Bab 13

1.1K 251 54
                                    

TEPUKAN gemuruh bergema di dalam dewan sekolah usai persembahan daripada Aydan, Qallif dan Wafiy berakhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TEPUKAN gemuruh bergema di dalam dewan sekolah usai persembahan daripada Aydan, Qallif dan Wafiy berakhir. Suara-suara nakal pelajar lelaki menjerit penuh teruja mula kedengaran.

Mujur suasana riuh-rendah itu cepat beransur reda. Jikalau tidak, pasti ngauman Cikgu Zamir sudah menggegarkan dewan sekolah itu. Aura ketua guru disiplin yang terkenal dengan misai lentiknya cukup menyeramkan.

"Sedapkan suara Wafiy tu," puji Najwa ikhlas. Kagum dengan suara merdu milik Wafiy yang bergabung dengan suara Aydan dan Qallif. Ini membuatkan persembahan mereka bertambah luar biasa, hingga membuatkan para pelajar terpaku seketika.

"Mana ada. Biasa je aku rasa." Mikayla menjawab seperti orang yang tidak berperasaan. Cuba menyelindungkan perasaannya.

Ceh. Ini semua poyo!

Najwa memandang Mikayla tidak puas hati. Budak ni tak korek telinga ke? Telinga tu dah tersumbat ke apa? Punyalah merdu suara si Wafiy tu.

"Eleh, mengaku jelah yang kau tu dah fall in love dengan suara Wafiy tu." Najwa tersengih. Sengaja dia menyakat sahabat baiknya itu.

"Aku? Fall in love? Lambat lagi Wa..."

"Yelah tu. Tadi aku perasan kau tersengih seorang-seorang macam orang angau. Macam orang sakit jiwa pun ada," usik Najwa. Bukan selalu dapat peluang untuk mengenakan Mikayla seperti ini.

"Eyy, mana ada!" nafi Mikayla sambil menjegilkan matanya.

"Oh lupa. Kau kan dengan Aydan." Tersungging sengihan nakal di bibir Najwa melihat riak muka Mikayla yang tidak puas hati.

"Jangan nak mengarut!" Mikayla bertegas sambil menatap wajah sahabatnya.

"Eleh marah-marah pula. Kalau dah suka tu, mengaku jelah." Sengihan Najwa makin melebar melihat wajah Mikayla yang sudah merah padam. Bahagia rasa dapat mengenakan seorang Mikayla. Alahai, bukan selalu!

"KAU dah study ke?" tanya Mikayla cemas sebaik sahaja dia memasuki kelas 4 Setia pada pagi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU dah study ke?" tanya Mikayla cemas sebaik sahaja dia memasuki kelas 4 Setia pada pagi itu.

"Study la sikit-sikit," balas Najwa sambil membelek-belek buku nota matematik.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now