tapi Najwa dengan Nazril, lain. Jumpa berdua tu, memang taklah. Dia orang tak pernah call langsung, apatah lagi video call. Sekadar berkawan baik, tapi disulam rasa sayang. Sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.

Unik!

Mikayla pantas berlalu selepas anak matanya sempat menangkap figura Najwa yang sudah beredar menuju ke rak buku di bahagian luar.

Kala langkahnya disusun menuju ke tandas, otaknya tiba-tiba teringat akan sesuatu. Budak biul. Mesti dia sudah sampai sekarang.

Budak biul, melekat gelaran itu dek surat tidak masuk akal yang dihantar hari itu. Siapa lagi kalau bukan kawan si Nazril itu. Otaknya mula ligat memutarkan kembali kejadian yang berlaku beberapa hari sebelum ini.

Surat yang berada di tangannya dibaca berulang kali. Tak betul budak ni! Gila!

Syarat-syarat yang perlu diikut kalau nak aku join study group.

1. Tarikh dan tempat untuk perjumpaan kedua dan seterusnya aku tetapkan. Tiada bantahan!

2. Kalau salah seorang ahli tak dapat datang, study group pada hari tersebut terbatal.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now