Bab 5

3.3K 117 0
                                    

"Kenapa ni?" tangannya masih lagi mengusap badan Haliza yang tersedu-sedu menahan tangisnya.

"Ka..kau kenalkan senior Fareez tu?" lain yang ditanya lain pula yang dijawab.

Syah mula mengeluh kecil. "Siapa yang tak kenal senior hot tu. Biarpun ada yang sanggup cakap dia gila tapi ada juga yang nak dekat,"

Haliza yang tadinya mula reda kini menangis semula. "Di..dia mainkan perasaan akuuu...," makin meleret tangisan yang ditahan tadi.

Syah yang sememangnya pantang lelaki mainkan hati perempuan mula terkejut. "Apa!? Biar betul? Bukan senior tu tak pernah suka mana-mana perempuan ke?"

"Syah ka..kau tengok je dia tak rapat dengan perempuan tapi berapa ramai perempuan yang dia dah pernah couple? Hampir 15 orang tau!"

Terus terbutang biji matanya. 15 orang? Biar betul! Dahsyat gile laki macam ni! sempat lagi Syah berbisik dalam hati.

"Biar betul..jangan main fitnah je. DOSA. Kau taukan dosa? Fitnah lagi berat daripada membunuh sebab apa fitnah boleh menyebabkan kita membunuh beramai-ramai.,"
mulalah dirinya menceramah Haliza yang dari tadi menangis. Padahal dia pun sama duk mengutuk dalam hati. Bila teringat ceramah al-kuliyyah setiap hari jumaat pukul 6 petang buatkanya insaf seketika. Seketika bukan selamanya sebab nanti ada juga buat dosa lain.

"A..aku tau tapi kau nak tolong tak?" digoncangkan tanganya yang dari tadi mengusap belakang Haliza.

Syah mula berkerut keningnya. "Hah? Tolong? Tolong apa?"

Haliza yang tadinya mula asyik menangis kini mula reda dari tangisanya. "Ak..aku nak kau buat senior tu rasa apa yang aku rasa,"

Kening Syah mula naik sebelah. "Rasa apa?" soalnya blur.

Haliza mula mengeluh kecil. "Rasa sakit hati la,"

"Oooo...rasa sakit hati. Ingat rasa apa tadi," kepalanya mula terangguk-angguk faham bagai burung belatuk.

"Jadi kau boleh tolong tak? Buat dia sakit hati tapi aku taknak kau guna orang lain. Aku nak kau sendiri yang buat dia sakit hati. Bolehkan?" pinta Haliza sambil mengenggam tangan Syah.

Syah pula kaku sendiri...

Di pandang tiga orang dihadapannya dengan pandangan kosong. Tina orang pertama yang menyoalnya.

"Wei! Kau pergi mana rehat tadi. Punyala lama kitorang tunggu kau kat pondok tu. Last last kau ada kat kelas dengan Haliza yang dah lencun dengan air mata dia tu," marah Tina.

Syah mula menundukkan
kepalanya. "Maaflah kalau buat kau susah hati," lirih sahaja suaranya.

Asyura yang tadinya menjadi pemerhati mula mendekati Syah. "Janganlah macam ni Syah. Tina cuma tanya je," pujuk Asyura dengan suara lembutnya.

"Hmm...aku tau..memang patut pun kau marah tadi. Tapi yang pasti bukan salah aku untuk tak ikut korang. Aku ada sebab kenapa,"

"Kenapa? Ada masalah ke?" soal Hasna yang dari tadi berdiam diri.

Syah menggelengkan kepalanya. "Aku mana ada masalah. Yang ada tu Haliza.
Tapi sekarang ni aku tak boleh bercerita,"

"Asal?"

"Haliza aku boleh tolong kau tapi aku harap kau tak menangis lagilah," nasihat aku kepadanya.

Haliza hanya mengangguk sahaja. Mungkin dia tiada mood selepas menangis kot.

Tina, Hasna dan Asyura mula mendekati Syah. "Dah okey ke Haliza tu?"

"Tahla. Mungkin dia perlukan ketenangan. Tapi yang pasti aku akan ajar si senior tu. Biar dia jadi gila terus. Masuk hospital sakit jiwa pun tak pe. Tenang jiwa semua pelajar perempuan kat sini," amarahnya tiba-tiba membuak buak. Tapi cuba di tahan.

"Haish tak baiklah Syah," lenganya ditepuk oleh Asyura. Asyura ni biarpun pendiam sedikit tapi dia ni jenis suka menjaga kawan.

Syah hanya tayang sengih sahaja.

"Dah dah. Tak baik gaduh depan haliza nanti tak lena dia," tangan Syah dan Asyura ditarik oleh Hasba dan tina agar keluar dari bilik sakit.

"Yela yela," Kami serentak menjawab.

Terus meletus tawanya yang tadi. Nasib sudah keluar dari bilik rawatan. Kalau tak mungkin Haliza sudah Baling penyapu kat kepala mereka berempat sebab bising sangat.

"Dah habis gelak?"

"Dah," jawab Syah.

"Kalau dah habis sambung balik cerita kau kat kelas tadi," Tina mula mengambil topik asalnya.

"Hmm...okey,"

Mereka berempat mula berkumpul disatu tempat dikawasan belakang. Bagi tiada sesiapa yang mendengar cerita mereka.

"Okey macam ni aku ringkaskan je tau,"

Mereka bertiga hanya menganggukkan sahaja.

"Okey macam ni masa loceng berbunyi aku baru je selesai kemas buku sebab buat latihan tadi. Haliza masa tu dah keluar. Korang pulak mestilah plan nak pergi pondok tu. Lepastu aku pun nak keluarlah. Korang dah keluar aku pun ikut belakang la. Time tu aku perasan Haliza menangis. Aku tak tahu kenapa kaki ni tiba-tiba bergerak ke arah Haliza. And aku bawak dia pergi kelas takut dia ada masalah ke atau tercedera ke? Aku boleh rawat," Syah berhenti seketika. Mengambil nafas baru.

Lalu menyambung semula. "Lepastu dia adulah masalah kat aku sebab apa dia menangis. Lepas dia cerita tu dia cakap senior hot yang orang cakap dia gila tu mainkan perasaan Haliza. Aku mula-mulanya pelik tapi bila dia macam bersungguh-sungguh bagitau aku pun percayalah. Lepastu Haliza minta tolong aku.....,"

"Tolong apa?" Potong Hasna. Macam tak sabar.

"Tolong buat senior tu rasa apa yang dia rasa,"

Mereka bertiga mula mengangguk.

"Aku percayakan kau Syah. Kau boleh buat," sokong Hasna.

"Tapi kau tau kan dia minta tolong aku bukan dengan mengupah orang lain tapi aku sendiri yang kene menghadap senior tu," jawapan yang diberikan mengejutkan mereka bertiga.

"Biar betul?!" serentak mereka menjawab.

#bersambung.....







PSIKO✔️Where stories live. Discover now