Bab 33

1.1K 173 169
                                    

PANDANGAN sepi dilemparkan ke arah pintu wad itu bersama rasa serba-salah yang menyerbu lubuk hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PANDANGAN sepi dilemparkan ke arah pintu wad itu bersama rasa serba-salah yang menyerbu lubuk hati. Dia mengetap bibir mungilnya, cuba menahan rasa hiba yang mula beraja di kamar hati.

"What have I done..." gumam Wanda perlahan lalu tersandar di dalam kekesalan yang memaku perasaan.

Pandangannya kini tertumpu ke arah sepasang suami isteri yang duduk berdekatan dengannya. Rasa pedih menembus relung hatinya melihat adegan yang terpampang di hadapannya.

"I takut, Zaf. I takut hilang dia. I takut hilang anak kita. Dia nyawa I, Zaf..." luah Maria bersama air mata yang sudah bergenang di tubir matanya.

"Shh... jangan nangis sayang. Anak kita akan okey. Trust me." Zafran mengesat air mata Maria lalu mengulum senyuman kecil. Kepala isterinya yang berbalut dengan selendang ungu diusap lembut.

Maria sekadar mengangguk lemah. Mengharap kata-kata Zafran menjadi kenyataan. Sungguh, dia tidak sanggup kehilangan Mikayla, satu-satunya anak kandung yang dia punyai.

Saat Maria mengangkat mukanya, figura seorang wanita menyambar pandangannya. Lantas, dia bangun dari duduknya lalu meluru ke arah perempuan itu.

"Maria..." Rasa terkejut menyerang dada Wanda apabila Maria sudah berada di hadapannya. Zafran yang berada di sebelah Maria dipandang sekilas.

Pang!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Wanda membuatkan kepala Wanda terteleng sedikit ke kanan. Wanda mengesat hujung bibirnya sebelum menghalakan pandangan tajam ke arah Maria.

"Lepas apa yang kau dah buat, kau masih berani tunjuk muka depan aku? Kau ingat aku tak tahu, kau pergi jumpa anak aku? Entah apa kau dah cakap pada dia, sampai dia jadi macam tu!"

Anak mata Maria kini mencerlung tajam ke arah bekas sahabatnya itu. Amarah kian menjulang tinggi di dalam jiwanya. Pujukan Zafran tidak diendahkan.

"Kau siapa nak tampar aku? Orang tua aku sendiri pun tak pernah naik tangan dekat muka aku!" tengking Wanda. Jiwanya makin terseksa melihat tangan Zafran menggengam erat jari-jemari milik Maria.

"Memanglah, sebab kau tu mana ada mak bapak!" pekik Maria dek rasa amarah yang menjungkit naik.

Jantung Wanda bagai ditusuk sembilu saat bait-bait kata yang dilemparkan oleh Maria menerjah gegendang telinganya. Sungguh, ayat itu benar-benar menghiris dahan kalbunya.

"Harap-harap anak kau tu cepat-cepat mati! Memang padan dengan muka kau, Maria!" Nada suara Wanda semakin meninggi. Wajah Maria ditatap dengan rasa benci yang meluap-luap.

Belum sempat Zafran bersuara, Wanda sudah mengorak langkah meninggalkan tempat itu. Makin lama dia berada di situ, makin sakit hati dia.

Sebaik sahaja langkah kaki Wanda memasuki ruang tandas, tangisan dihamburkan sepuas hatinya. Kesal dengan ayat yang keluar dari mulutnya tadi.

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now