Bab 14

1.1K 261 85
                                    

CUTI persekolahan penggal satu sudah melabuhkan tirainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CUTI persekolahan penggal satu sudah melabuhkan tirainya. Pelajar-pelajar mula bersekolah seperti biasa. Masing-masing gerun untuk menerima keputusan ujian bulanan yang telah mereka duduki dua minggu lepas.

"Masa cuti kau buat apa je?" soal Najwa semasa berada di dewan untuk menghadiri perhimpunan.

"Entah," jawab Mikayla yang sedang mengetip kuku. Takut ada spotcheck kuku saja nanti.

Mikayla bukan buat apa pun semasa cuti sekolah. Mahu pergi melancong? Tak ada maknanya.

"Mama, jom kita pergi pantai. Kay teringinlah nak mandi laut," ajak Mikayla semasa mereka berdua bersarapan di rumah. Dia menyapu jem strawberi pada sekeping roti sambil menunggu kata putus daripada mamanya.

"Mama dah lambat ni. Esok mama outstation. Duduk rumah, jangan keluar pula." Maria lantas bangun lalu mencapai beg tangannya. Langkah diatur menuju ke muka pintu. Permintaan anak tunggalnya tidak dipedulikan.

Hm.

"Gerak ke depan sikit! Orang kat belakang nak duduk!" Suara lantang seorang pengawas perempuan menyentakkan lamunan Mikayla.

Mikayla bergerak ke hadapan sikit sebelum suara pengacara majlis perhimpunan sekolah mula menyapa telinga.

Uish. Suara siapa yang sedap sangat ni?

Mikayla mengangkat muka, memfokuskan anak matanya ke hadapan. Kelihatan seorang pengawas lelaki yang memakai blazer berwarna hitam berada di atas rostrum untuk mempengerusikan majlis perhimpunan.

Wafiy.

Lama Mikayla tidak menatap wajah itu. Kali terakhir berjumpa pun semasa Wafiy sibuk minta upah Ferrero Rocher itu.

Sepatutnya semasa cuti sekolah tempoh hari, mereka rancang mahu adakan study group. Namun, disebabkan Najwa berkeras tidak mahu sertai, mereka terpaksa membatalkan rancangan tersebut. Mahu tepati syarat Wafiy.

Sudah acap kali sebenarnya Mikayla nasihatkan si Najwa itu. Geram sahaja Mikayla tengok si Annur itu menggedik dengan Nazril. Tak ada rasa bersalah langsung!

Nazril? Hampir setiap hari bertanyakan perihal Najwa. Kasihan, tak pasal-pasal Nazril menjadi mangsa asbab mulut celupar Annur.

 Kasihan, tak pasal-pasal Nazril menjadi mangsa asbab mulut celupar Annur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now