Bab 24

1K 213 87
                                    

"NAZRIL dengan Wafiy mana?" tanya Najwa sambil melangkah masuk ke dalam bilik di perpustakaan awam yang disewa oleh Nazril

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"NAZRIL dengan Wafiy mana?" tanya Najwa sambil melangkah masuk ke dalam bilik di perpustakaan awam yang disewa oleh Nazril.

"Nazril dah sampai tapi dia singgah kafe dulu. Wafiy pulak on the way," beritahu Mikayla lalu menghirup kopi panas kegemarannya. Sebenarnya, makanan dan minuman dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam bilik tersebut. Namun biasalah, Mikayla bukannya spesies manusia yang suka ikut peraturan.

"Kay, hari Sabtu ni jom lepak," ajak Najwa dengan nada teruja.

"Sorry Wa, hari Sabtu aku dah janji dengan Kelly nak lepak dengan dia."

"Kelly?" Najwa mengerutkan dahinya, cuba mengingati siapa pemilik sebaris nama itu. Macam pernah dengar tapi dekat mana eh?

"Alaa, classmate Deena. Yang tinggi, putih melepak tu," jelas Mikayla.

"Oh. Emm, rapat betul kau dengan Kelly sekarang eh?" tegur Najwa berbaur cemburu. Dia telah berkawan baik dengan Mikayla sejak tingkatan satu lagi, pastinya terbit rasa cemburu melihat kawan baiknya mula rapat dengan orang lain. Lagipun, Najwa kurang senang dengan peribadi Kelly yang baginya terlampau terbuka.

"Mana ada. Aku..."

"Eh, mata kau bengkak la!" Najwa memotong. Secara refleks, Najwa bangun dari duduknya lalu jarinya telunjuknya dihalakan ke mata Mikayla.

"Kau tidur pukul berapa hah semalam? Kenapa mata kau nampak sembap?" tanya Najwa bertalu-talu. Baru Najwa perasan yang pipi Mikayla juga makin cengkung dan tubuhnya makin susut. Rasa risau terhadap Mikayla mula menerjah dirinya.

"Aku tidur pukul 12, sebab aku layan drama Korea. Sedih weh cerita tu, sampai aku nangis tau." Mikayla berbohong, cuba menyembunyikan cerita sebenar.

"Betul ni?" Najwa mengangkat kening dan memandang Mikayla tajam. Dia masih sangsi dengan pernyataan yang meniti di bibir Mikayla.

"Eyy betullah. Jangan pandang aku macam tu, takutlah," seloroh Mikayla. Senyuman mula tergaris di bibir Mikayla.

Najwa membalas senyuman Mikayla namun otaknya ligat memikirkan tentang sahabatnya. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena, seolah-olah Mikayla memendam perasaan. Namun, dia tidak mahu terus mendesak Mikayla.

Senyuman Mikayla terus mati tatkala pandangan Najwa sudah beralih daripadanya. Untuk apa dia kekal tersenyum, jika hatinya diselubungi duka yang terlara? Sesekali, Mikayla memejam mata apabila rasa pedih akibat kesan torehan di lengannya mula terasa.

"Kay, buka buku math sekarang." Tanpa salam, Wafiy terus memberi arahan seraya menyusun langkah memasuki bilik itu. Nazril turut mengekori Wafiy dari belakang.

Mikayla mencebik mendengar arahan yang dilontarkan oleh Wafiy. Tak ubah seperti cikgu disiplin lagaknya. Buku matematik dikeluarkan dari beg dengan rasa berbelah bahagi. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia putus asa dan berhenti belajar bersama Wafiy.

"Kau ada kalkulator tak? Aku punya tertinggallah." Wafiy menyoal lalu meletakkan kembali pen hitam di pegangannya. Dahi Wafiy berkerut melihat Mikayla yang hanya diam membisu tanpa memberi respon terhadapnya.

"Okey, aku ambil sendiri." Wafiy selamba mencapai beg berwarna hitam milik Mikayla. Tak semena-mena, tangan Wafiy yang hendak membuka zip beg itu terhenti tatkala suara Mikayla menusuk telinganya.

"Jangan sentuh beg aku!"

Terkejut Wafiy apabila Mikayla merampas kasar beg tersebut dari pegangan Wafiy. Wajah Mikayla yang tampak gelisah itu dipandang hairan.

Najwa dan Nazril turut terkejut, lebih-lebih lagi apabila suara Mikayla separuh menjerit menyapa halwa telinga. Terkebil-kebil mata Najwa, pelik bercampur sangsi dengan apa yang berlaku.

"Err... Wawa, jom pergi beli aiskrim," ajak Nazril. Dia mengenyit mata kepada Najwa sebagai isyarat untuk keluar dari situasi yang canggung ini.

"Jom! Kay, kau nak ikut aku tak?" Sempat lagi Najwa mempelawa Mikayla. Najwa tersenyum melihat anggukan Mikayla.

Wafiy hanya melihat langkah mereka kian menjauh dari bilik itu. Pandangannya kemudian jatuh pada beg hitam milik Mikayla yang tertinggal di atas meja. Rasa ingin tahu mula membuak-buak dalam diri Wafiy.

Perlahan, zip di bahagian poket hadapan beg itu dibuka. Membuntang mata Wafiy melihat isi di dalamnya. Wafiy menggosok mata seakan tidak percaya apa yang dilihatnya.

BUNYI deraian kaca dari arah dapur diselangi bunyi jeritan mematikan seketika langkah Mikayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI deraian kaca dari arah dapur diselangi bunyi jeritan mematikan seketika langkah Mikayla. Kornea matanya melirik ke arah dapur sebelum tombol pintu rumah dipulas perlahan.

Lantas, pintu rumah ditutup sebelum dia memasuki perut kereta berwarna hitam yang berada di hadapannya.

"Kay, asal lama sangat?" tanya Kelly yang duduk di bahagian pemandu.

"Kau ingat senang ke nak keluar senyap-senyap macam ni?" Mikayla menjawab sambil memakai tali pinggang keledar.

"Cepatlah gerak Kelly, kau tu dah la tak ada lesen," celah Deena yang menyandar di bahagian belakang sambil berpeluk tubuh.

"Oi, kau nak pergi mana pula ni? Kau cakap nak pergi tempat biasa," tegur Mikayla selepas 20 minit berlalu. Dia yakin, mereka sudah melencong jauh dari destinasi yang dituju.

"Eyy Kelly, baliklah. Kau nak pergi mana lewat macam ni?" Mikayla mula gusar. Deretan kedai yang sudah menamatkan waktu operasi dipandang dari tingkap kereta. Rasa gelisah mula menapak dalam dirinya.

"Relakslah. Malam masih muda," balas Kelly selamba sambil tersenyum meleret. Papan tanda yang tertulis 'Jalan Telawi 3' dikerling sebelum dia memusingkan stereng menghala ke arah jalan itu.

"Kelly, kau gila ke!" Suara Mikayla sudah naik seoktaf apabila kereta yang dipandu Kelly mendekati sebuah kelab malam.

"Alaa, sekali-sekala menggila apa salahnya? Setakat ponteng sekolah, aku dah bosanlah Kay." Tenang Kelly membalas tanpa sedikit pun rasa takut untuk menjejakkan kaki ke tempat maksiat itu.

"Kau biar betul? Fikir kita boleh lepas ke nak masuk?" Deena bersuara. Sejujurnya, rasa ingin tahu menyelubungi hatinya mengenai tempat itu. Dia ingin masuk dan melihat sendiri suasana kelab malam tersebut.

Mikayla menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil berpeluk tubuh. Dia tidak menyangka rancangan Kelly akan berubah. Rasa menyesal mula menyelinap masuk ke dalam dinding hatinya.

"Yang kau pergi belok ni kenapa?" Deena menegur apabila kereta itu mula menjauhi kelab malam tersebut.

"Kau ingat aku ni ada duit nak bayar parking?" Kelly membuka tali pinggang keledar selepas memakir kereta jauh dari kelab malam itu.

Mikayla menutup pintu kereta sebelum mengekori Deena dan Kelly yang sudah mara ke hadapan. Sebaik sahaja dia menoleh, matanya membulat melihat figura yang berdiri di hadapannya.

"Mikayla?"

"Wafiy..."

A/N: cukup 30 vote chap ni baru author update chap baru hshshshs

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now