Bab 20

2.4K 82 11
                                    

      

                SEBULAN KEMUDIAN..

        

         "YA ALLAH...meriahnya majlis kahwin kau ,Tina," ujar Lia dengan nada gembiranya. Tidak habis-habis. Sejak mereka menjejak kaki masuk ke dewan majlis. Tidak henti-henti bibir Lia memuji decoration pelamin dan meja makan tetamu. Katanya nampak forest flowerish gituu..

        Mata Lia sudah bersinar-sinar melihat suasana yang ala ala bunga salji itu. Nampak tenang sangat. Lagi-lagi lighting pun nampak macam real.

        "Ala..nanti kau nikah ke kahwin ke buat la majlis macam ni juga. Mana tahu...lagi gah dari aku," sampuk Fatina yang baru sahaja selesai bergambar bersama tetamu yang lain. Pengantin barulah kan. Kenala layan tetamu lain juga.

     Kerusi kosong yang terletak elok di sebelah Hasna diduduki. Sempat matanya melirik ke arah Hasna yang tersengih kerang busuk dari tadi. Tapi tak adalah kerang busuk sangat. Comel aja. Saja mengutuk.

         

        "Hai...Hasna...bibir tu memanjang je menyengih eh," sakat Fatina. Tahu sangat puncanya sebab apa tapi saja nak menyakat depan yang lain. Sesekali bibir Fatina turut menarik senyuman lebar melihat gelagat sahabatnya itu.

       Masing-masing mula berkerut kening. Ada cerita hangat yang tertinggalkah?

   
         Yang lain turut juga menumpukan pemandangan ke arah Hasna. Masing-masing turut menunggu cerita dari Hasna yang tak habis-habis acah malu ni. Entah siapa yang melihat dia sampai menjadi gadis melayu terakhir ni?

     
          "Hah...Hasna...kau dah kenapa macam gadis melayu terakhir tiba- tiba ni?" Ujar Lia yang memandang pelik. Mulut pula tidak habis menguyah kuih yang terhidang itu. Sedap...

        Syah yang perasaan akan kedudukan seseorang di belakang mereka mula terdiam seketika. Rasanya dia tidak salah pandang. Dia tahu siapa jejaka yang sedang berselindung di sebalik kalangan orang ramai itu. Dia nampak dengan matanya. Lelaki itu..  dia terlalu khusyuk memandang seseorang.

         
                  "Sweetypie....,"

                  "Ah..ye?" Pandangannya mula beralih ke sisi.

              "What are you looking for?" Soal Fareez yang tertanya-tanya. Dari tadi dia perasaan Syah yang sedang memandang sesuatu. Namun dia tidak pasti siapa.

                  "It's your friend?" Jari telunjuknya mula terarah ke arah susuk tubuh seseorang yang berdiri tidak jauh dari mereka..

                           "Who?"

       "That person with white suite,"

    
                       "Haikal?"

             























                "WAH! Dah ada pasangan eh...tak bagitau pun," usik Lia yang masih lagi dalam mood mengusiknya. Suka dia lihat wajah merah Hasna ketika bercerita tentang pertemuannya dengan 'crush tanpa sengaja'. Majlis dah habis pun masih juga sambung cerita itu..

       Wajah Hasna sudah cemberut tidak suka. Malu tahu. Siapa sahaja akan malu diusik dengan gadis hitam manis ini. Lia Asyura.

             "Ish...dia ni...suka sangat nak sakat orang," ujar Hasna geram. Siap di piat lagi lengan kurus Lia itu. Walhal tidaklah serius pun. Dia pun tidak kisah jika diusik sebegitu. Lagipun mereka jarang ada masa. Bila berjumpa....manfaatkanlah...



PSIKO✔️Where stories live. Discover now