Bab 1

4.9K 148 2
                                    

(2002)



      "Baiklah kelas. Hari ni kita akan ada pelajar baru yang baru berpindah dari kuala lumpur dan saya nak kamu memperkenalkan diri," ucap Cikgu maisarah kepada pelajar baru itu.



     Pelajar itu kelihatan agak malu untuk memperkenalkan dirinya. "Hmmm...na...nama saya Ayu Melinda binti Azhar Mukmin. Tinggal di sekitar kawasan berdekatan sekolah. Itu sahaja. Sekian terima kasih,"

    

       "Hmmm....bagus. Dan ada sesiapa nak tanya soalan," Cikgu maisarah memberi peluang kepada semua pelajar untuk bertanya.


        "Takde cikgu!" Serentak kelas menjawab.


          "Hmm...okey baiklah. Sekarang Ayu boleh duduk di meja kosong sebelah sana,"


         "Terima kasih, cikgu," terus pelajar baru itu duduk dihadapan syah sekumpulan.


        "Weh, Hasna nak tegur tak pelajar baru tu?" Syah menolak bahu Hasna yang sedang tersengih keseorangan sambil menunding jarinya ke arah pelajar baru itu.

        "Tegurlah kalau kau nak, Syah," malas sahaja Hasna melayan kerana leka termenung anak teruna orang.


        "Haish! Kau ni tegurlah dia. Mana tau dia ada abang hensem? Bolehlah usha sikit," Syah menambah perisa bagi mengalihkan pandangan Hasna


          "Hah! Ada abang hensem?" baru sahaja menyebut perkataan hensem.
"Syah sudah mengetuk kepalanya. "Shuuuss....senyap sikit," bisik Syah.


          "Auch!!... sakitlah," Hasna juga berbisik.



        "Baiklah sekarang kita sambung pembelajaran tadi," baru sahaja Syah ingin menegur pelajar baru itu. Tapi tidak kesampaian.


        "Ala, baru je nak kenal budak depan ni," Syah mula mengeluh.

       "Weh, Syah tak baik mengeluh. Orang cakap mengeluh tu dia tidak bersyukur," Mazli mula menyampuk.

      Syah hanya menjeling. Malas melayan sikap Mazli yang suka cari gaduh akan dirinya.


        Pembelajaran dimula seperti biasa. Syah hanya fokus pada pembelajarannya.
Tahun ni tingkatan 3. Dia akan mengambil PT3 tidak lama lagi. Tidak sabar ingin mengambil aliran ditingkatan 4 nanti. Mereka sekumpulan sudah merancang untuk masuk aliran yang sama.


      Sebab itu dia ingin belajar bersungguh-sungguh supaya tidak masuk kelas paling tercorot. Syukur dia tidak leka dengan hal luar sekolah.


       Tapi adalah juga sedikit perangai yang tidak boleh diubah. Iaitu memainkan hati lelaki. Dia bukan suka-suka nak mainkan hati lelaki tapi sekadar membalas dendam bagi pihak kawanya sahaja.














         "Syah jom kita pergi kantin," matanya yang tadi kuyup mula terbuka apabila ditegur oleh Tina.


          Badanya mula mengeliat kecil. Sakit kot tidur duduk. Kalau tidur atas katilkan Best.



          "Hmm...malasla nak turun," Syah mula membetulkan tudungnya yang senget.



        "Ala...bosanla kalau kau tak turun, Syah," Hasna mula menyampuk. Lia menganggukkan sahaja.


       "Ala korang jelah pergi. Asal nak aku juga ikut," Syah mula ingin menyambung tidurnya yang tidak sempat ke mimpi indah.


      "Syah Awani binti Abdul Amin!" Syah yang tadi ingin menutup mata mula terkejut beruk. Nasib tak melatah sampai jatuh kerusi.


        "Ha..ha..ada apa," muka blurnya mula membuat kawan-kawanya tertawa.


     "Hahaha...Syah kelakarla muka kau kalau blur," Tina mula mengutuknya. Haish! Nasib badan la dapat kawan suka sakat dan memgutuk orang ni.



      "Woi! Agak-agak la nak kejutkan aku. Nasib tak mati katak kalau tak dah arwah dah," habis kepala kawannya menjadi mangsa ketukan.


      "Auch! Sakitlah Syah," diusap kepalanya yang sudah hampir benjol. Nasib dirinyalah dapat kawan suka pukul kuat sangat.


       "Hah! Tau sakit. Pergi kejutkan aku sampai sebut nama panjang tu siapa suruh!?" merah habis mukanya menahan geram. kalau tak tahan dah lama kawanya ini dicampak ke lombong sana. Biar jadi batu sampai tak payah datang sekolah.

          "Ala janganlah marah. Kitorang gurau je pun," Hasna mula membela Tina yang dari tadi masih mengusap kepalanya yang sakit di luku.


       "Gurau gurau benda sampai sebut nama bagai. Nasib aku tak putus nyawa,"


         "Ala janganlah marah beb, kitakan kawan sehidup semati dunia akhirat," Lia mula duduk disebelahnya sambil mengusap bahunya agar bertenang.


        Hasna dan Tina menganggukkan tanda bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Lia Asyura.


        "Okey, aku tak marah dah tapi bagi aku sebab munasabah supaya aku tahu apa sebab korang suruh aku ikut korang pergi kantin," Syah mula merenung muka kawan-kawannya satu persatu.


         "Hmmm...okey macam ni," Tiba mula menceritakan apa yang ingin diceritakan.



          "So kau nak aku buat senior tu jatuh hati?" soalnya bagi meminta kepastian dan kebenaran yang tepat.


           Mereka bertiga mula menganggukkan kepalanya.

       "Okey, aku setuju...." mendengar perkataan setuju membuatkan Hasna, Lia dan Fatina menjadi gembira.


          Melihat senyuman kawanya yang meleret membuatkannya ingin ketawa.



        "Tapi.....," terus pudar senyuman kawanya. Ada juga yang memuncungkan mulut.


         Tina yang tidak sabar mula menjawab. "Tapi apa? Cepatlah Syah," gesanya sambil menggoyangkan lengan Syah yang sedang tersenyum kemenangan.


         "Okey okey. Tapinya aku nak tahu juga kenapa mesti buat senior tu jatuh hati? Dia ada buat apa-apa kat korang bertiga ke?" soal Syah prihatin.



        "Tak. Senior tu tak ada buat apa-apa, " jawapan Tina membuatkan Syah ternganga. Lia dan Hasna turut juga membulatkan biji matanya. Berminat dengan cerita yang diutarakan oleh Fatina.


        "Dah tu asal suruh aku buat si senior jatuh hati?"


        "Aku cuma nak tengok reaksi dia je," mendengar jawapan Tina ini lagilah membuatkan Syah nak ketuk kepalanya pakai dinding biar berdarah. Hilang ingatan pun takpe. Supaya dia tidak rasa stres ada kawan yang gila macam nak hempuk dengan batu.


        "Hoi...gila ke kau tau kan yang senior tu sakit," Syah sudah mula naik marah. Dia cuba ingin kawannya takut dengan kebenaranya yang dia tidak pasti betul atau tak. Tahu pun dari kelas sebelah.


         "Aku tau......," Tina mula menundukkan kepalanya.


       Syah mula kesian melihat rupa sedih Tina yang macam nak menangis.


     "Dah tu asal nak aku buat dia sukakan aku pulak?"



        Tina hanya berdiam diri sahaja. Takut ingin menjawab. Kepalanya pula asyik tunduk je.


          "Tina pandang aku. Ceritakan semuanya kenapa kau nak aku buat macam tu," arahnya dengan anggukan dua orang kawannya yang seakan-akan ingin mendengar cerita Tina.




          Tina pun mulalah bercerita sebab apa..






#bersambung.......

Hope you'll enjoy to read my story.

PSIKO✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant