Bab 28

1K 174 206
                                    

"SAYA sebenarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYA sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?" Mikayla bertanya sambil berpeluk tubuh. Wajah Aydan dipandang dengan 1001 tanda tanya.

Aydan menarik nafas dalam sebelum menyambung bicaranya, "Saya sebenarnya nak tanya. Betul ke awak couple dengan Wafiy?"

Aydan rasa mahu tampar mulutnya sendiri sekarang. Lain yang dipendam, lain yang diluah. Tak apalah, mungkin perasaan ini patut disimpan sepi di dalam hati.

"Saya? Dengan si Wafiy tu? Memang taklah! Dia tu dahlah kerek, gila kuasa, somb..."

"Siapa yang gila kuasa tu?" celah satu suara dari belakang.

Serentak, Aydan dan Mikayla menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya mereka tatkala wajah Wafiy terpamer di depan mata.

"Err... emm... kita orang cakap pasal... Laili. Haa Laili!" Sempat Mikayla memetik nama Laili, si penolong ketua pengawas yang terkenal dengan lagak sombongnya. Harapnya, Wafiy percaya bulat-bulat dengan apa yang diperkatakannya.

"Kau orang ni nak pergi mana? Dating?" Wafiy bertanya sinis.

"Mana ada. Jangan merepek boleh tak? Kita orang nak pergi bus stop, tunggu bas," terang Mikayla bersungguh-sungguh.

"Kalau macam tu, aku nak join lah." Wafiy tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Comel.

"Err... bukan Widya yang ambil kau ke hari ini?" Aydan menyampuk. Sedaya-upaya dia mengawal riak wajahnya. Bohonglah kalau dia langsung tidak cemburu, apatah lagi apabila Mikayla asyik mengerling raut wajah Wafiy.

"Tak apa, public phone kan ada?" Wafiy masih tak mahu mengalah. Entah kenapa, dia rasa tergugat apabila melihat kemesraan Aydan dan Mikayla.

Pelik.

Setibanya di perhentian bas, Mikayla meletakkan beg sekolahnya di atas bangku. Jam tangan dikerling sebelum dia melabuhkan duduknya.

Wafiy yang sedang mengeluarkan dompet dari poket seluarnya tercengang melihat posisi kedudukan Aydan dan Mikayla. Rapat.

Hish, tak boleh jadi ni!

Duit syiling 20 sen dimasukkan cepat-cepat sebelum dia mendail nombor telefon kakaknya. Ganggang telefon dilekapkan di telinga namun anak matanya asyik memfokus ke arah Aydan dan Mikayla.

Sakit pula hati kita. Ish!

"Awak dah manis, kalau makan coklat ni mahu diabetes saya dibuatnya nanti."

Nak termuntah Wafiy apabila madah bergula daripada Aydan menyapa halwa telinganya. Fikir sweet ke eyy!

"Kay, lepas ni kita akan jarang tau buat study group. Aku dengan Nazril makin busy, tahun ni kan SPM," beritahu Wafiy sambil menyandar di tiang.

"Okey. Emm, kau tak balik sekali dengan adik kembar kau?" tanya Mikayla. Pandangannya kini hanya memfokus ke arah Wafiy.

"Adik kembar?" Dahi Wafiy berkerut.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now