Bab 7

3.3K 114 2
                                    

(2014)

13 Tahun kemudian...

Air sejuk yang dioder dikacau perlahan-lahan. Matanya masih meliar mencari orang yang ditunggu.

Dilihat jam tangannya sudah pukul 4:15 petang. Beg tangan diambil dan dikeluarkan kunci keretanya. Baru sahaja ingin bangun dari duduknya orang yang ditunggu sudah tiba.

"Baru nak datang ke? Ingatkan nak tinggalkan je. Biar bayarkan sekali," perlinya secara pedas.

"Maaflah. Tadi aku ada meeting dengan client. Ni pun baru teringat. Jangan marah la, Syah. Aku janji balik ni aku beli special untuk kau," Hasna mula memujuk Syah yang sudah merajuk. Salahnya juga siapa suruh berjanji jika masih sibuk bekerja.

"Yela, kaukan kaunselor ramai pulak yang cari mana nak sempat ingat tu semua," marahnya masih bersisa sedikit.

"Ala...okey-okey sekarang ni aku dah ada kat sini jadi kau boleh oder yang mana kau nak tanpa sebarang rugutan daripada aku," sempat lagi dia memberi tawaran.

Syah sudah pun terkejut. Nasib tak ternganga mulutnya. "Biar betul? Kau
nak belanja ni? Okey kalau macam tu....aku maafkan....tapi kita oder mahal-mahal sikit. Kesian orang kat rumah tu," Syah merujuk kepada Asyira yang berada dirumah keseorangan.

"Haish...kau ni Syah," muncung habis bibir Hasna. Nasib tidak panjang berjela. Kalau tak boleh diletaknya penyangkut.

"Tadi kau yang cakap tanpa rugutan ni kenapa?" Sempat dipulang paku buah. Ada juga terselit senyuman lucu kepada sahabatnya.

"Yela yela. Kau menang. Apala aku yang kaunselor ni patutnya banyak berbahas ni kau pulak yang pandai berkata-kata," sempat diperli rakanya yang dari tadi tersengih-sengih.

"Biasalah Hasna. Kan dah matang ni?"

Lagi panjanglah mucungnya. Syah yang tidak tahan melihat rupa lucu sahabatnya mula melepaskan tawa kecil. Kalau kuat-kuat malu orang tengok. Dah la dekat restoran besar.

Tapi tanpa disedarinya ada yang memerhati gelagatnya biarpun bersama rakan-rakan.

"I found you,"

"Asalamualaikum!" Serentak Syah dan Hasna memberi salam dihadapan pintu rumah. Barang ditanganya sudah penuh. Jadi hanya mampu berharap orang didalam rumah buka pintu.

Nasib Hasna tidak membawa keretanya semasa datang restoran tadi. Jadi dia terpaksa bawa balik Hasna ke tempat kerjanya semula. Takpelah kawan je. Apa salah tolong sikit.

Pintu rumah dibuka olh orang dalam. Tersembul keluar muka orang bangun tidur.

Terus bulat biji mata Syah dan Hasna. Nasib tak terjatuh makan yang dibeli. Sudahlah mahal. Kalau jatuh mahunya rugi.

"Eh..eh..budak ni. Mentang-mentanglah cuti kerja boleh pulak dia tidur lambat? Apa nak jadilah dengan Asyura ni," tergeleng habis kepala Hasna.

Syah pula sudah pun masak dengan perangai Asyura yang satu lagi. Sudahlah kerjanya banyak di sana. Mahu diingatkan lagi budak sorang ni. Banyak betul masalah dia. Boleh cepat tua macam ni. Sempat lagi Syah membebel dalam hati.

"Dah dah kau ambik makanan ni letak kat dalam dulu. Aku nak hantar Hasna balik tempat kerja dia. Jadi jaga rumah baik baik. Nanti aku datang balik," dihulur bungkusan chicken chop kepada Asyura lalu dia terus membawa Hasna masuk ke keretanya. Nasib kereta masih berada diluar jadi tidak susah untuk keluarkan kereta.

"Weh..Syah," panggilnya Hasna. Nasib kereta sudah berada di atas jalan.

"Hmmm...," balasnya tanpa memandang ke arah Hasna.

Hasna memandang ke arah Syah yang khusyuk memandu. "Kau tak rasa ke yang senior tu akan cari kita?" soalanya yang diutarakan Hasna menyebabkan Syah hampir-hampir terlanggar kereta dihadapanya.

Nasib sempat diucap kalimah Allahuakbar semasa menekan brek.

Setelah lama berhenti Syah mula memhentikan di tepi jalan. "Hasna jangan tanya soalan tu masa aku tengah memandu," marahnya. Nasib sempat. Kalau tak mungkin sudah tiada lagilah di dunia yang fana ni.

Hasna kelihatan serba salah. "Err...maaflah Syah. Tapi ak..," kata-katanya dipotong oleh Syah.

"Dah aku tak nak ingat lagi hal dulu. Yang lama biarkan berlalu sekarang kita buka buku baru," sebenarnya dirinya sendiri pun tidak ingat tentang hal dulu.

"Hmmm..yela. Ni bila nak bergerak? Nanti lambat aku nak ke pejabat," sempat lagi mengarah orang yang memandu.

Syah mula muncungkan mulutnya. "Yela...yela, Tuan besar," sempat dia memerli Hasna dengan gelaran yang diberi.

"Memang aku tuan besar pun...," Hasna tahan ketawa. Kerana tidak tahan mahu tergelak dia terlepas jua.

Mereka sama-sama bergelak ketawa.






"Huh...lambat lagi ke Hasna?" Lenguh lenganya mengangkat semua barang yang dibeli oleh rakanya.

"Dah nak baliklah ni apala," kata Hasna tapi tanganya masih membelek baju.

"Hasna boleh tak kalau kita simpan dulu barang ni?" Syah menunjukkan beg kertas yang sudah memenuhi tanganya.

Hasna seolah-olah berat hati nak meninggalkan kedai ni. Tapi sebab kawanya yang susah dia terpaksa berkorban.

"Hmmm...okeylah," Hasna terpaksa mengalah.

Syah sudah tersenyum lebar. "Hah.. nilah kawan terbaik aku,"

Selesai menyimpan barang Syah meminta Hasna menemaninya ke kedai buku.

"Kau nak beli buku apa ni?" Hasna mula merambang mata.

Syah mula melihat sekelilingnya. Ramai juga orang yang berada di kedai buku ni. Bla dilihat secara teliti. Kebanyakkan buku ada yang terbaru dan ada yang disusun mengikut kesesuaian umur.

Jadi tidak susah hendak mencari buku pilihan sendiri. Syah sudah nampak buku yang dicari. Baru sahaja tanganya ingin mengambil ada tangan lain yang turut juga ingin mengambil.

Bila ditoleh matanya terbutang. Dirinya juga terkaku habis. Pucat lesi sahaja.

Tak. Tak mungkin!!!!





#bersambung.....

PSIKO✔️Where stories live. Discover now