Bab 11

1.2K 271 122
                                    

"WA, kenapa ni?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WA, kenapa ni?"

"Aku nak putus kawan dengan Nazril. Aku dah tak tahan," ujar Najwa sambil menangis teresak-esak.

"Apa kau ni? Kenapa sampai nak putus kawan? Nazril ada buat apa-apa ke?" soal Mikayla sambil mengusap bahu Najwa yang terhenjut-henjut menangis.

Najwa hanya menggeleng.

"Dah tu?"

"Annur..." Najwa tidak dapat meneruskan ayatnya. Makin lebat air matanya mengalir.

"Annur? Dia serang kau? Dia tak suka kau kawan dengan Nazril?" teka Mikayla.

Najwa mengangguk sambil mengesat air matanya. Masih terngiang-ngiang suara Annur menengkingnya di khalayak ramai. Hanya kerana persahabatannya dengan Nazril.

Mikayla mengeluh. Dah agak! Annur, pelajar kelas 4 Tekun. Satu kelas dengan Deena. Nama dah cantik, tapi perangai dia tu memang mintak kaki.

"Dah, stop nangis. Nanti aku slow talk dengan Annur. Okay?" pujuk Mikayla. Sebenarnya, Mikayla sendiri tidak pasti dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Dia nasihat si Annur tu? Jadi perang dunia nanti.

Masih terbayang di fikirannya bagaimana Annur menengkingnya dulu hingga mereka bergaduh teruk. Kemudian terpaksa mengadap Cikgu Zamir a.k.a cikgu misai lentik di bilik disiplin.

LANGKAH disusun menuju ke kantin sekolah semasa waktu rehat baru sahaja bermula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAH disusun menuju ke kantin sekolah semasa waktu rehat baru sahaja bermula. Mikayla keseorangan sahaja saat ini. Najwa sudah pergi ke perpustakaan, mahu mencari ketenangan katanya.

"Ada orang tak?" tanya Mikayla kepada seorang perempuan yang sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolah di kantin.

Gadis itu mengangkat muka. Wajahnya berubah apabila wajah Mikayla menyambar pandangan.

"Perampas macam kau reti pula mintak izin eh?" Annur memerli. Wajah Mikayla dipandang benci.

"Kalau aku tak mintak izin kau nak kata apa pulak?" Mikayla meletakkan sebotol air mineral di atas meja lalu duduk di hadapan Annur.

Mikayla sebenarnya bukan nak sangat duduk depan si Annur ni. Dah ini je tempat kosong yang ada. Kalau tak, tak ada maknanya dia nak duduk situ. Meluat!

"Aku nak kau mintak maaf dengan Najwa."

"Untuk apa? Apa aku dah buat?" Pen diletakkan di atas meja. Raut wajah Mikayla dipandang acuh tak acuh sambil berpeluk tubuh.

"Kau tak payah nak berlakonlah Annur. Apa masalah kau sebenarnya? Kenapa sampai nak malukan orang dekat tempat public?" marah Mikayla. Ikutkan hati, mahu saja dia cepuk mulut perempuan ni.

"Oh, jadi dia dah report dekat kaulah. Eh, kau orang ni memang sesuailah jadi best friend, dua-dua perampas!" Tinggi suara Annur. Hingga menarik perhatian beberapa orang pelajar berdekatan dengan meja mereka.

Mikayla mengetap bibir. Eyy, ada juga spesies manusia macam ini. Ada juga yang tercekik botol nanti!

"Kau ni kenapa? Kau nak Roy, aku dah break pun dengan dia. Sekarang tiba-tiba kau nak Nazril pulak. Cepat betul taste kau berubah kan?" Mikayla sudah bangun dari duduknya. Ingin meninggalkan tempat itu secepat mungkin.

Annur ini kalau dilayan, alamatnya tercetuslah perang dunia. Mikayla sudah penat keluar masuk bilik disiplin.

Masalah tak selesai, sakit hati je yang dapat. Haih.

"BERAPA kali aku nak cakap, ini bukan ungkapan kuadratik dalam satu pemboleh ubah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BERAPA kali aku nak cakap, ini bukan ungkapan kuadratik dalam satu pemboleh ubah. Cuba kau tengok betul-betul, apa yang tak kena kat situ?" Wafiy menunjuk dengan pensil latihan yang Mikayla sudah siapkan tadi.

"Nombor."

Wafiy menepuk dahinya. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

"Pemboleh ubah dia ada dua. Nampak tak ada x dengan y dekat situ? Jadi maknanya dia bukan ungkapan kuadratik dalam satu pemboleh ubah. Faham?" terang Wafiy panjang lebar.

Mikayla mengangguk. Entah faham entah tidak tu.

"Dah, kau buat soalan B pula. Aku bagi kau 5 minit. Kalau nak buku rujukan, pergi keluar amik dekat rak buku sana," pesan Wafiy sebelum keluar dari bilik itu. Dia mahu mencari buku nota Kimia Tingkatan 5 di rak perpustakaan.

"Ye, aku nak buatlah ni." Tangannya mencari-cari pensil mekanikal di dalam pensil case.

"Wa, nampak pensil purple aku tak?"

"Nah." Najwa menghulurkan pensil milik Mikayla.

"Yeay thank you," ucap Mikayla, ceria.

Tiada balasan daripada Najwa.

Mikayla tidak ambil pusing. Memang itulah perangai Najwa sekarang. Pendiam. Kalau dengan dia pun jarang-jarang bercakap, inikan pulak dengan Nazril.

Wajah Nazril dipandang. Nazril turut memandang Mikayla sambil mengangkat kening dan mengerling ke arah Najwa.

Mikayla sekadar menjongket bahu. Malas nak cerita pasal Annur yang menyakitkan hati tu.
Kesian Nazril, tak pasal-pasal jadi mangsa.

Mikayla berdiri, ingin keluar dari bilik itu. Dia mahu ambil buku rujukan matematik.

"Aku nak ikut." Najwa mengekori langkah Mikayla. Dah tu, tak kan nak tinggal berdua sahaja dengan Nazril dalam bilik itu. Memanglah bilik itu terbuka, namun tidak manis dipandang orang.

"Aku pergi toilet tau," beritahu Najwa lalu berjalan laju ke hadapan. Manakala, Mikayla pantas menyusun langkah ke arah deretan rak buku di sebelah kanannya.

Mikayla melabuhkan duduk di celah-celah rak buku sambil membelek buku rujukan di situ.

"Oi, kerja dah siap belum?" Wafiy tiba-tiba muncul.

"Belum." Terkejut Mikayla dibuatnya. Nasib baik tak tercampak buku di tangannya.

"Emm Kay. Aku ada benda nak cakap ni." Wafiy selamba duduk di celah-celah rak buku itu. Jaraknya dengan Mikayla dijauhkan sedikit.

"Apa?" Acuh tak acuh Mikayla bertanya.

"Aku suka kau."

Aku, Dia dan Ferrero Rocher [COMPLETED]Where stories live. Discover now