Bab 21

1.4K 63 8
                                    

         

                             "AMIR..."




        Syah kaku memandang gerangan di hadapannya. Susuk tubuh yang sudah lama dilihat sejak kejadian yang menimpanya itu.



                      "Syah.....," Panggil Syah Amir dengan nada sayunya.

          Syah menahan sebak di dada. Sebenci mana pun dia. Syah Amir adalah ABANG merangkap kembarnya. Mereka berdua berkongsi darah yang sama sekali gus hidup dalam kantung ibu yang sama. Mana mungkin dia akan membenci terlalu lama.



             Terasa panas kelopak matanya menahan sebak. Kalau ikutkan hati ini. Dia mahu saja memeluk erat tubuh Syah Amir. Melepaskan segalanya. Segala yang terbuka lama dalam hati ni. Nak cubit dan belasah pon ada. Hhmm!



                   "Sayang.....," Lembut sahaja suara itu memanggilnya di sebelah. Memujuk lembut dirinya yang sedang dilanda emosi. Fareez dengan lembut mengusap belakangnya. Cuba redakan dirinya yang sedang beremosi.

             

            "Hmmm....huuuuu...,' nafas ditarik dan dihembus berulang kali. Cuba meredakan diri sebelum memulakan perbincangan mereka.


              Mata yang sudah merah itu mula merenung Syah Amir. Tiada amarah yang terbuku lagi. Hanya tinggal rasa rindu yang berbukit di hati ini sahaja.



   

                              "Am...."

 


                            "Syah......,"



              Kedua-duanya terkaku.



         Kali ini dirinya terdiam. Biarkan Syah Amir berbicara. Mungkin dia patut dengar dahulu penjelasan Abangnya merangkap kembar.




             Syah Amir kelihatan cuba bertenang. Dilihat dia menarik nafas dan menghembus lemah.  Perlahan-lahan Syah Amir mendekat. Namun tidak terlampau dekat. Hanya sekadar mengisi ruang buat mereka mendengar perbualan masing-masing. "Syah...Mir mintak maaf.....Sangat-sangat.  Mir tahu tindakan lalu itu sangat melampau. Langsung tak fikirkan apa yang Syah rasa waktu tu. Tapi....waktu tu juga....Mir tersepit. Mir tak dapat fikirkan mana yang patut Mir buat...Maafkan Mir," sebutir dua. Titisan air hangat mulai turun dari dubur mata Syah Amir.



   
              Syah yang mendengar turut terkesan. Dia tahu. Bukan salah Syah Amir. Namun kerana pada ketika itu mereka berdua masih muda. Masih belum tahu dan pegang tanggungjawab apa-apa lagi. Tidak tahu mana tindakan yang perlu diambil. Mana satu perlu dikorbankan dan mana satu perlu di pertahankan.


    
              Andai Syah Amir terluka. Dirinya turut terluka.



                 "M-mir......," Tubuh tinggi lampai Syah Amir didakap. Air mata yang terasa suam tadi mula menghambur deras. Tidak tertahan dek rasa rindu selama bertahun mereka berpisah. Kerana egonya. Dirinya sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan. Satu-satunya keluarga yang dirinya ada.




                    "Shhhh....," Pujuk Syah Amir. Kepalanya yang bersalut tudung itu diusap lembut oleh Syah Amir.




           Fareez hanya tersenyum diam. Mata hanya memerhati sahaja drama air mata dua beradik ini. Walaupun sudah lama tidak bersua. Namun, perhubungan itu masih kukuh. Tak sah kalau tak ada gurau kasar.




PSIKO✔️On viuen les histories. Descobreix ara