Bab 18

1.9K 93 6
                                    

 

       
               "Ya Allah! Syah!!"



   Tubuh kecilnya di rengkuh erat oleh Fatina yang tidak habis-habis mengucap syukur. Pelukan tersebut dibalas juga bagi meredakan rasa gusar dan risau yang bertandang dalam hati sahabatnya. Terdorong kebelakang syah semasa menerima pelukan itu.


      Diusap lembut belakang tubuh Fatina yang lebih tinggi darinya. Terpaksalah Syah menjinjit sedikit kaki pendeknya agar sama ketinggian mereka. Sebab Syah memang pendek. Ditambah lagi dengan Fatina yang elok memakai heels. Memang macam galah lah.


          "Iya. Iya. Aku ada ni," lembut sahaja bicaranya. Siap ditepuk lagi belakang Fatina gaya memujuk anak kecil. Tapi hakikatnya dia tahu Fatina risau akan dirinya.



       Pelukan dileraikan oleh Fatina yang memandang Syah risau. Risau di apa-apakan. Siap dibelek-belek lagi wajah dan tubuh badan gadis kecil ini mana tidak risau. Sudah la kecil macam gadis menengah rendah. Tinggi pun tak naik.


          "Kau pergi mana?! Tahu tak aku risau? Dah la kereta je ada. Orangnya hilang entah ke mana. Telefon tak angkat," bebel Fatina yang dari tadinya tertahan sejak Syah menelefonya. Sudahlah telefon siapa yang digunakan oleh gadis kecil ini. Dail balik tidak boleh. Nombor peribadi rupannya.



     Tubuh kecil itu dikoncang-koncangkan menandakan perasaan dia yang sedang bergelora kini. Habis terhuyung-hayang badan Syah.


        Risau tahu tidak? Nasib dia tidak membuat laporan polis. Kalau tidak mesti sudah jadi kes polis tentang sahabatnya yang hilang diculik. Risau dia mengalahkan mak hilang anak. Walaupun dia tahu Syah tiada sesiapa melainkan Abang kembarnya sahaja. Malah, mereka sudah lama terpisah dengan kedua ibubapa. Langsung tidak bersua sehingga kini. Entah hidup atau tidak.

 

          Bahu Fatina ditepuk lembut oleh syah bagi meredakan pelbagai rasa dihati Fatina. Baru je jumpa dah kena tembak pelbagai soalan kat muka ni.  "Perlahan-lahan, Fatina. Aku tahu kau risau. Maafla buat kau rasa tidak senang duduk pasal aku ni,"



          "Tahu pun. Kalau tidak kerana kau asyik hilang je. Mana tak risau aku ni. Lama-lama dah boleh jadi mak kau tahu. Tercari-cari sampai diri aku pula terabai. Aish. Aish," pening kepala Fatina melayan.


           Syah hanya tersenyum lucu. Betul juga. Lagipun Fatina sudah bertunang. Tidak baik dia menganggu gadis tinggi lampai ini tentang urusannya.



     Matanya tercari-cari kebelakang Fatina. Tiada sesiapa. Takkan Fatina datang sini sesorang. Tidak bahaya ke? Yang lain masih belum tiba ke?



         "Tina. Kau dah call yang lain untuk datang ke sini?" Tanya Syah yang dari tadinya tertanya tentang keberadaan dua orang lagi sahabatnya yang masih belum berkunjung.


            "Ah. Sudah. Kata mereka mungkin lambat sikit kot. Jauhlah tempat ni dari tempat kerja diorang. Aku yang datang pun terpaksa mintak keluar awal tau. Risau sebab call engkau tak angkat dari semalam," balas Fatina yang mula beralih tempat.
Bangku yang terdapat dibawah pokok yang sedikit rendah dijadikan pilihan untuk berlabuh. Tempat itu agak redup dari cahaya matahari.



             "Meh. Sini. Duduk sini. Tak panas ke berdiri je kat situ," tepuknya disebelah tempat duduk yang masih kosong.


            Syah hanya menutut tanpa banyak soal. Lagipun tempat yang diduduki Fatina agak terlindung dari matahari yang terik ini. Tidak adalah dia berpeluh tubuh badan bak selesai mandi tak lap.


PSIKO✔️Where stories live. Discover now